Friday, August 13, 2010

strawberi cameron highland itu masam

haha! dah ketandusan idea untuk tajuk jadi sembur je apa ada dalam kepala. tapi jangan tak beli strawberi dari cameron sebab alasan masam tau. kena beli sebab murah gila jual kat tesco cuma RM3.49. setiap kali stok dah habis dalam chiller, WAJIB kena beli. walaupun masam tahap tak nampak biji mata semasa menggigit, atleast boleh buat smooties yang gebu dan haluuuusss je (ayat haris untuk iklan nescafe). cuma tambahkan buah- buahan lain, yogurt dan madu jawabnya two thumbs up!

(inikah yang ingin diceritakan jujie pada entry kali ni?)

TAK!!

ni entry mengait. diulangi mengait.
bila tiba bulan puasa, perniagaan ciput ciputan macam yang kami sekeluarga kerjakan agak perlahan. jadi, masa2 yang terluang tak baik disia-siakan begitu saja. teringat pada projek mengait yang tergendala. so tangan ni pun rajin je nak menari semula. last post mengenai strawberi albino. awak ingat tak? yes.. strawberi jujie yang kehilangan pigmen melanin merahnya. jadi entry kali ni nak memuntahkan segala gambara yang ada.

oh salah. ni strawberi masam kecut. boleh dimakan.

ahah! ni la strawberi albino (kanan) dan al coklatino.

sejak partner ngait (maie si momoe) dah masuk u, malas rasanya nak drive sorang2 pergi kampung jawa untuk beli yarn. tambah sekarang bulan puasa. kalau keluar panas2 balik mesti haus. ada kang buat muka seposen depan mak sambil mintak air secawan. hah. nak kena tapak? so awal2 tengah belajar buat, belasah je warna apa yang ada. janji nampak hasil.


adik kecik (eca the ecot) dah sibuk ngendeng nak yang merah tu.
teringin sangkut kat beg katanya. 

boleh buat hiasan atas kek.(???)


hah. semua perihal strawberi dah dipost. lega. next projek? hadoi. tahap advance. sampai berpeluh2 kait. pening tengok pattern. tak kisah. janji tak mintak makan di bulan puasa. kihkihkih ^^ nak tau apa? tunguuu~
till my fingers meet keyboard again.
lots of love,
jujie the jehan
(^^,)V

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails