last day waktu drive di tengahari jemput adik balik sekolah... fuh!panas sangat jangan cakap. dalam menunggu loceng sekolah tu berbunyi pukul 1, dengan panas berkibak-kibak ni sambil tengok lengan(kalau hari2 macam ni mau masak tangan) tiba-tiba timbul idea nak kait fingerless mitten. apa tu? hehe itu menda hoo macam salung tangan tapi takda jali-jemali punya woo.. tapi kali ni saya nak kait yang longer than makcik judy ajar saya kat youtube sebab boleh tutup lengan kalau drive panas2.. :)
for beginner macam si jehan ni nak buat benda ni dengan 1st time guna circular needle dilemparkan lagi dengan takdanya bantuan sifu bertauliah, memang la terkehel-kehel. makcik judy? fuh si expert tu laju macam train nak kejar sampai berapa kali terpaksa pause videonya. tapi so far alhamdulillah saya dapat pick-up dengan baik. lepas duk meniru gaya makcik judy tu sempat la komen makcik tu sambil bodek2.." u're my super-duper hero" la..."i'm ur big fan" la.. ceyh!kaki bodek betul la kau..
Wednesday, January 13, 2010
Saturday, January 9, 2010
Friday, January 8, 2010
percubaan percubaan
jehan nak belajar dan mempraktikkan apa yang cousin ajar cara-cara buat READ MORE untuk entri yang panjang berjela2 ..
sila tengok hasilnya.. nanti cuba tekan read more yang di bawah tu tau.
jadi ke tak eksperimen si jehan ni..
ehem..drum pleasee!
druuuuuuuuuu~
Thursday, January 7, 2010
mari mengait! aduss~kedatangan makhluk perosak!
assalamualaikum..anda bersama lagi dengan kak jehannn~ haha lorat je! ;p
okay nak cerita dulu hari ni yang penuh liku2 dan lekok2 keseronokaan di kedai. semuanya bermula sedari tibanya saya and my sister Mahirah di kedai. dengan cuaca yang sangat baik sekali kami memulakan pekerjaan dengan tenang. seperti biasa, tunjuk baik depan ayah konon2 boleh kipas gaji lebih la bulan ni. ceyh! menyapu, tepuk2 habuk, tagging harga, cek invois barang and itu ini.. lepas tu menjengah bonda di dapur. waah! sedapnya bau lauk! "tau puji orang masak je..masak la sendiri" bzzzzzt! macam kena attack dengan laser otroman. keh3. bukan tak nak masak la mak..mak masak lagi sodap!hihi (alasan biasa)
bla~
bla~
bla~
dan tiba..
jam 12.30 tengahari: waktu pelajar sekolah pulang dari sekolah.
"kak, nak fotostat ni..ni..haa..ni..ni lagi..ni..emmm ok dah."
"berapa kak?"
"50sen dik" kata jehan.
tiba2 lagi...(tak sempat nak pulang baki adik yang tadi tu)
"kak, nak fotostat ni..ni..dan ini lagi..ini dan ini.."
haa..tu baru dua orang ye..baru adik2 sekolah tu. belum kira dengan cikgunya, mak ayahnya, jiran tetangganya lagi. hehe. perkara dan situasi yang biasa berlaku tibanya hari persekolahan yang baru. mesin fotostat saya perlu persiapkan mental dan fizikalnya! tolonglah ye. perkara seperti di atas akan terjadi bermula jam 12.30 tengahari sampai la jam 10 malam. cuma slow bila waktu maghrib je. lepas waktu solat maghrib mereka berdezub-dezub(jangan guna dalam karangan spm anda.pasti gagal-tidak didaftar dalam dewan bahasa dan pustaka) ke kedai untuk fotostat itu dan ini sambil membeli keperluan lain.
saya dengan adik mesti ketawa sorang2 kalau bila tengah sibuk2 ni kami terperasan yang sebenarnya customer kami ni dah sampai berbaris nak tunggu turn! hehehe. terima kasih kepada customer tercinta yang sangat penyabar..sobsob..terharu..perkara yang bukan senang terjadi di e-niza ent ye.. lagi best sebab kami tak sempat duduk pun! langsung! bayangkanlah penatnya kaki dan pinggang huu
T.T
tapi semua tu bukan beban sebab setiap kali customer masuk kami dah nampak not RM di mata masing2. muehehe. makin ramai yang masuk, makin meriah la RM tuuuu! hihik! ;p
bla~
bla~bla~
dah pukul 10!time balik!!mak angah bawa duittt!hihi ;p
[cerita di rumah pula]
sampai rumah terus mandi and solat. duit?itu hal bos. saya tak ambil tahu.
[cerita di rumah pula]
sampai rumah terus mandi and solat. duit?itu hal bos. saya tak ambil tahu.
lepas dah wangi2 hati berjoget nak mengait. ambil kaitan yang tergendala. nak kait hair band kecil2. tangan pun jalankan tugas mengait.
tiba..tiba dan tiba2 lagiiii
anak mata tertangkap makhluk berkaki empat masuk ke bilik!
(aduh..spoil la dia ni..)
zaaas!
habis dia tangkap yarn aku yang tengah meriah berjoget kalau tengah mengait tuu.aduiii geramnya! siap dijinjing dengan comel ke bawah katil..siap action konon dia punya yarn dengan gaya guling2 lompat2..nyampah!
lepas tuuu..
pertama: memerhati.
kedua: berguling dan mengurat. saya rasa masa ni dia cakap: boleh tak saya main, mama?
ketiga: mandi2.. ceyh! konon la kau
keempat: kunyah????
kelima: putussssssss??? ye betol. dia kunyah yee tadi..grrr
keenam: putus ke mama?mama marah yee?
ketujuh: okay..i know mama takkan marah saya.so, mandi..mandi..mandi..
ini dia..makhluk perosak yarn saya!
dah takda mood ni nak mengait. kena buat stitches baru untuk sambung. grrr. sambung esok dan pastikan makhluk ni takda dalam rumah kalau nak mengait!!eeee..geramm!
so hasil untuk malam ni??
seciput tu je yang dapat buat untuk malam ni..T.T
nampak tak?agak kabur kan?huhu.kamera hp so paham2 la. doakan jehan cepat2 dapat beli sony T90 nye ye?heee :D
huh! macam2 jadi hari ni.
even sibuk, penat and bengang, kena redha je. ada kebaikan di situ.
:)
till fingers meet keyboard again!(^.^)V
sikit je cerita mengait. yang lebih2 semua cerita beban.hihi.;p
Wednesday, January 6, 2010
ingatkah kalian padaku?
tengah menaip blog tiba2 keluar pulak lagu miraie yang kiroro nyanyi tu. lagu ni glamour masa saya sem satu dulu. beriya-iya cari lirik lagu ni. pastu hafal. haha adesss. budak2 sungguh la kau jehan! ada pulak classmate yang nak pinjam lirik yang aku print haa. jehan pinjam boleh? nak fotostat la.hihi sangat comel la korang. pastu dah secara beramai2 satu kelas menghafal. kemain lagi. modul tak nak pulak korang baca. apa kejadah ni jugak yang dihadap.
kawan2!! si jehan ni rindu sangat kat korang!!sobsob
pokok rambutan berbuah lebat,
buahnya cantik bermerah saga,
kalau cep2,puan2 dan tuan2 orangnya hebat,
mana dimana letaknya saya?
keh3 ;p
mari menyanyi bersama: miraie - kiroro!
Tuesday, January 5, 2010
mari masak pajeri nanas
tengahari tadi masa nak masak tanya kat mak nak masak apa pastu mak cakap kita masak lauk ikan goreng and pajeri nanas je. dua lauk je? hehe. jehan kau dah gemok tapi asyik nak makan banyak je. cukup la dua dish. sedap apa makan simple2. hee~:D
saya nak share resepi ni! haa. apa lagi! sediakan semua bahan2. sila sengseng (betul ke eja?) lengan baju ye. nanti comot. tasukee.
okay. ni bahannya ye!:)
tips: pajeri yang pokat dan manis lagi sodap!umm gitu!:D
nanas juga boleh diganti dengan terung. yummy!
hari ni penat sangat. almaklum baru start sekolah. mak ayah ni sibuklah memfotostat segala dokumen untuk pendaftaran anak2 mereka. jehan dan mahirah tak cukup kaki tangan ye. alhamdulillah. rezeki Ilahi :)
kamus sekarang eja nanas ---- n.a.n.a.s
or --- n.e.n.a.s ??
dulu masa tadika eja n.a.n.a.s tapi cikgu sebut nenas. so dengan tak puas hati saya cakap.. NANAS la cikgu!
amboi..lawan tokey nampak?hehe :)
saya nak share resepi ni! haa. apa lagi! sediakan semua bahan2. sila sengseng (betul ke eja?) lengan baju ye. nanti comot. tasukee.
okay. ni bahannya ye!:)
- nanas ikut berapa banyak nak makan. 1 lori kalau mampu pun boleh.:)
- kari ikan sepeket yang 60 sen tu.(harga ikut harga eniza ent ye);p dibancuh pekat2 dengan air.
- kulit kayu manis sebatang
- bawang merah sebiji, bawang putih 2 ulas dan ikan bilis siap disiang.ditumbuk sekali.
- garam dan gula secukup rasa
- oh sebelum terlupa! si cili boh secukup pedass yang dekehendaki mengikut selera.
- mula2 sekali kita panaskan minyak. minyak tak perlulah banyak berladung-ladung. cukup sekadar untuk menumis bahan. minyak dah pun panas ye (sambil acuhkan tangan atas periuk yang kununnya dah panas berasap)
- kita tumis kulit kayu manis nan sebatang tadi bersama cili boh sehingga cil boh bertukar warna agak gelap(bukan hangusss!) dan pecah minyak.
- selepas itu ye puan2 kita tumis pula bancuhan rempah kari tadi sehingga masak.(make sure kari masak. kalau tak akan berlarilah anak-beranak puan2 ke tandas)
- selepas itu dimasukkan pula bahan(bawang merah,bawang putih dan ikan bilis) yang telah ditumbuk lumat sehingga naik aroma sambil membunyikan perut anda.
- setelah itu dimasukkan pula nanas yang telah direbus tadi dan ditambah sedikit air untuk kuah. sebenarnya ikut selera. ada yang suka kuah berladung2 sampai banjir, ada yang suka pekat2.:)
- kita tunggu sekejap dalam setengah minit untuk air sebati dengan segala bahan.
- last sekali, masukkan encik garam dan puan gula secukup rasa. saya tak guna pak aji naik moto untuk masakan saya. kalau anda nak tambah boleh aje.
gambaraaaa~
yah!yah!tumbuk ye.
nanas yang direbus. lebih kurang 5 minit je okay
usaha mempromosi kedai sendiri actually ;p
angah, airnya kita masuk dalam jug. boleh minum nanti.letak ais mesti terangkat! kata bonda.:)
cantiknya kaler tu. nak sa....pek!(tangan kena tepuk dengan mak);p
sila guna alimah hasan(betul ke eja ni??)punya cili boh.sedap tuuu!ori yee.
tumis kulit kayu manis, cili boh dan kari ikan. macam tu la rupa pecah minyak
bahan yang ditumbuk pula
ni petua mak: guna air cuci lesung then masukkan dalam masakan. lagi rasa air tangan!:))
turn nanas pulak!maak..nak satu..huk3
godak godak kacau kacau~ eh!masukkan garam n gula ye.
jajaaaaang!siap! boleh la dimakan sehingga menjilat mangkuk ni.:)
tips: pajeri yang pokat dan manis lagi sodap!umm gitu!:D
nanas juga boleh diganti dengan terung. yummy!
hari ni penat sangat. almaklum baru start sekolah. mak ayah ni sibuklah memfotostat segala dokumen untuk pendaftaran anak2 mereka. jehan dan mahirah tak cukup kaki tangan ye. alhamdulillah. rezeki Ilahi :)
kamus sekarang eja nanas ---- n.a.n.a.s
or --- n.e.n.a.s ??
dulu masa tadika eja n.a.n.a.s tapi cikgu sebut nenas. so dengan tak puas hati saya cakap.. NANAS la cikgu!
amboi..lawan tokey nampak?hehe :)
kim hyun joong.oh!
lepas kegilaan teramat menonton drama boys over flowers ni la jadi.. KIM HYUN JOONG!!*shout2!!*
dengan watak yang sangat super cool dia berjaya! sampai kan (adoi kenapa sangkut2 pulak pc ni) sampaikan si jehan ni pun boleh tergoda dengan watak tu! dia bukan herooo!please tapi ramai peminat cerita korea yang satu ni minat hero ke dua ni! ji-hoo!oh! okay2. takmo komen banyak2.
sangat paham ada sesetengah pihak agak berbulu.haha!
even berdiri macam tu pun cool beb!haha
:D
ye.sila berdarah hidung anda. *drool*
enough.nanti tak bisa tidur buuk~
p/s: ciri-ciri lelaki seperti di atas tidak termasuk dalam senarai 'menantu pilihanku' ye.haha!
pasti direject dengan ayah&bonda..;p lagipun berambut perang, berkulit putih melepak, bermata sepet dan sangat super duper kaya tidak sesuai dengan jehan.sekian. ;p
sanggup berhabis RM80 for complete DVD.
adus~ sila beringat ya jehan..
hiburan je.astagha!!
Subscribe to:
Posts (Atom)