Wednesday, December 22, 2010

crochet: i got my own 2

Hai hai. Rasa macam tak membakar kalau setakat upload satu ke dua picture. I nak goda you all semua pergi ramai2 beli tools ni so duit kita habis pun sama2. haha!




Ni jujie nak post lagi mengenai tools/kits yang jujie ada beli kat Da'Knit hari tu. Makin banyak gambar makin senang nak bakar semangat membeli. Ye tak?




Meh jujie share. tak kedekut bab kongsi ni. Sharing is caring babe. :)


okay kita start daripada ianya sampai. Jujie kat dapur doing women-should-do things. Masak la weyh! Then nobody dare to open this parcel. haha.
from USA. jauh tu!





knitting kits

look at all needles. Kaler kaler tu bisa aja menggoda nafsu untuk mengait! -_-"
kat mesia takda okay!(atau jujie tak jumpa lagi.??)

boye kalau translate jadi 'boleh'.(suka hati kau je jujie)
so bunyinya boye ke tak boyeee??

go jojie. i know you boyee!!




Agak agak dah pos gambar banyak2 ni boleh bakar semangat membeli korang yang mampu membakar duit korang sekali tak? hihi. Again jojie ingin menekan di sini. KALAU BELI TAK NYESAL salmah!


Tapi jangan lupa tanggungjawab:
- kalau student jangan lupa belajar
- kalau wife jangan lupa masak jaga anak kemas rumah atau suami kau lempar semua keluar rumah!
- kalau pekerja, jangan lupa toleh2 belakang silap2 bos korang tengah duk tenung kau yang tak sudah2 mengait. hihi


okay tu je sekarang.
till my fingers meet keyboard again.
lots of love,
nurjehhan@jojie
(^^,)V

crochet: finally i got my own.

oh my. rasa macam awkward je handle blog sendiri. lama kot tak update. actually banyak gila project nak post tapi lately kesempatan tu lari tah kemana. But jujie try her best untuk update juga even rasa 'grrr~ malas banget .....'-_-"


okay lets continue.




Ahah! ada tak jujie share yang dia ada order tools/kits untuk knitting and crochet? Oh My Oh My. I already have it. Thanks kepada Da'Knit kerana promo kits tu, handle all my order, payment, postage and segala-galanya-LAH sampai la produk tu tiba dengan selamat. Sejuta pujian atas service yang excellent. 3 kali services kamu bagi kat jujie dan takda rasa regret. Langsung takda tau. Haa kembang la tu. Kembang laa. hihi!^^





So this kits/tools jujie terima about 3 or 4 days ago. All about this kit's info, kamu semua boleh check di sini. Apa yang jujie boleh nilai, every product yang jujie pernah beli daripada Da'Knit tak kira produk tu daripada yarnshoponline.com ataupun produk orang lain cuma Da'Knit jadi orang tengah yang handle semua proses pembelian, semuanya tip-top. Again to u, Thanksss!!





kits.
[hari ni internet agak cemerlang mengupload gambar penuh kelajuan. bedezup dezaap!]






Seriously jujie tak pandai nak shopping for wedges, dresses, handbag and all kindda stuff like that. Tapi bab beli barang untuk jari menari ni jujie jamin duit *gaji boleh habis kerananya.
*selepas ditolak bayar hutang ptptn, kereta, asb etc. kedekut tetap kedekut beb.



So, kepada sesiapa yang baru nak menerjunkan diri dalam bidang ni, anda dipersilakan. Sekali dah pandai, anda takkan menyesal. It's FUN babe >.<



I'm a knitter, I'm okay (perli ayat i'm a gay i'm okay. setupid okay!)


So, i got my own tools. kamu?



That's all for now. I banyak lagi nak campak cerita. kamu semua tunggu je-LAH!

Till my fingers meet keyboard. again.
lots of love,
nurjehhan@jojie.
(^^,)V
salam.

Wednesday, December 8, 2010

jom? makan sambil mengira bintang di langit?

ahh sejak tak berdiet ni entry nak melantak je tajuk atas. ohh makanan. sape tak suka kan?

ehh kejap! rasa macam salah masuk blog. ni blog saya ke? eh betul ke?

ololoh siannya blog sape la terbiar bersawang sana sini ni?

mane follower saya semua? jangan lari! meh semula kat sini meh!

haiyooo tong tong chiaang! mau minta maaf sangat banyaknya buun kerana lambat sangat mau update blog ni buun. tong tong chiaang.

firstly, congrates kepada keluarga Hj. Zakaria dan Hjh. Rosnani kerana telah mengadakan majlis menyambut menantu sulung dengan jayanya! clap clap!
(oh that's why kaki tangan kepala lutut semua tak sempat nak update blog. setakat check email tengok latest news apa hot kat  facebook saja yang terlarat! ooh!)

saya dapat kakak! akhirnyaa! :)

ok2 cepat buat ucapan. lepas ni memang nak cerita pasal kait je. story lain mak tak layan naak..okay?

Sunday, October 24, 2010

terima kasih daun keladi

i've done this last wednesday
dan selamat diposkan kepada pemiliknya pada khamis lepas.
huh!
semua selamat. syukur



trimas ribuan sudi membeli buah bery2 itu. hee^^
meh saya tunjuk some pic

cuba buat sekemas mungkin!

pick one! : )






harapan:  kamu suka chenta minat gila untuk order di lain masa.
again. terima kasih  daun keladi :)

kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya, email saya di:
jehanajeha87@yahoo.com

Sunday, October 17, 2010

DIY: double pointed needle.

ok kali ni edisi buat barang sendiri. saya ada bagi tahu awak tak yang jehan sekarang makin kedekut? haha start daripada sekarang 'jehan kedekut' adalah satu fakta.

last day bila benang baru yang cute dan super soft tu dah sampai apa yang boleh jehan buat adalah tengok je benang2 tu. i have no idea what should i do with all of them. mula2 plan nak buatkan incep stokin. i wish u love it nanti. then yang baby soft nanti saya nak kaitkan untuk kucing encik ajes yang nak masuk pertandingan kucing next year.. plan semua dah cantik tapi apa yang tak cantik, saya takda double pointed needle extra untuk kait semua benang2 comel loteh tu! jarum sedia ada sedang digunakan untuk buat strawberi. jadi apa saya nak buat? bila buka internet untuk cari double pointed needle yang dijual secara online boleh juling mata!! harganya RM 36.60 sepeket/5 batang double pointed needle.  mesti ingat! jehan dah kedekut sekarang. so saya katakan tidak!

Friday, October 15, 2010

new yarn!!

entry ni wajib dipos. wajib. wajib sebab nak bagi tahu yarn yang kita beli kat yarnsonlineshop dah sampai semalam! faster than i expect. :) perasaan sangat suka. plus teruja!

'best yarns with the best prices'. memang terbaik! yarns yang memang fancy2 boleh beli 12 ball dengan harga less than RM100!! most important thing ianya diimport dari turkey! fuyyoh! :O teruja tak?

bila dah buka pembalut mulut tak habis2 cakap seronoknya seronoknya! hihi^^

tapi bila dah buka pembalut yarn mulut tak habis2 cakap lembutnya!! lembutnya!!

taaaapiiiiiii
lepas buka pembalut yarn yang satu niiiii
mulut tak habis2 cakap 
ya Allah lembutnyaaaa!!! lembutnyaaaa!!!

baby soft ni betul2 lembut!! tak tipu. kalau tipu potong jari saya. okay potong jari saya dalam mimpi.

tapi siyes ni. sangat lembut.

so first time beli yarn kat yarnsonlineshop sangat puas hati. vote? of course 4.5 star. :) dan akan tersenarai dalam kedai yarn akan datang! hihi^^

again. thanks to yarnsonlineshop for those amazing service and cute2 yarns!!
mahu mahu dan mahu yarn kamu lagiiiii!!
sukanyaaaaaaaaa!!!

lots of love,
jehan
(^^,)V

Wednesday, October 6, 2010

sock monkey.

salam semua!
ahaa finally projek monyet dah pun siap. aduh mak punyalah bertangguh-tangguh. so 2 malam lepas rush siapkan sebab tengok tempahan dah berderet. kalau tak siapkan cepat bila lagi?

ni semasa proses. tanpa kepala.
 


dan sekarang..
nak tunjuk la hasil tarian jemari jujie yang satu ni kan. hee ^^
meh tengok! excited ni~

Tuesday, September 28, 2010

10 cara menjadi jejaka kewl (cool)

wahai cek abang di luar sana anda digalakkan untuk membaca entry kali ni. cek adik pun boleh baca untuk info tambahan then lepas tu membebel pulak kat boipren apa yang mereka harus perbetulkan. ok? :)

okay. entry kali ni saya nak kongsi perihal lelaki. daripada dulu kan jehan duk sibuk post entry fasal lelaki contoh macam alert! alert wahai kaum lelaki!. bukan niat nak menyibuk atau dah takda kerja lain tapi cuma untuk menambahkan info sebab sharing is caring kan? saya bagi tahu pun benda yang elok. awak nak tahu awak baca. takmau tak paksa.eh  macam pantun 2 kerat je. hihi ^^

ada orang cakap (orang yang cakap bukan jehan cakap) kalau nak nampak kewl perkara terpenting rupa kena kacak macam

aaron aziz

rambut kena pacak macam

awal ashaari

badan harus sasa macam

jehan miskin




so tangga ke berapa saya boleh senaraikan nama boyfriend saya?


percayalah. walaupun anda dikurniakan dengan wajah begini

omg!

anda akan tetap dipandang kewl oleh semua orang kalau awak ikut 10 cara yang akan dikongsi nanti.

so teruskan membaca ke peringkat seterusnya, rakan-rakan!

Monday, September 27, 2010

kedai shopping barang kait.kat mane?

salam semua.
ha kali ni entry ekspress.
kena tulis cepat2 sebab tengah kerja. nanti bos nampak gaji kena potong. naya je.
baru nak minta bonus bulan ni jang! (haa awak pernah dengar ke orang dapat bonus lepas raya? heh kerja kat E Niza je dapat! sayang bos besar saya neh!) :)

kali ni entry saya tulis special untuk all knitters out there tak kira yang baru atau yang lama yang nak tau kat mana nak beli barang mengait atau crochet ESPECIALLY malaccarian! ramai knitter yang tanya mana saya beli benang dan segala tools. sorry sebab lambat postkan entry ni untuk kamu semua! T.T dan hari ini jehan spent time tulis entry ni untuk kamu semua. jangan sedih2 lagi dan teruskan membaca. :)

Friday, September 24, 2010

kembali semula.

salam semua!
ya Allah lama sungguh la tak jengah blog. sedih rasa bila banding blog sendiri dengan blog orang lain.
apa kes bila still ada ucapan selamat berpuasa sedangkan dah masuk raya hari ke-14. teruk! oh, boleh je anggap tu ucapan untuk puasa nam. ye tak? kehkeh ;p
tak update blog sampai ada orang sound cepat2 update blog! haiyoookk. jujie..jujie~ (geleng2 pale) nak bagi busy sebagai alasan memang tak logika. PM pun sempat je update fesbuk. halamak ai.
ok angkat bendera putih. jujie salah.
dah2. yang penting saya mai dah nak update blog. mieah sayang sila baca. hihi ^^

Monday, August 23, 2010

air mata perempuan jatuh lagi

malam ni tak boleh tido. so amek lappy, google la. apa lagi. singgah kat oh! tidak. terjumpa satu entri 'dipotong kaki kerana mencuri ikan'. tajuk agak menarik. brother dah cerita awal2 ramai yang menangis bila tengok video ni tapi dalam hati jujie 'alah..dah malam buta takde feeling punye nak nangis..' so tangan pun gatal nak tengok jugak video tu. so klik la PLAY. haa.kalau ada berani korang tengok la video tu. pada sape yang hati batu kayu dinding besi je tengok tak nangis. si jujie? tak payah tunggu video habis. baru tengok video tu kurang dari 5 saat dah berjurai air mata. almaklum saya si pencinta kucing. sambil tulis entri ni pun still mengalir lagi air mata. ada juga manusia binatang yang sanggup bertindak kejam dengan binatang yang tak berakal untuk berfikir. tak sabar menunggu hari balasan kamu. kepada pemilik kucing yang tidak berkaki hadapan tu, semoga Allah membalas perbuatan kamu dengan rezeki yang melimpah ruah dari langit dan perut bumiNya. amin.

kalau nak tau keadaan kucing tu sekarang, boleh lawat blog tuan empunya kucing di kakimotong

psstt.. tak pernah jujie nangis tersedu sedan kerana seekor kucing tapi ternyata air mata perempuan ini jatuh kerana seekor kucing malang tidak berkaki hadapan. selalu nangis teruk2 lepas kena psiko dengan incep je. heshh. ;p

Thursday, August 19, 2010

simply the best!

salam ramadhan semua! :)

haaaaa~ mengeluh panjang2!! penat rasanya seharian kerja dibulan puasa. lemau je. bak kata mak 'biasalah kalau jadi perempuan..kat rumah kerja, kat tempat kerja lagi la kena kerja.' yup. bila fikir balik memang betul pun. takpa. bersyukur dengan semua keadaan. :)

so bila cerita pasal kerja, perempuan tak pernah lekang sehari kalau tak cerita tentang kerja yang satu ini - masak daripada hari saya kenal apa itu pisau, kuali senduk kunyit dan segala peralatan dan bahan memasak sehingga hari ni, saya bersyukur sebab start darjah 5 ayah dah garang suruh jujie ke dapur tolong mak masak. dalam masa yang sama, automatically otak saya dah menyerap segala ilmu dan mencuri skill2 memasak dari ibunya. ngehngeh ;p mekaseh mak!

bulan puasa ni bukan setakat mak je pening kepala nak masak menu apa untuk sahur dan buka tapi dengan si jujie sekali jadi biul. mana taknya setiap kali mak tengah pikir nak masak apa la masa tu dia tanya saya. haha! jawapan dah tentu la yang paling simple! simple bukan sebab malas tapi sebab makin berat makanan yang diambil, makin banyak KOLESTROL kalori dan beban bakal bawak penyakit cepat mati. semalam tengok ubat darah tinggi dan kencing manis mak je rasa meremang! sampai banyak macam gula2 mak makan!! so pesan mak, jaga makan daripada sekarang. ke angah nak jadi macam ni jugak? TAKNAK!! jadi sekarang menjadi tanggungjawab saya jaga pemakanan mak.

ah membebel je. nak kongsi lauk sahur sebenarnya ni!! macam biasa la kan. ringkas menjadi keutamaan.

PARU GORENG BERLADA


bahan - bahan:
paru lembu (rebus dan hiris nipis)
cili merah, bawang merah, bawang putih (ditumbuk halus)
sos tiram
secubit garam

cara memasak: 
goreng paru sehingga kering kemudian ketepikan.
tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. masukkan sos tiram 2 ke tiga sudu. 
masukkan secubit garam. terakhir, masukkan paru yang telah digoreng. gaul rata dan nah! sedia dimakan. :) 

IKAN PEKASAM

alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. ada orang tak tau apa tu ikan pekasam. haa ni la diaa!

tapi sekarang tak payah seluk sampai pangkal lengan sebab boleh je buat ikan pekasam dalam tupperwear. kihkih :p

tengok!

pada siapa yang tak pernah tengok rupa ikan pekasam, ni la ikan pekasam mentah.

nak masak menu ni senang je. cuma perlukan:

ikan pekasam
bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah/hijau (semua dihiris)
sedikit garam dan sos tiram


 cara memasak:
goreng ikan pekasam dan ketepikan.
tumis bahan yang telah dihiris. apabila dah naik bau, masukkan sedikit sos tiram dan garam. 
kemudian masukkan ikam pekasam dan gaul rata. ataupun tuangkan bahan2 ke atas ikan.

senang dan cepat kan?


selamat mencuba!

Friday, August 13, 2010

strawberi cameron highland itu masam

haha! dah ketandusan idea untuk tajuk jadi sembur je apa ada dalam kepala. tapi jangan tak beli strawberi dari cameron sebab alasan masam tau. kena beli sebab murah gila jual kat tesco cuma RM3.49. setiap kali stok dah habis dalam chiller, WAJIB kena beli. walaupun masam tahap tak nampak biji mata semasa menggigit, atleast boleh buat smooties yang gebu dan haluuuusss je (ayat haris untuk iklan nescafe). cuma tambahkan buah- buahan lain, yogurt dan madu jawabnya two thumbs up!

(inikah yang ingin diceritakan jujie pada entry kali ni?)

TAK!!

ni entry mengait. diulangi mengait.
bila tiba bulan puasa, perniagaan ciput ciputan macam yang kami sekeluarga kerjakan agak perlahan. jadi, masa2 yang terluang tak baik disia-siakan begitu saja. teringat pada projek mengait yang tergendala. so tangan ni pun rajin je nak menari semula. last post mengenai strawberi albino. awak ingat tak? yes.. strawberi jujie yang kehilangan pigmen melanin merahnya. jadi entry kali ni nak memuntahkan segala gambara yang ada.

oh salah. ni strawberi masam kecut. boleh dimakan.

ahah! ni la strawberi albino (kanan) dan al coklatino.

sejak partner ngait (maie si momoe) dah masuk u, malas rasanya nak drive sorang2 pergi kampung jawa untuk beli yarn. tambah sekarang bulan puasa. kalau keluar panas2 balik mesti haus. ada kang buat muka seposen depan mak sambil mintak air secawan. hah. nak kena tapak? so awal2 tengah belajar buat, belasah je warna apa yang ada. janji nampak hasil.


adik kecik (eca the ecot) dah sibuk ngendeng nak yang merah tu.
teringin sangkut kat beg katanya. 

boleh buat hiasan atas kek.(???)


hah. semua perihal strawberi dah dipost. lega. next projek? hadoi. tahap advance. sampai berpeluh2 kait. pening tengok pattern. tak kisah. janji tak mintak makan di bulan puasa. kihkihkih ^^ nak tau apa? tunguuu~
till my fingers meet keyboard again.
lots of love,
jujie the jehan
(^^,)V

Tuesday, August 10, 2010

double pointed needle

hem.  baru nak post entry fasal double pointed needle ni sedangkan dah berbulan2 dapat double pointed needle. hish. malas punya fasal. meh tunjuk sikit rupa si double pointed needle nih.


rupanya sama macam lidi sate cuma hujung dan pangkalnya tajam. tu tengok tu. lagi satu dia ada banyak saiz bergantung pada saiz benang. daan si jujie nak kasi tau. market kat mesia(malaysia) ni susah sikit nak cari. tambah pulak jujie tak dapat nak round satu melaka untuk cari dan beli makhluk satu ni. manjang kat kedai je kan. so alternatif terbaik, beli je online. kedai barang mengait kalau online, jujie beli kat Mayfair Handicraft.  jujur la cakap harga memang agak mahal tak TERAGAK sebab semua import dari luar negara macam jepun, UK dan USA.  tapi kualiti terjamin. cukup beruntung  kalau ada boyfriend yang duduk kat negara sejuk tu. pujuk la dia belikan jarum2 yang fancy2 comel belaka yaww. lepas tu upah je mereka dengan shawl ke cap ke apa. mesti mereka suka hoho. cuba search barang2 craft kat situ. semua ada.

so apa fungsi double pointed needle sampai jujie terdesak nak beli sangat? okay first jujie ingat double pointed needle ni tak penting dan boleh diganti fungsi kepada circular needle tapi tak! lepas duk study (woh! ngait pun nak study) jujie baru tau circular needle dengan double pointed needle berlainan fungsi.

okay meh jujie terang secara ringkas fungsi2 mereka berdua nih.

Saturday, July 31, 2010

him.again

ni la apa saya buat kalau saya hilang mood; takda orang nak luah isi hati.



kim hyun joong. yep!

sgt sonot jumpa video ni.
berharap sgt ni bukan setakat music video tapi movie or drama!
tapi hampa. *sigh*
T.T

Wednesday, July 21, 2010

Dear John

hari ni cuti. lots of good thing to do with our house, mak. 1st task: roboh reban. ganas kan? kepada ayam2 yang tak bayar sewa, sila keluar. kami nak roboh reban anda. wakakaka (ketawa jahat macam ah long!) macam buruh dan badang bila angkat kayu kayan yang penuh anai2 tu. then basuh baju dan sidai. macam apa je buat kerja penat2 pastu masuk rumah baru nak breakfast on 9.15 am. terbalik. ;p lepas breakfast tolong mak siang ikan bilis. masa tu la perut rasa sesungut. sakit! sakit! bagi la sakit ni kat kaum laki yang tak paham apa itu senggugut. *sigh* pasti tak pergi kerja 1 hari. setakat cirits pun dah bising kan.

masa tengah duk guling2 sakit perut ni dapat idea nak tuam perut. taknak guna minyak angin. tak suka baunya. nanti sakit perut tak kurang tapi prut prut pulak. nak tuam guna botol mineral isi air panas? lagi tak kuasa nak panaskan air masuk botol bolot pakai kain segala. cukuplah dah ulang alik ke tandas. hari ni kerja utama melawat tandas. hoh! so apa lagi. tak tahan ni. amek selimut super tebal balut satu badan, ON lappy dan letakkannya di atas perut. tunggu lama sikit, bila lappy dah panas, it feels much much better. :) finally. tapi biasa la at the 1st day. sengal2 tu still ada even tak sakit guling2. bila lappy dah on takkan nak biar je. apa lagi. explore la movie yang ada dalam collection yang belum sempat tengok.

jadi jujie jumpa 'DEAR JOHN' released on 2010 tapi along dah download awal2. hihi ^^ good story with simple plot. dengan keadaan yang kurang sihat filem ni sikit sebanyak tak rasa beban kalau tengok. awak tak payah penat2 pikir 'what's next?, what's next?' just lay back and relax. filem ni akan kupaskan 1 per 1 babak. it teach me about waiting, times, long distance relationship commitments, responsibilities dan jodoh. ala biasa la bila umur dah 20-an ni kalau tengok something yang berkaitan pasangan it started to thing my future. siapa jodoh, bila nak berkeluarga, anak etc.

carita ni mula dengan pertemuan pertama savannah (amanda seyfried) dan john tyree (channing tatum) kat tepi laut bila beg savannah jatuh dalam laut dan john selamatkan. dari situ mereka jumpa. mula dengan ucapan terima kasih, mereka berbaik. john berkenalan dengan keluarga savannah dan savannah jumpa ayah john. perhubungan mereka mula ada cabaran bila john habis bercuti dan perlu pulang ke base tentera. he is in US special force. dan savannah masih lagi student.cabaran yang mereka hadapi, long distance relationship. both of them berjanji menjaga perhubungan dengan baik, waiting each other etc. the sweetest thing yang mereka buat, tak kira berapa jauh john dihantar untuk berkhidmat, mereka berutus surat. sebab susah takda internet,so itu je cara mereka berhubung. everything looks fine sampai 1 masa savannah lama tak hantar surat. dan terakhir surat yang dihantar ke john savannah bagitau dia akan berkahwin dengan laki lain.  sedih. yep.

---------------------------malas nak cite panjang lebar.----------------------

last cerita, they meet again finally sebab jodoh. kenapa? hah tengok la sendiri. kekeke ;p

jadi cerita ni banyak kali mengetuk kepala saya 'oi wake up! wake up!' bukan sebab jujie berkhayal tapi menyedarkan jujie 'dun worry. kalau itu jodoh kamu, dialah jodoh kamu dan waktu itu lah kamu bernikah. insyaAllah..'

sometimes bila tengah bercinta masyuk la orang cakap, banyak janji yang kita ucap sampai kan bulan pun nanti abang belikan. ;p tapi kadang2 kita tak sedar what will happen in our future. dengan orang yang kita bercinta tu ke kita akan kahwin? mempunyai anak dengan dia dan menempuhi waktu tua dengan dia? awak pasti dengan dia? tak, kan?

bila kita pikir tentang masa depan kadang akan buat kita takut. takut dia bukan jodoh kita lepas 3 ke 4 tahun berkawan. tapi memikirkan tentang masa depanlah yang membuatkan kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapi whatever happen di masa depan. memperkuatkan diri dengan bersedia apa bakal terjadi dengan masa depan. kalau awak masih tak pasti dia bukan jodoh atau awak takut akan terjadi apa2 di masa depan, bersedia untuk mencintainya tidak melebihi dari awak mencintai Dia dan diri sendiri. cintailah dia sekadarnya sahaja.
 *peringatan untuk diri sendiri actually.

2nd, cerita ni mengajar saya masa takkan dapat berbuat apa2 tentang jodoh kamu. ini bermaksud, tak kira berapa lama awak berkawan, bercinta atau berkenalan, jika ditakdirkan dia bukan jodoh kamu, maka dia tetap bukan jodoh kamu. kalau awak risau 'alamak! aku dah 21 tahun! kena kahwin ni...!!' tapi sekiranya perhubungan itu disudahi dengan pernikahan sedangkan diri kamu masih belum bersedia, rushing, risau dia cari orang lain or what so ever, itu satu kesilapan. just wondering something happen in your future dan pernikahan yang awak harapkan tiada akhirnya tapi berakhir di tengah jalan dengan penceraian? hum.. jadi cerita tu menenangkan jujie. 'it's ok. umur dan masa tak dapat buat apa2 tentang jodoh saya. kalau tu jodoh saya, dia akan bersama saya tika detik itu tanpa sesaat lewat atau sesaat cepat.'

dan tak kira berapa lama saya tunggu kamu, ianya takkan merubah masa depan kamu dan saya. saya sentiasa redha. :) macam dalam cerita tadi tu la. hihi^^

here is some pic and good soundtracks from this movie. enjoy!^^



director: lasse halstrom
novel written by : nicholas sparks
genre: drama, romance, war.
released date: 5th feb, 2010 (USA)
my rating: 4 star :)

soundtracks:
  1. amanda seyfried - Little House
  2. Fink - This is the Thing
  3. Rosi Golan - Thing of Me
 


4.  Rachel Yamagata & Dan Wilson - You take My Troubles Away
5. Deborah Lurie - Dear John Theme
6. Joshua Radin & Schuyler Fisk - Paperweight
7. The Swell Season -  The Moon.
8. 311 - Amber
9. The Donkey - Excelsior Lady
10. Wailing Souls - Things & Time

little house by amanda seyfried:

I love this place
But it's haunted without you
My tired heart
Is beating so slow
Our hearts sing less
Than we wanted
We wanted
Our hearts sing 'cause
We do not know
we do not know

To light the night
To help us grow
To help us grow
It is not said
I always know

You can catch me
Don't you run
Don't you run
If you live another day
In this happy little house
The fire's here to stay

To light the night
To help us grow
To help us grow
It is not said
I always know

Please don't make a fuss
It won't go away
The wonder of it all
The wonder that I made
I am here to stay

I am here to stay

Stay^^

memorable quotes:

The problem with time, I've learned, whether it's those first two weeks I got to spend with you, or the final two months I got to spend with him, eventually time always runs out. I have no idea where you are out there in the world, John. But I understand that I lost the right to know these things long ago. No matter how many years go by, I know one thing to be as true as ever was - I'll see you soon then.

Tuesday, July 20, 2010

eye candy

gula mata. berfungsi untuk memaniskan mata yang sedang pahit. kalau awak tengah sakit hati, moody, frustrated sapa yang boleh buat awak sejuk? tak perlu mengadu nasib dan bercakap dengan insan terbabit. cuma gambar saja. sapa? sapa? everybody got their own. me either. let me show u my eye candy. heh heh heh (sila ketawa miang2) ;p

kim hyun joong for sure *wink2*


hah. kau tengok la. dia tak hemsem pon. kalau dalam BOF dah tentu dapat tempat ketiga ke saguhati kalau ada anugerah jejaka paling hemsem. sekali lagi. tak hemsem okay!?!

hem kau tengok la. memang tak la hemsem.

tapi macamana boleh jadi my most eye catching? hah. ni rahsianya

 dia mempunyai raut wajah yang lurus.
sampai di ayam2kan oleh mamat dua ekor ni.
*dush!!*


tak perlu memiliki wajah hemsem. cuma modal perilaku yang baik dan muka agak skema je. mudah menambat mata saya untuk dicuci. huahua.

awak moody hari ni? just look at his face. ololooh~
i'm em.ee.el.tee.ai.and.gee.(melting)

muka dia ada attraction yang membuatkan saya nak tengok tengok tengok dan tengok. haha! please~


hem. see. dia lurus kan? hihi ^^

some people said: he look very hemsem in every angle. cayalah! *claps* hehe.

here some good song from leann rhimes  some say love.

 

Some say love, It is a river,
That drowns the tender ring,
Some say love, It is a razor,
That leads your sould to bleed,
Some say love, It is a hunger,
And endless aching need,
I say love, It is a flower,
And you its only seen,

It's the heart, Afraid of breaking,
That never, Learns to dance,
It's the dream, Afraid of waking,
That never, Takes the chance,
It's the one, Who won't be taken,
Who cannot seem to be,
And the soul, Afraid of dying,
That never, Learns to live,

And the night, Has been too lonely,
And the rode, Has been too long,
And you feel, That road is only,
For the lucky, And the strong,
Just remember, In the winter,
Far beneath, The bitter snow,
Lies a seed, That with the suns love,
In the spring, Becomes a rose

although your name never mentioned as my eye candy but 
u are the sweetest candy my eyes ever look at. and always looking for it.
(kalau tak takkan gambar kamu merata dalam bilik sampai kantoi dengan makcik, kan?) ;p
the above song dedicated to u my dear, :)
from melaka with lots of love,
jehan.
(^^,)V

Sunday, July 18, 2010

mari cuci perut

pernah dengar smooties tak? yes. pandai pun. sejenis minuman berasaskan sayuran atau buah-buahan yang dikisar menjadi minuman penuh khasiat. baik untuk anda yang sedang berdiet. jehan diet ke? oh tak. katakan tidak pada diet. nanti ada orang jeling2. hoho. saya cuba tak bergantung pada suplemen dan cuba percaya pada apa yang saya makan, aktiviti harian yang sihat dan senaman. okay? tiada ikat perut sampai pening2. :)

jadi apa yang jehan nak buat dengan smooties ni? saya nak share resepi buat smooties.senang gila. cuma pegi pasar, cari bf. haha. takla! pegi pasar cari buah atau sayur, blend, taraaaa...smooties siap. 


kalau beli kat luar smooties ni mahal wwwoooh. baik buat sendiri. nak buat 1 jug sorang habiskan pun boleh. berbaloi-baloi. jadi, ini my fav smooties. ever.

kiwi+strawberi smooties
12 strawberi
2 kiwi
1 pisang
1 tbs madu asli
4 ketul ais

cara: 
potong bahagian atas strawberi, buang kulit kiwi dan belah 4, 
potong pisang kepada 4 keratan. masukkan semua bahan ke
dalam blender dan kisar selama lebih kurang 20 saat.
siap!:)


mango lassi
2 mangga masak
2 tbs yogurt asli
1/4 pint susu
1 cawan ais

cara: 
campurkan semua bahan ke dalam blender.
kisar lebih kurang 20 saat. tambah gula jika perlu. :)

smooties sayuran, saya cadangkan 2 resepi ni. sodap jang!

smooties seleri strawberi.
 3 batang seleri
jus epal
6 biji strawberi
6 tbs yogurt asli

cara:
potong seleri kecil2, buang bahagian atas strawberi,
masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar.
minum masa cuaca panas mesti terangkat! hihi ^^

 tomato smooties: 
2 cawan tomato (potong kiub)
1/2 cawan jus tomato
1/4 cawan jus epal
1/2 cawan lobak merah
1/4 cawan seleri (potong kecil)
2 cawan ais

cara:
campurkan semua bahan dan kisar. :)

apa lagi alasan yang saya perlukan untuk menolak minuman ni? saya rasa lepas ni tak perlu suplemen lagi. :)



  

Friday, July 2, 2010

bunny is arnab

bunny is arnab. oh rabbit also arnab. kekeke. naah dah janji nak post hasil mengait si arnab lompat2 kan hari tu? tapi arnab ni tak lompat2. statik keras gemuk kecil dan comel.

lepas duk pusing2 keliling google untuk cari pattern tersimple yang tak buat mata juling kepala pening sebab nak study pasal segala pattern tu, so jujie jumpa pattern tu kat Rebecca Danger. klik sini untuk pattern. kalau tengok semua hasil tangan yang dia buat apa yang saya boleh cakap : 'dia memiliki tangan mesin'. mana taknya semua hasil tangan dia kemas sangat sangat sangat. sekali lagi, sangat kemas. tengok semua stuffing toy dia buat saya rasa nak nak nak nak satu. oh bukan satu. semua ok?

jadi, lepas dapat pattern tu, jujie pun cuba.
apa yang awak perlu ialah:
  • benang kait saiz sederhana. kalau market biasa kat malaysia ni, yarn kecil je kan? so alternatif terbaik, double kan yarn. so ianya lebih baik.
  • circular needle. kalau awak tengok kat pattern tu, dia guna double pointed needle kan? jujie dah cari double pointed needle kat melaka takda. kecewa T.T. so cara terbaik gantikan dengan circular needle. fungsi sama je. :)
  • stitch counter (optional)
  • jarum jahit saiz besar
  • pom pom kit.
cara buat pun senang je. baca la kat pattern tu je okay? malas le nak taip benda yang sama dua kali. hehe :)

so here we go. my first bunny. hop! hop!

mr.brownies. sgt innocent muka kamu. -__-"

second? come to mama!

ms.vanilla. 
yang pink tu bkn mulut. awak salah. tapi hidung. take note. ;p

and the third one. drum roll!! drruuuuuu doom~!

mr.messy.
macam atok tua yang sengal kan? hihi. siap loceng kat telinga. joyah betol!

yang ketiga tu dah bagi hadiah tanda peringatan kat adik yang dah pegi sambung belajar kat puncak alam. bagi nama mr.messy sebab dia gila sangat bintang argentina si lionel messi tu. haa! serabut! 

here some pictures lagi. :)


prutt~

hehe.tu je. next project will be? tatau lagi.:)
till my fingers meet keyboard again!

lots of love, 
jehan.
(^^,)V


psst~ saya dak jumpa doktor kacak. nasib baik cepat!
dia bagi saya antibiotik yang terbaik!
betul la orang cakap kasih sayang dan chenta itu ubat paling mujarab untuk segala penyakit.

hamboi gatal sungguh ayat. tak ingat! haha. mak cubit nanti!;p

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails