Sunday, May 30, 2010

i heart tons of buttonsssss

hari ni waktu pagi kerja macam biasa.
semuanya jalan lancar sambil diharmonasikan oleh incep bikot. panggilan ngade2 lepas balik kursus. anak buah yang bijak mewujudkan perkataan bikot! daya bikot! muehehe :)

i love weekend. okay ni ayat memang pura-pura kura la. haha. sure weekend busy kan!! grrr~
but! there is another one thing yang saya suka chenta bangat untuk hari ni. emak ajak beli barang untuk majlis pertunangan along!! lompat! lompat! haha bukan sebab gedik menggeliat nak cari barang kahwin pastu berangan dia pun nak kahwin. tak! tak! jangan salah sangka! jehan cuma suka sebab kalau mak nak cari barang kahwin, sure la pergi tailoring shop kan? so, seronok la sebab disitu syurga barang2 craft, buttons, felt dan segala bagai barang kesukaan!! aaaa... sila kawal perasaan! hihi ;p

Monday, May 24, 2010

blueberry cheese cake

hai! hee.
seperti yang dijanjikan! kini tiba masanya untuk berkongsi resepi.
tapi sebelum tu.
sila janji tak bocorkan rahsia ni pada orang awam! haha!

so. blueberry cheese cake dibuat khas untuk birthday boy. 1st time celebrate bersama. celebrate ke? hehe. with his family saja. jehan cuma buat kek. tak kisah la. atleast beliau berada di pangkuan semasa hari jadinya. pangkuan? pangkuan siapa? ibunda beliau la..hee~ :p lagi satu reason why? saya suka buat kek dan bagi pada beliau sebab kakak diep suka banget! plus ada bakal baby dalam perutnya! hohoho. teruja. bagi pagi, petang habis. bestkan? ada orang sudi makan kek saya. hee~

okay come. ikut bersama membuat blueberry cheese cake!

Sunday, May 23, 2010

gaja gaja di dinding~

hasil knitting dan stitching yang dibuat jehan.
gambara pleaseee~!!

TING!

apa?? kaitan kait mengait?

hop! hop!
assalamualaikum..

mari lihat!
hasil stitches project si jehan. yook!

chocostrawbigbutton

ini objek bulat si jehan buat last friday. simple. just need 1 day fully concentration untuk siapkan. last week ada penyakit mengantuk setiap waktu bekerja. *sigh* agaknya sebab tak minum susu kambing mbek mbek masa sarapan. hish. effectnya! so sebab mengantuk, daripada tak dapat tidur, baik kait bola2 ni. hee. atleast ada juga something to talk about kat blog ni. :) kan kan?

oish! am so sorry. lupa nak capture some picture semasa proses kait bola ni. kalau tak awak boleh belajar sama kan? maybe next time. oke? :) 


so here some more pictures. 

lepas ni boleh gantung dalam kereta.:)


creme brulee yummish scarf!:)




scarf atas ni pun senang nak buat. cuma guna knitting needle saiz 10(besar), benang kait saiz besar. cara2nya mula2 cast on agak2 lebar yang awak nak. next row: kait knit untuk 6/8 row. next row: kait *knit1, yarn over(YO), knit 2 together(K2tog). ulang step * sampai panjang yang awak nak, then knit untuk 6/8 row. last binding-off.

sangat sesuai untuk anda yang berada di negara yang sejuuuut~! sangat sweet dihadiahkan kepada pasangan yang berada di luar negara. lagi2 hasil tangan sendiri. kan?:)

ada lagi satu! nak pergi mana tu? tak habis lagi niiii!

haah! sekali merah mak ngah!
ni mak ngah punye ke?hihi ;p

sukacita nak dimaklumkan this scarf dibuat khas untuk hadiah! siapa empunya yang sangat bertuah? hehe. shhh..rahsia! akan datang kita tau oke? yang penting bukan kepada beliau. dah semua nak bagi dia. ate orang lain nak jugakkan? (amboi cakap perak nampak?) haha. scarf ni baru siap setengah. geram! tengah syok2 kait benang habis! kedainya bukan setapak dekat! benangnya pun bukan senang dapat. kalau tak bernasib baik asyik habis stok je kaler yang kita cari. *sigh* menci! menci! siapa nak kena la rajin2 singgah bloh si jehan ni. muehehe. :))


oh! 1 suku pagi already. kena tidur. esok kerja. 
nanyte everybody!


till my fingers meet keyboard again.
(^^,)V
with lots of love, jehan.:)

Monday, May 17, 2010

from malacca with love.

assalamualaikum..:)

hellop2! teruja je nak post entry kali ni. without any reason why tapi hati menggedip je nak post. dengan minda yang kosong tak tau nak post apa. teruskanlah baca apa yang si jehan ni taip. hehe;p

kalau nak tau sekarang ni musim saya berhormon tidak stabil! asyik nak marah je. nak emo je. nak cengeng je! yes. every month mesti ada musim ni. hoish. serius tak suka musim ni. menci menci mencinye saya! kadang2 orang yang tak bersalah pun kena marah. kesiankan? hem.

sudahnya emosi tak stabil, ditambah dengan khabar beliau ingin pulang ke lumut untuk sambung kursus di sana lagi la badan lemah. haish. cepatlah next week tiba. tolonglah! tak pasal2 empangan pecah masa tengah kerja tadi. runtuh tembok ego dah. alhamdulilah :) ish.ish. kesian jehan ye. sedih sangat dia ye. masa beliau pulang ke KK taknye kau sedih. ni setakat ke lumut barang seminggu je air mata kemain lagi tak berhenti. takpa takpa. sabar ye tunggu seminggu lagi. pulang la beliau nanti. dengan masa yang singkat dan terhad tak sempat nak masak apa2 yang special untuk awak. sorry ye! (teringat gurau awak yang suka cakap 'ye..saya yang bersalah..' hem.tak sukanya saya!!grrr..) insyaAllah next week okay cep semangat sayep? :))

so dalam masa yang singkat cuma sempat masakkan sambal kering ikan bilis dengan harapan boleh tahan lama untuk beliau makan. I bet sambal tu pedas sebab cili kering yang dipilih ada tulis 'cili pedah' kat kotak dan kotak lagi satu 'cili kurang pedah'. so I pick yang 'pedah' hihihi. ada perasan some mistake kat situ? yes perkataan pedas dieja 'pedah'. mak dengan saya dah ketawa dah masa baca. agaknya orang yang tulis tu orang utara kot..;p

Wednesday, May 12, 2010

oh sorry sorry!

di sini jehan ingin sekali memohon seribu kemaafan seikhlas hati (macam hari raya je!;p) di atas ketidaksempatan meng'update' blog, menge'post' entry baharu, join memeriahkan barisan blog dengan muntahan idea-idea bernas tuntas mantop. sesungguhnya jehan sangat sibuk dengan kerja-kerjanya al maklumlah tanggungjawab yang harus dipikul apabila usia menginjak dewasa. work is my priority. jehan sangat2 memohon maaf. kepada sesiapa yang merindui dan menunggu cebisan penulisan jehan, insyaAllah seberapa sempat, akan ada post entry yang baharu. sekali lagi sesungguhnya, banyak segala mak nenek resepi, sok-sek, petua dan hasil kaitan telah beratur menunggu giliran untuk di post satu persatu.  

kau dapat bayangkan tak kalau resepi dah lebih sepuluh! hasil kaitan ada tiga! dan petua nak cantik yang jehan sibuk nak share campur sok-seknya lagi. macamana dia nak post kalau kerja yang tak pernah habis tu bertambah hari demi hari? jehan rasa nak pergi berenanglah! ohhh~ cepatlah along tunang. jehan nak cuti..T.T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails