Sunday, April 18, 2010

nasi goreng suka hati saya.

tajuk dia macam minta penampar je.

haa! kan dah cakap next post mesti masak-masak. so this entry nak share nasi goreng yang dimasak oleh cek angah daripada keluarga haji zakaria. kahkah! nasi goreng ni masak semalam. tapi tak basi kalau post gambarnya hari ni kan? gehee ;p

semalam mak pergi kenduri kahwin jiran-jiran sekampung ni haa @ pengantinnya my senior masa kat sekolah tinggi perempuan melaka dolu kala.( asyik attend majlis orang je. awak bila lagi nak buat majlis, haji zakaria dan hajah rosnani?) haha. so disebabkan ibunda attend majlis kenduri kahwin so saya kena mengambil alih tugas ibu-ibu di dapur. syiok okay!

yes. hidangan tersimple di donia: nasi goreng kampung pedas ala-ala je. nak buat pedas letup tahap tendang-menendang tapi mak pesan 'jangan buat pedas2 nanti adik kau tak boleh makan..' huh T.T

nasi goreng ni senang je la. kalau tak pos pun takpa. confirm ramai anak dara kat luar sana tu tau masak. petik jari je dan anda berlapar sampai ke malam. setakat petik jari mana boleh siap nasi goreng tu. mengarut sungguh penggunaan bahasa tu. cit!

okay stop! masak jom. masak!


bahan-bahannya:
  • ikan bilis segenggam (kalau tangan awak besar nasib la.sebalang pun tak cukup!)
  • belacan.(kalau ada resdung boleh ganti dengan ikan bilis je okay)
  • cili padi mengikut selera. kalau nak tahap menendang sila letak banyak2. 
  • kacang panjang. ni tak penting sangat. semua jenis sayur boleh guna. tapi saya suka kacang panjang sebab rangup2!! kriuk kriuk kalau kunyah.
  • bawah merah dan bawang putih (ditumbuk bersama belacan dan cili padi)
  • telur 3 biji.
  • sos tiram
  • nasi putih mengikut tahap kelaparan anda.
cara memasak:
  • panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga keemasan dan ketepikan.
  • goreng telur seperti scrambled egg. ketepikan.
  • seterusnya masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ( belacan, bawang putih, bawang merah dan cili padi.) tumis sehingga naik bau.
  • masukkan sos tiram sedikit.
  • masukkan garam (jangan banyak2 sebab belacan dan ikan bilis dah masin) dan kacang panjang.
  • kacau sebentar dan masukkan nasi.
  • kacau kacau kacau dan kacau sehingga sebati.
  • last...masukkan ikan bilis dan telur.
  • kacau lagi sehingga sebati dan........................
jajaaaang!!

masukkan dalam mangkuk!!

haa..dan ke pinggan sikit. letak tomato.
sedia untuk dimakan. nyum2. :))

see cep! saya dah makan nasi sekarang! hehe. kalau awak ada boleh rasa nasi goreng saya yang tak seberapa ni. :)
okay. next entry will be masak2 makan juga. insyaAllah.:)
till my fingers meet keyboard again.
(^^,)V
bye2!!


2 comments:

  1. macam sedap jea hehe..aku suka taruk fish kek..

    ReplyDelete
  2. fish cake sedap!
    cuba letak beef ball.
    sedaaaap!
    nyum2!:))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails