Sunday, April 18, 2010

udang 3 rasa. plus sup bebola daging!

lauk hidangan tengahari yang simple dan takkan ada rasa 'taknak makan nasi' sebab menu seimbang. sangat cepat dan ringkas.

udang 3 rasa

masam, pedas dan manis

bahan-bahan:
udang (digaul dengan garam dan serbuk kunyit)
cili akar, bawang putih (ditumbuk halus)
bawang merah (dihiris)
sos tomato
tomato segar
sos tiram
garam

cara-cara:
  1. panaskan minyak dan goreng udang sehingga bertukar kemerahan-merahan.(ada pilihan samada nak goreng ataupun tak. ada yang prefer masukkan mentah selepas selesai menumis semua bahan) ketepikan udang.
  2. masukkan hirisan bawang merah dan bahan yang ditumbuk tadi(bawang putih dan cili akar). tumis sehingga naik bau.
  3. masukkan sos tiram dan sos tomato. kacau sebati.
  4. jangan lupa sedikit garam. 
  5. masukkan udang yang telah selesai digoreng tadi dan hirisan tomato segar.
  6. kacau sebentar dan siap.

sup bebola daging

 bahan-bahan:
bebola daging
bawang merah dan putih (dihiris)
vermicelli @ soh hoon (direndam)
kobis bunga/kobis putih
daun bawang
garam
air

cara-cara:
  1. panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah dan putih sehingga bertukar keperangan. ketepikan.
  2. tuang air ke dalam periuk dan masukkan bebola daging.biarkan hingga air mendidih.
  3. masukkan batang kobis putih dan soh hoon.biarkan sebentar sihingga ianya masak.
  4. masukkan daun kobis putih, garam dan bawang yang telah digoreng tadi.
  5. kacau sebati dan hidangkan.
  6. taburkan hirisan daun bawang di dalam sup.
  7. siap!
 jom makan! :D
daging yang kenyal2 tu sedap..slurrrpp~

mesti beliau terliur. lagi2 kalau dibacanya time nak lunch. huhu! :)

okay siap.
kilija!kilija!
potong gaji nanti!

(^^,)V
miss you orang jauh!
:)
bye2.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails