Tuesday, April 20, 2010

ayam penyet vs kerabu mangga

kali ni saya nak share resepi ayam penyet and kerabu mangga. ayam penyet ni jauh lagi sedap daripada restoran ayam penyet yang kita makan tu cep! wah! bunyi riak di situ. tak elok tak elok.so next time saya colek aje kamu ke restoran jehan. chewah! haha.

p.e.r.a.s.a.n sangat dia nih!

so before saya nak share resepi saya nak kepoh-kepoh dulu. awak nak dengar ke tak? tak kira! kena juga. kena juga. hehe this morning saya pergi jj sebab nak tukar baju yang baru beli semalam. haha funny bila jehan perasan kecil pergi sebat baju saiz M. wooh! konon2 just try kat cermin gituh diri penuh gaya pusing kanan dan kiri dengan dalam hati dia cakap 'eh,kenapa tiba2 pakai saiz M muat pulak ni? dah kurus ke?' hah! sekali balik rumah try betul2..baju tu suddenly menjerit 'plisss..pliss.. jangan seksa kami!!kau besar kooot!' hahha. okay baju tu tak boleh bcakap. semua lakonan je.

then, on the way balik my mom telefon

mak: angah tolong tengokkan dekat tempat tepung2 yang mak letak tu ada tepung pulut tak? bawak sekali limau nipis kat tepi tingkap semalam mak dah petik.
angah: ye ye. nanti angah tengok. mak nak buat apa?
mak: mak nak buat kerabu mangga, ayam penyet.

wooh! ayam penyet? teruja okay! sangat sangat.:)

angah: okay2 nanti angah tengok.

dalam hati 'mak tunggu la angah balik. jangan masak dulu.. angah nak belajar'. so drive agak vush vush! (bunyi kelajuan) actually tak bagitau mak saya pergi jj sebab nanti mesti mak agak angin je. 'semalam dah pergi hari ni nak pergi lagi ke?' ghuu sorry anakmu tak jujur T.T eh, tapi sampai je kedai cepat2 cerita. takut jadi si tanggang. hihi :)

so kembali ke resepi. mari mari!

Sunday, April 18, 2010

udang 3 rasa. plus sup bebola daging!

lauk hidangan tengahari yang simple dan takkan ada rasa 'taknak makan nasi' sebab menu seimbang. sangat cepat dan ringkas.

udang 3 rasa

masam, pedas dan manis

bahan-bahan:
udang (digaul dengan garam dan serbuk kunyit)
cili akar, bawang putih (ditumbuk halus)
bawang merah (dihiris)
sos tomato
tomato segar
sos tiram
garam

cara-cara:
  1. panaskan minyak dan goreng udang sehingga bertukar kemerahan-merahan.(ada pilihan samada nak goreng ataupun tak. ada yang prefer masukkan mentah selepas selesai menumis semua bahan) ketepikan udang.
  2. masukkan hirisan bawang merah dan bahan yang ditumbuk tadi(bawang putih dan cili akar). tumis sehingga naik bau.
  3. masukkan sos tiram dan sos tomato. kacau sebati.
  4. jangan lupa sedikit garam. 
  5. masukkan udang yang telah selesai digoreng tadi dan hirisan tomato segar.
  6. kacau sebentar dan siap.

sup bebola daging

 bahan-bahan:
bebola daging
bawang merah dan putih (dihiris)
vermicelli @ soh hoon (direndam)
kobis bunga/kobis putih
daun bawang
garam
air

cara-cara:
  1. panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah dan putih sehingga bertukar keperangan. ketepikan.
  2. tuang air ke dalam periuk dan masukkan bebola daging.biarkan hingga air mendidih.
  3. masukkan batang kobis putih dan soh hoon.biarkan sebentar sihingga ianya masak.
  4. masukkan daun kobis putih, garam dan bawang yang telah digoreng tadi.
  5. kacau sebati dan hidangkan.
  6. taburkan hirisan daun bawang di dalam sup.
  7. siap!
 jom makan! :D
daging yang kenyal2 tu sedap..slurrrpp~

mesti beliau terliur. lagi2 kalau dibacanya time nak lunch. huhu! :)

okay siap.
kilija!kilija!
potong gaji nanti!

(^^,)V
miss you orang jauh!
:)
bye2.

nasi goreng suka hati saya.

tajuk dia macam minta penampar je.

haa! kan dah cakap next post mesti masak-masak. so this entry nak share nasi goreng yang dimasak oleh cek angah daripada keluarga haji zakaria. kahkah! nasi goreng ni masak semalam. tapi tak basi kalau post gambarnya hari ni kan? gehee ;p

semalam mak pergi kenduri kahwin jiran-jiran sekampung ni haa @ pengantinnya my senior masa kat sekolah tinggi perempuan melaka dolu kala.( asyik attend majlis orang je. awak bila lagi nak buat majlis, haji zakaria dan hajah rosnani?) haha. so disebabkan ibunda attend majlis kenduri kahwin so saya kena mengambil alih tugas ibu-ibu di dapur. syiok okay!

yes. hidangan tersimple di donia: nasi goreng kampung pedas ala-ala je. nak buat pedas letup tahap tendang-menendang tapi mak pesan 'jangan buat pedas2 nanti adik kau tak boleh makan..' huh T.T

nasi goreng ni senang je la. kalau tak pos pun takpa. confirm ramai anak dara kat luar sana tu tau masak. petik jari je dan anda berlapar sampai ke malam. setakat petik jari mana boleh siap nasi goreng tu. mengarut sungguh penggunaan bahasa tu. cit!

okay stop! masak jom. masak!

bersama tuan baru.

hello!hello!
weekend yang segar!
wake up in the morning and see his messages.
alhamdulillah dia dah sampai dengan selamat :)

so, entry kali ni post sebab nak tunjuk 1 koleksi shawl@scarf yang dah siap dibuat dan selamat diberi kepada empunya badan untuk his next birthday. but unfortunately, saya lupa ambil gambar latest yang betul2 siap with the fringe. sedar2 je 'alamak! shawl dah bungkus elok2 in the box!' ololoh..siannya. but its okay. teruskan je niat nak post entry ni.

shawl beliau.

so what we need to make this shawl? simple.
  • jarum kait saiz besar. saiz 10 ye.
  • dua bola benang kait saiz besar. its up to you either plain color, duo color or three color. kalau saya, guna 3 warna. coklat, hitam dan cream.
how to make it? sama macam atas tadi. simple.heee :)
  • cast on 28 - 30 stitches.(lebih banyak cast on lebih lebar.)
  • next row: *K1, YO, K2tog. repeat * until the end of yarn.
  • binding off.
  • siap.
oh belum siap lagi. we need to add the fringe at the end of the shawl supaya ianya nampak lebih elok. tapi saya takda video or gambar yang nak tunjuk. so i need aunty judy to help me.:)



see.aunty judy pun guna yarn yang sama macam saya!:))
so lepas siap buat fringe, shawl awak dah siap! bungkus cantik2 and pos ke bf awak yang berada di over the sea! cepat! cepat! dia kesejukan tu!

agak geli bila tengok dari view macam ni.ngee!

so this shawl dah selamat pun berada di tangan tuan sebenarnya. and hope so awak suka ye cep! and saya tak tau nak namakan kaitan ni apa. for example kalau kita buat K1, P1 kita bagi nama seed stitches kan? so untuk K1, YO, K2tog ni saya bagi nama kaitan beliau @ beliau's stiches.haha. suka hati je!;p

so, until now. wait for my next entry okay!
macam lebih ke entry masak2 je pasni.
tunggu je la ye! :)

till my fingers meet keyboard.again.
(^^,)V
i already miss u cep!
hokhok.
bye2!!:))


Saturday, April 17, 2010

masakan terbatas.

hohoho..lamanya tak update belog.
hah! serupa je tak buat belog.kan,kan?

two weeks ago yang sangat seronok dan berbunga2 je! hah..indahnya donia loka.
itu olang jauh sudah pulang. so banyak la idea masak keluar membuak-buak. dibantai dengan menu yang already dah dijanji-janji zaman dolu kala sebelum dia pulang lagi.
so dua minggu lepas saya dengan mode suka masak. mode masak pun kena ada musim ye? kalau macam tu habis la suami saya tak makan kalau musim saya rasa taknak masak sampai. hehe ;p

1st week saya buatkan baked cheese cake. oh!hasilnya dissapointed. T.T
boleh pula buat base guna biskut plus minyak kelapa. semuanya gara-gara kehabisan stok minyak jagung di rumah. habis segala rasa tengik. yeek! sangat ke laut + longkang + lombong segala! serius meremang kalau base tu masuk mulut! bluek! so tips buat baked cheese cake (actually tak kira baked blueberry cheese cake ke, rasberry ke, peach ke apa ke asalkan ada perkataan 'baked'...) jangan!! tolong la jangan guna minyak kelapa untuk agen lekatan yang nak dicampur dengan biskut untuk buat base @ bahagian tapak bawah. kalau minyak kelapa nak dicampur, boleh. tapi make sure bukan untuk buat baked cheese cake okay. sebab masalahnya kalau minyak kelapa ni dibakar pada suhu tinggi, ianya akan bertindak balas dengan biskut tu nanti. senang cakap nanti minyak tu menggoreng biskut tadi.haa.. hasilnya? base awak bau tengik. serius tak sedap! ibunda beliau siap ada bunyi 'eee..eee..' lagi masa makan base tu. haha! so kalau nak guna minyak kelapa untuk campuran base, make sure untuk buat cheese cake yang tak dibakar @ disejukkan sahaja. okay? okay? oh lupa nak bagi tau! bahan terbaik adalah minyak jagung atau butter. tapi butter leceh sikit. sikit je la. sebab butter kena cairkan dulu. kalau minyak jagung tinggal tuang je kan?

okay. next masakan? lontong with sambal kacang bersotong kembang @ sambal kacang soton kemban. itu sebutan beliau. suka sangat dia dengan sambal kacang tu. favourite tuuu. serius, after joging pagi tu, buka bekal untuk breakfast sama2, tunjuk je dia sambal tu....'jajaaaaang!' dia punya la excited cari kerusi @ tempat duduk sebab nak makan. tapi mana ada tempat duduk and meja kat tempat joging sayang oii. hehehe. so buat keputusan 'awak makan kat rumah je la nanti ye' then dapat feedback positif lagi. haa! makin membuak la semangat nak masak sedap2 lagi untuk dia kan. :)

next?

Tuesday, April 6, 2010

vola.vola afi

hop! hop! pagiiiiiiii~ :D

okay. saya dah buat satu vola vola afi
yang betul sebutan bola bola api.
(gedik dipelatkan)
;p

hop!hop!
saya pilih red and pink for this vola vola afi. using this color untuk belajar je dulu. dah expert baru pakai benang color menawan. cewah!

macam mondok pon ada.haha!
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails