Monday, August 23, 2010

air mata perempuan jatuh lagi

malam ni tak boleh tido. so amek lappy, google la. apa lagi. singgah kat oh! tidak. terjumpa satu entri 'dipotong kaki kerana mencuri ikan'. tajuk agak menarik. brother dah cerita awal2 ramai yang menangis bila tengok video ni tapi dalam hati jujie 'alah..dah malam buta takde feeling punye nak nangis..' so tangan pun gatal nak tengok jugak video tu. so klik la PLAY. haa.kalau ada berani korang tengok la video tu. pada sape yang hati batu kayu dinding besi je tengok tak nangis. si jujie? tak payah tunggu video habis. baru tengok video tu kurang dari 5 saat dah berjurai air mata. almaklum saya si pencinta kucing. sambil tulis entri ni pun still mengalir lagi air mata. ada juga manusia binatang yang sanggup bertindak kejam dengan binatang yang tak berakal untuk berfikir. tak sabar menunggu hari balasan kamu. kepada pemilik kucing yang tidak berkaki hadapan tu, semoga Allah membalas perbuatan kamu dengan rezeki yang melimpah ruah dari langit dan perut bumiNya. amin.

kalau nak tau keadaan kucing tu sekarang, boleh lawat blog tuan empunya kucing di kakimotong

psstt.. tak pernah jujie nangis tersedu sedan kerana seekor kucing tapi ternyata air mata perempuan ini jatuh kerana seekor kucing malang tidak berkaki hadapan. selalu nangis teruk2 lepas kena psiko dengan incep je. heshh. ;p

Thursday, August 19, 2010

simply the best!

salam ramadhan semua! :)

haaaaa~ mengeluh panjang2!! penat rasanya seharian kerja dibulan puasa. lemau je. bak kata mak 'biasalah kalau jadi perempuan..kat rumah kerja, kat tempat kerja lagi la kena kerja.' yup. bila fikir balik memang betul pun. takpa. bersyukur dengan semua keadaan. :)

so bila cerita pasal kerja, perempuan tak pernah lekang sehari kalau tak cerita tentang kerja yang satu ini - masak daripada hari saya kenal apa itu pisau, kuali senduk kunyit dan segala peralatan dan bahan memasak sehingga hari ni, saya bersyukur sebab start darjah 5 ayah dah garang suruh jujie ke dapur tolong mak masak. dalam masa yang sama, automatically otak saya dah menyerap segala ilmu dan mencuri skill2 memasak dari ibunya. ngehngeh ;p mekaseh mak!

bulan puasa ni bukan setakat mak je pening kepala nak masak menu apa untuk sahur dan buka tapi dengan si jujie sekali jadi biul. mana taknya setiap kali mak tengah pikir nak masak apa la masa tu dia tanya saya. haha! jawapan dah tentu la yang paling simple! simple bukan sebab malas tapi sebab makin berat makanan yang diambil, makin banyak KOLESTROL kalori dan beban bakal bawak penyakit cepat mati. semalam tengok ubat darah tinggi dan kencing manis mak je rasa meremang! sampai banyak macam gula2 mak makan!! so pesan mak, jaga makan daripada sekarang. ke angah nak jadi macam ni jugak? TAKNAK!! jadi sekarang menjadi tanggungjawab saya jaga pemakanan mak.

ah membebel je. nak kongsi lauk sahur sebenarnya ni!! macam biasa la kan. ringkas menjadi keutamaan.

PARU GORENG BERLADA


bahan - bahan:
paru lembu (rebus dan hiris nipis)
cili merah, bawang merah, bawang putih (ditumbuk halus)
sos tiram
secubit garam

cara memasak: 
goreng paru sehingga kering kemudian ketepikan.
tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. masukkan sos tiram 2 ke tiga sudu. 
masukkan secubit garam. terakhir, masukkan paru yang telah digoreng. gaul rata dan nah! sedia dimakan. :) 

IKAN PEKASAM

alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. ada orang tak tau apa tu ikan pekasam. haa ni la diaa!

tapi sekarang tak payah seluk sampai pangkal lengan sebab boleh je buat ikan pekasam dalam tupperwear. kihkih :p

tengok!

pada siapa yang tak pernah tengok rupa ikan pekasam, ni la ikan pekasam mentah.

nak masak menu ni senang je. cuma perlukan:

ikan pekasam
bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah/hijau (semua dihiris)
sedikit garam dan sos tiram


 cara memasak:
goreng ikan pekasam dan ketepikan.
tumis bahan yang telah dihiris. apabila dah naik bau, masukkan sedikit sos tiram dan garam. 
kemudian masukkan ikam pekasam dan gaul rata. ataupun tuangkan bahan2 ke atas ikan.

senang dan cepat kan?


selamat mencuba!

Friday, August 13, 2010

strawberi cameron highland itu masam

haha! dah ketandusan idea untuk tajuk jadi sembur je apa ada dalam kepala. tapi jangan tak beli strawberi dari cameron sebab alasan masam tau. kena beli sebab murah gila jual kat tesco cuma RM3.49. setiap kali stok dah habis dalam chiller, WAJIB kena beli. walaupun masam tahap tak nampak biji mata semasa menggigit, atleast boleh buat smooties yang gebu dan haluuuusss je (ayat haris untuk iklan nescafe). cuma tambahkan buah- buahan lain, yogurt dan madu jawabnya two thumbs up!

(inikah yang ingin diceritakan jujie pada entry kali ni?)

TAK!!

ni entry mengait. diulangi mengait.
bila tiba bulan puasa, perniagaan ciput ciputan macam yang kami sekeluarga kerjakan agak perlahan. jadi, masa2 yang terluang tak baik disia-siakan begitu saja. teringat pada projek mengait yang tergendala. so tangan ni pun rajin je nak menari semula. last post mengenai strawberi albino. awak ingat tak? yes.. strawberi jujie yang kehilangan pigmen melanin merahnya. jadi entry kali ni nak memuntahkan segala gambara yang ada.

oh salah. ni strawberi masam kecut. boleh dimakan.

ahah! ni la strawberi albino (kanan) dan al coklatino.

sejak partner ngait (maie si momoe) dah masuk u, malas rasanya nak drive sorang2 pergi kampung jawa untuk beli yarn. tambah sekarang bulan puasa. kalau keluar panas2 balik mesti haus. ada kang buat muka seposen depan mak sambil mintak air secawan. hah. nak kena tapak? so awal2 tengah belajar buat, belasah je warna apa yang ada. janji nampak hasil.


adik kecik (eca the ecot) dah sibuk ngendeng nak yang merah tu.
teringin sangkut kat beg katanya. 

boleh buat hiasan atas kek.(???)


hah. semua perihal strawberi dah dipost. lega. next projek? hadoi. tahap advance. sampai berpeluh2 kait. pening tengok pattern. tak kisah. janji tak mintak makan di bulan puasa. kihkihkih ^^ nak tau apa? tunguuu~
till my fingers meet keyboard again.
lots of love,
jujie the jehan
(^^,)V

Tuesday, August 10, 2010

double pointed needle

hem.  baru nak post entry fasal double pointed needle ni sedangkan dah berbulan2 dapat double pointed needle. hish. malas punya fasal. meh tunjuk sikit rupa si double pointed needle nih.


rupanya sama macam lidi sate cuma hujung dan pangkalnya tajam. tu tengok tu. lagi satu dia ada banyak saiz bergantung pada saiz benang. daan si jujie nak kasi tau. market kat mesia(malaysia) ni susah sikit nak cari. tambah pulak jujie tak dapat nak round satu melaka untuk cari dan beli makhluk satu ni. manjang kat kedai je kan. so alternatif terbaik, beli je online. kedai barang mengait kalau online, jujie beli kat Mayfair Handicraft.  jujur la cakap harga memang agak mahal tak TERAGAK sebab semua import dari luar negara macam jepun, UK dan USA.  tapi kualiti terjamin. cukup beruntung  kalau ada boyfriend yang duduk kat negara sejuk tu. pujuk la dia belikan jarum2 yang fancy2 comel belaka yaww. lepas tu upah je mereka dengan shawl ke cap ke apa. mesti mereka suka hoho. cuba search barang2 craft kat situ. semua ada.

so apa fungsi double pointed needle sampai jujie terdesak nak beli sangat? okay first jujie ingat double pointed needle ni tak penting dan boleh diganti fungsi kepada circular needle tapi tak! lepas duk study (woh! ngait pun nak study) jujie baru tau circular needle dengan double pointed needle berlainan fungsi.

okay meh jujie terang secara ringkas fungsi2 mereka berdua nih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails