Tuesday, August 10, 2010

double pointed needle

hem.  baru nak post entry fasal double pointed needle ni sedangkan dah berbulan2 dapat double pointed needle. hish. malas punya fasal. meh tunjuk sikit rupa si double pointed needle nih.


rupanya sama macam lidi sate cuma hujung dan pangkalnya tajam. tu tengok tu. lagi satu dia ada banyak saiz bergantung pada saiz benang. daan si jujie nak kasi tau. market kat mesia(malaysia) ni susah sikit nak cari. tambah pulak jujie tak dapat nak round satu melaka untuk cari dan beli makhluk satu ni. manjang kat kedai je kan. so alternatif terbaik, beli je online. kedai barang mengait kalau online, jujie beli kat Mayfair Handicraft.  jujur la cakap harga memang agak mahal tak TERAGAK sebab semua import dari luar negara macam jepun, UK dan USA.  tapi kualiti terjamin. cukup beruntung  kalau ada boyfriend yang duduk kat negara sejuk tu. pujuk la dia belikan jarum2 yang fancy2 comel belaka yaww. lepas tu upah je mereka dengan shawl ke cap ke apa. mesti mereka suka hoho. cuba search barang2 craft kat situ. semua ada.

so apa fungsi double pointed needle sampai jujie terdesak nak beli sangat? okay first jujie ingat double pointed needle ni tak penting dan boleh diganti fungsi kepada circular needle tapi tak! lepas duk study (woh! ngait pun nak study) jujie baru tau circular needle dengan double pointed needle berlainan fungsi.

okay meh jujie terang secara ringkas fungsi2 mereka berdua nih.


circular needle: jarum ni sama macam double pointed needle cuma kedua2 hujung jarumnya bersambung dengan kabel. macam jarum kait yang lain, circular needle ni ada banyak saiz dan, kepanjangan kabel yang pelbagai. material yang digunakan untuk buat circular needle ni kalau kat mesia ada besi je. tapi secara global, ada buluh, kayu, PVC etc. harga pun mengikut material, made in dimana, dan tahap kepayahan nak carik. makin susah korang nak carik, makin demand la harga! ngeh3.

okay! nak cerita fungsi pulak. kalau circular needle, fungsinya lebih terbatas nak dibandingkan dengan double pointed needle. kebiasaannya orang guna circular needle ni untuk buat sesuatu yang boleh dibentukkan bulat TANPA dijahit i.e snow cap/ baby cap, hand glove, fingerless mitten etc.  okay itu circular needle.

double pointed needle: ciri2 double pointed needle jujie dah cerita awal2 tadi kan? okay2. kamu ni sume manjalah. jujie cerita semula. double pointed needle ni cirinya sama macam lidi sate yang kita makan kat kedai pakcik berahim kat semabok tu (peh sate anda lazat! terliur pulak) cuma double pointed needle ni mempunyai hujung dan pangkal yang tajam dan boleh berfungsi.  macam jarum lain, jarum ni pun ada banyak saiz dan dipebuat daripada pelbagai material such as bamboo, wood, besi etc. jarum ni special sebab kegunaanya UNLIMITED! boleh guna untk buat stuffies, socks, snow cap etc. kebiasaannya knitters menggunakan 4 ke 5 batang jarum untuk menghasilkan sesuatu barang depends on size objek.

itu penerangan ringkas. kalau awak nak yang detail, sila ke wikipedia.

walaupun permulaan guna double pointed needle ni agak pening rasa mual nak muntah, tapi kalau kita cuba dan cuba dan cuba, lama2 faham juga. tak susah sebenarnya.

ni sikit projek jujie in progress sebab excited baru dapat jarum yang mahal gila sampai mak cakap 'ala.. jarum macam lidi sate. mak pun boleh buat sendiri.'  grrr.. macam nak geget2 je mak ni tau..

nak buat strawberry tapi xde benang merah. sayam, tolong belikan? haha!


strawberry ni dah siap pun sekarang. belum sempat snap gambar dan upload je. nanti kapan2 jujie upload ye.

senyum sebentar:
pemegang rekod jarum kait terbesar sedunia ialah Julia Hopson dari Cornwall yang berdiameter 6.5cm dan 3.5 meter panjang!  :)

 hah! hamek kau. ni baju kapal terbang pun dia boleh buat.kehkeh ;p


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails