Thursday, December 15, 2011

pop heart and flower button

Assalamualaikum dan selamat pagi!!
Awak semua sihat tak? Jehan? Alhamdulillah sihat :)

Hari ni, Jehan ada siapkan satu projek. Comel!! Jehan dapat idea nak crochet projek ni lepas merayau-rayau kat blog ilmahasana. Geram pulak tengok projek ni punya la tembam gebuu!
Ni, cuba tengok..

tembam, kan??

Let's start ladies! ;)

Jehan dapat pattern Pop Heart tu kat SINI. Awak pun boleh crochet jugak.

Next, Jehan ada buat pin flower botton jugak.

Jehan prefer flower botton pin untuk dipakai buat hiasan tudung kalau pegi jalan-jalan santai sebab simple dan comel!*bajet kalau pakai nampak comel la tu? sudah la sudah!* Kalau pakai kat tudung masa kita pakai baju kurung cotton pun comel! hehe.

Ada pembaca blog yang tanya Jehan macamana Jehan belajar knitting dan crochet. Jawapan yang Jehan bagi semua sama je - YOUTUBE!! Ye. Youtube adalah reference terbaik kalau nak belajar knitting dan crochet.
Besides, ada blog yang bagus untuk dibuat rujukan. Contohnya macam blog kak Ery, Da'Knit. Ni pun sumber rujukan yang awesome!! Selain boleh jadi sumber rujukan, awak boleh tanya macam-macam soalan berkenaan knitting dan crochet. InsyaAllah tak menghampakan :) Eh, lupa nak bagitau, boleh SHOPPING barang kait jugak! Ha...awesome tak? awesome taaakk??:D

Okay Jehan rasa buat masa ni, tu je yang jehan nak kongsikan. Eh kejap!! Nak kongsi lagi satu awesome experience. Jehan mula minat nak menjahit. So, ni hasil jahitan kurung pertama. ;)

I Love Cotton!!:)


Pesanan mak: Kita ni perempuan, selagi kita boleh buat satu kerja tu, belajar dan cuba buat sendiri. Laki, suka pada perempuan yang serba boleh dan pandai berjimat. :) *Terima kasih,mak :')

Mutiara kata: Kalau kita pandai susun jadual dan atur masa, tak mustahil kita mampu melakukan segala tugas!

Semangat Jehan, Semangat!!
^____^

Salam sayang,
Jehan@Jojie

Assalamualikum

Wednesday, December 7, 2011

crochet: E-cigar casing

Masuk2 blog je terus capai bulu ayam. Berhabuk page Jehan, kan? Hiah.

Assalamualaikum wbt sayang-sayang saya!! How's your day? Jehan doakan semua baik2 saje. Amin :)

Mesti ada cerita best, kan? That's why rajin bebenor si Jehan nak update blog. Myahaha! :D

Of course la dear.. Alhamdulillah bahagia dengan segala nikmat Allah bagi. So, apa yang Jehan nak share kali ni? Kali jom kita share pasal crochet!! Yes. keluar daripada knitting tapi masih lagi jari menari, kan? :)

Seseorang telah menaikkan semangat saya untuk belajar crochet semula. Awal2 belajar crochet dulu rasa dah putus asa.
"Apesal la susah sangat nak paham!!"
"Arghhh...tak sukelah crochet nih!!"

See!! Bad influence, right? So my friend, Aizat came to my shop last week. He request E-cigar casing from me. At first, i doubted. Boleh ke jehan buat? Bak kata semangat, belum cuba belum tau, kan? So, Jehan jadikan 1 cabaran. I take this challenge. Daripada situ timbullah idea nak belajar crochet semula sebab kawan2 yang pandai crochet selalu cerita yang crochet ni lagi cepat siap berbanding knitting. Ye. Lepas belajar crochet, I admit it! Crochet lagi cepat berbanding knitting.(cuma banyak guna yarn T___T)

Jehan pun belajar pelan-pelan dan kadang2 Jehan cuma crochet suka hati asalkan dapat bentuk yang dikehendaki. Haha suke hati kau-Lah!;p dan hasinya.....


Jehan ada google simple video kat youtube untuk buat 5 petal flower dan 4 petal clover untuk latihan jari. Practice makes perfect, right? :) Jadi, ni hasilnya....



And......lepas penat bekerja, I treat myself with this....
Tulip Gold Crochet Needle. Ianya sangat ringan!! Suke sangat! Secara automatik boleh jadi pembakar semangat untuk mendalami lagi ilmu crochet , InsyaAllah!!

Pendek kata, tak kenal maka tak cinta. Sama juga macam crochet. Tak minat maka tak pandai. Kalau kita nak mahir dan pandai dalam sesuatu bidang, pastikan yang kita betul2 minat dengan bidang tersebut dan jangan cepat mengalah. :) No pain, no gain, guys.

So, that's all for now. Semoga diberikan kesempatan dilain waktu untuk berkongsi pengalaman yang menarik berkaitan dunia jari menari.

Salam,
Jehan@Jojie. (^__^)V

Tuesday, September 27, 2011

untuk penggila stokin

Assalamualaikum.

Hayayah peeps!
Eh awak nak tau sesuatu?
Jojie nak kongsi.



Awak suka stokin? Oh maksud jojie awak suka kait stokin? Stokin ni salah satu projek yang jojie suka buat. Dah nama pun suka so dah tentu la kita akan cari tau semua tentang stokin ni kan?

Macamana nak kait stokin dengan lebih cepat?
Apa petua dan teknik paling mudah?
Jarum dan benang terbaik?
DPN's atau circular paling mudah?
1 atau 2 circular paling mudah?


Haaa..Pendek kata jojie akan cari dan cari dan cari semua info pasal kait stokin untuk dapatkan hasil stokin yang lebih baik dari hari ke hari. :)

So malam ni jojie jalan2 kat alam maya ni sambil cari info pasal kait stokin. Then jojie jumpa tentang 'Sock Knitting Tips'. Lepas duk baca text yang diberi, syukur Ya Allah jojie dapat info berguna malam ni. Jadi, dengan penuh rasa kasih sayang, jojie nak kongsi ilmu ni dengan semua knitter di luar sana!

Link untuk ke page tersebut awak boleh klik SINI ye.

So jojie harap ilmu yang dikongsi malam ni memberi inspirasi dan menfaat untuk kita semua.

Selamat mengait knitter semua!


With lots of love,
Jehan@jojie.
(^^,)V

Mana saya beli benang dan barang kait?

Assalamualaikum wbt peeps! :)

How's your day today? Good? Me too :) Everything runs smoothly. Alhamdulillah.
Haa tapi jojie tau ada yang resah gelisah kat luar sana sebab tengah pikir mana nak cari benang dan peralatan mengait. Kan? kan? Sila senyum kalau awak termasuk sebagai seorang knitting tool's hunter! ;p
Ololoh. Tamo sedih lagi. Super jojie datang membantu.

Ehem.
Okay sebelum saya mula, kamu dah baca previous post jojie: kedai shopping barang kait. ke belum? Awak boleh baca pos tu dulu sebab apa yang jojie nak tulis nanti adalah penambahan kedai menjual benang dan peralatan mengait sahaja. Takkan nak tulis isi yang sama berulang kali kan kan?

Okay jom mula sekarang.

Kedai pertama


Cotton House

Cotton House ni salah satu kedai yang menjual peralatan dan benang kait secara online uolss!! Jojie baru dapat tau 2/3 days ago pasal kedai ni. PANG!! Fail tau fail! Sampai melompat suka sebab jumpa kedai ni. Cotton house ni ada jual benang kait, knitting & crochet needle dengan harga yang berpatutan. Benang kait kat sini pun boleh dibeli sikit-sikit bagi yang baru nak belajar kait. Tapi semakin banyak awak beli harga makin murah. Harga boleh nego dengan owner. Senyum panjang kan? ^_____^

Kedai kedua

 Daiso Japan

Okay kalau previous post jojie bagitau Daiso Japan kat Dataran Pahlawan, Melaka, kali ni Daiso Japan dah tambah satu lagi branch kat Aeon Bandaraya Melaka. Daiso Japan kat sini lebih besar berbanding kat Dataran Pahlawan. Seronok sebab semua barang lima ringgitan!! So berbelanja dengan berhemah! Pandai2 la pikir samada barang yang awak nak beli tu berbaloi tak dengan nilai RM5 ye. Tapi setakat ni barang mengait berbaloi. Ada jumpa knitting needle RM5? Jadi, pergi serbu habiskan knitting needle dia! Hehe ;p

Tapi maaf ye. Daiso Japan takda online shopping~ Haa~

Kedai ketiga


Da Knit Online Store

Sapa malas pergi kedai nak beli barang kait sila angkat tangan!! Meh gimme 5 sebab kita geng. Me too!! haha :D Okay sekarang anda boleh menikmati ke'masyuk'kan benang daripada jenama ICE. Kalau selama ni awak kena beli bundle dari Yansonlineshop, sekarang Da Knit ada jual edisi sikit-sikit asal ada. Hehe. Sape yang tengah bajet atau tengah bulan poket kering, boleh la beli kat Da Knit okey sayang? Boleh beli 1 ball ke 2 ball. Selain benang Da Knit juga ada supply buku mengait, jarum dan lain-lain. Suka kan? Jojie pun suka.


Sebenarnya banyak lagi individu atau kedai barang kait selain daripada yang jojie bagitau ni cuma mereka belum dikomersialkan lagi. Dekat facebook ada juga individu yang jual benang kait so kena padai2 carik. Orang cakap, kalau nak jadi baik, kawan la dengan orang baik. So, kalau nak jadi knitter, kena la kawan dengan knitter. Daripada situ nanti awak akan dapat banyak info tentang kedai- kedai yang jual barang kait ni. Samada secara online atau tak.

Okay tu saja info kali ni. Ingat, ilmu yang ada, jangan disimpan kepam. Kongsi-kongsi la kepada mereka yang belum pandai. Sharing is caring, kan? Peringatan untuk diri sendiri juga. Semoga segala pekerjaan yang kita lakukan diredhai Allah. InsyaAllah. :)

Till my fingers meet keyboard again.
With lots of love,
jehan@jojie.

Assalamualaikum wbt. :)

Hey encik raksasa!

Assalamualaikum wbt.
Hye gadis2 dan jejaka2 di luar sana!

Seperti yang dijanjikan! Tonight jojie nak tunjuk monster baru!! suke tak? Suke taak? Haaa. Even sekarang tak berapa nak night (its already morning, jojie!) -_-" tapi jojie still gagahkan mata nak share this monster with you all.

So marilah kemari Hey hey hey hey~ hey kawan~ :D

Jojie perkenalkan!



UNTUK DIJUAL
Name: You name me. :)
Color: fluorescent pink.
Height: approximately 13"
Material: high quality 100% acrylic.
Kelebihan: handmade with jojie's hand! Me, 1 and only.;)
Kekurangan: chenta.;p

Harga: RM 69 including postage. Plus, free gift.
Grab me. 1st come 1st serve!

Contact me tru email: jehanajeha87@yahoo.com or facebook saje.
Thanks You.:)











Oh! Its Already late! I must sleeeppp!! So nanyte all! Mimpi indah2 okeyh!

With lots of love,
Jehan@Jojie.
Assalamualaikum wbt.

Monday, September 26, 2011

He's coming tonight!

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sume! Hee :)

Okay lets make it fast faster fastest!

So, malam ni,  jojie will show you all her new born monster. For sale for sure!

Wait for him okay, dear!

Have to go now. See you all tonight!

With lots of love from deep in my pinky heart,
Jehan@Jojie.

muaX muaxsss! ;)
Assalamualaikum.

*So sorry for those yg post kat chat box. Jojie tak sempat nak reply. Lama tak jejak blog. I love you all anyway! Banyak2 okay! Sumbat dalam otak dalam2 ye! Cup cup!;)

Thursday, August 11, 2011

newborn monster

Assalamualaikum wbt semua!

Hello~ Nescafe or Milo? Ehe ;p

Okay lemme introduce you guys with my newborn monster


Drum roll please!!!



Trrrruuuuuu   Tum!!


Mr. Pinky Winky in da house bebeyh!!

Okay pinky please introduse yourself.

PINKY WINKY said:

Boleh tuju lagu? hihi. Sorry gurau.

Hai semua!
Nama saya Encik Pinky Winky.  Awak semua boleh panggil saya Johnny Depp. Okay sorry saya gurau lagi.
Err.. tinggi saya lebih kurang 10 inci (tak setinggi si jehan). Muka saya legend tapi warna saya jambu.
Jehan bagitau, saya untuk dijual. *sigh* Kenapa nak jual saya? Sedihnya saya. :'( Sampai hati dia.
Tapi lepas jehan cakap, saya harus dijual supaya dia dapat beli benang baru dan buat monster lain untuk dijual jugak, saya faham. :)

Kepada bakal tuan baru, saya sangat bersemangat untuk menceriakan hari anda, menchentai anda dan membuat kawan2 anda jeles kerana anda sorang yang ada saya! Ahaa suka tak? suka tak? :)
So kalau anda nak cemburukan kawan2 anda dengan kecomelan saya yang tanpa batasan ni, anda boleh la hubungi jehan melalui email beliau:

jehanajeha87@yahoo.com atau menghubungi beliau di
Facebook: Nurjehhan Zakaria.
Jangan teragak-agak sebab saya cuma ada satu. Jehan pesan, 1st come 1st serve.

Bab harga, nanti jehan bagitau. Tak sampai hati nak letak harga kat diri sendiri. huks~ :'(

Sampai sini saja. Semoga kita jumpa ya!
salam sayang, Mr.Pinky Winky :)
_________________________________________________________________________________

Ololoh. Comel je dia nih kan? :)

So pasal harga. Mr.Pinky Winky dijual dengan harga RM55 including postage.

Clear kan?

Nah tengok lagi pic Monster ni.

 Saya ada jantung.

Belly button juga.(pusat)

Ai Ai Capten!
For your info baby, I am not An ALIEN okay!! grr~

Paling menci bila jehan nak capture bahagian montot.
Haih malu tau!!

1st pic captured. Saya malu plus kaku bila jehan cakap "c'mon pinky kita ada photoshot". (fuyoooo macam apa je.) ;p
So minta bantuan teddy bear untuk temankan. ihi ;)
__________________________________________________________________________________

Alhamdulillah proses ambil gambar Mr. Pinky Winky berjalan lancar walaupun awalnya Mr. Pinky macam kaku dan segan je. Tapi lepas tu haaaa tak cukup memori nak simpan gambar dia yang dah syiok nak posing macam2. Lorat betol! hehe.


Okay tu je untuk kali ni.
InsyaAllah nanti jehan kongsi monster lain lagi keyh.
Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah bagi. Dibulan puasa ni ada banyak tempahan yang jari saya kena siapkan.
Thanks to you guys for keep supporting me secara langsung atau tidak. sob sob :") terharu.

Selamat berpuasa!
Assalamualaikum wbt.

Lots of love,
jehan@jojie.(^^,)V

*segala typo akan saya re-edit. Ni pun taip laju2 sebab time keje nih! haittttt!!

p/s: SOLD to Alint Weyh!


Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan preparation

Assalamualaikum wbt sayangs musyup masyam syaheee! Ehe.

I am so sorry macam over nak start entri ni. Excited semacam bila kenang Ramadhan bakal menjelang minggu depan.

Tarik nafas dalam-dalam~ dalam lagi~ Haaaa~~ Hembus dengan penuh feel okay.

Itu menunjukkan satu kenikmatan Allah yang sedang kita nikmati dan itu juga menunjukkan, InsyaAllah, dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat menyambut Ramadhan yang bakal menjelang bersama-sama. Alhamdulillah lagi! :)

Okay. Macamana nak mula nih. Tajuk dah excited sangat.
Awak dah prepare apa untuk Ramadhan nanti? Lemari, krusi, gobok, dah tukar? Chewah puasa pun belum tapi segala langsir, kuih, pelita dah start jual kat pasaraya. Over, kan? ish. 

Jehan buat apa untuk persiapan Ramadhan? Aha.. ni yang duk excited sorang-sorang daripada tadi ni. Meh kita share sesame meh! I went to Aik Bee Tailoring *wholesaler untuk barangan craft. In front of Taman Kota Laksamana boleh nampak dari flyover/jambatan belah kanan dari arah Mahkota Parade* this morning. Alone. Ehem. Yes. Ni semua demi untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelang. Yes. Awak tak salah baca.

Mesti ada yang tertanya-tanya APA KAITAN MAKCIK NI DUK CITE PERSIAPAN PUASA DENGAN KEDAI BARANG CRAFT PULAK?! KUSUUUT!


Teehee. Macam ni.
Saya, Cik Jehan membuat persiapan untuk mencukupkan bekalan/stok keperluan/peralatan knittingnya puun sebelum datangnya Ramadhan puun.

EH APA KAITAN?

Kaitannya, pabila tibanya Ramadhan, aktiviti bersiar-siar, berjalan-jalan, mencari-cari, memburu-buru, shopping sakan, berhibur dan berfoya-foya haruslah dikurangkan. Ni lebih kurang senang cakap jehan malas nak keluar cari stok barang knitting time bulan puasa. Godaan woo! Siyes cakap, saya kalau keluar berjalan-jalan/berfoya-foya*kata2 tak boleh blah langsung* stok air masak dalam botol haruslah ada dalam kereta. Even nak beli barang knitting kat satu kedai je ambil masa kurang satu jam pergi dan balik pun mesti ada air dalam kereta sebab saya memang kuat minum air. Satu hari 4 liter, kau boleh cabar? Kehkeh. ;p So, yang terbaik pada bulan puasa banyakkan aktiviti di bawah bumbung saja.

Haa tengok! Introduction dah panjang, Ni belum cerita kita beli apa lagi nih!

Okay sambung. Dah sebut kita pegi kedai mana tadi, kan? So pusing punya pusing, sampai rumah, bongkar semua, naaah ni la yang jehan dapat!!






Haa yang BESAAAR PUNYEE ni namanya toy stuffing fiber. Ala kapas yang sumbat-sumbat dalam perut teddy bear atau bantal empuks korang tidur tu.. Haa ni la rupa dia. Kalau korang beli kat Daiso yang 1 pek cinonet RM5 tu, ni jehan dapat versi 1kg = RM13! Besar woo! Aunty kedai tu cakap "you kalau nak stuffing, jangan tarik banyak-banyak tau. Nanti itu kapas keluar banyak besar!" Aha! okay aunty! Thanks for your advice ;) Tapi seriously, sekali dapat, excited dia macam dapat teddy bear sekor tau! Nampak leceh sekilo je tapi packing dia besar! Nak bawak kena peluk. Uhu~ suka.

Lagi. jehan beli ni!

Mengikut putaran jam, mula-mula sekali ada fancy colored locengceng yang dah naik harga, ada mata monster pelbagai saiz, petit plastic button with assorted color dan wooden botton with assorted size&color. Cukuplah stok sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal untuk projek-projek nanti. :)

Eh, nanti ada lagi!

I also went to Daiso Jaya Jusco bandaraya Melaka for the 1st time! Again dengan perasaan yang sangat teruja bila masuk "Haa amek ko gabak aihh!". Besar gile! Kepala terus blur cari barang handycraft.

Oh God, where are you??????

Besar punya pasal cari sendiri dekat setengah jam tak jumpa, I surrender. Pergi kat miss-miss comel yang kerja kat situ tanya mana tempat handycraft. Suddenly terasa malu+bongok=mangok sebab every row ada tulis nama setiap section. SENGAL!!!! Tulah mak selalu pesan carik guna mata. ish lagi. -_-" Handycraft section sebelah saya. Sekian, dengan malunya.

So kat tempat handycraft tak dapat banyak barang. Dengan harapan ada bamboo knitting needle tapi takda. Maybe belum masuk lagi kot. So jehan just grab this 2 items. Loceng yang worth about 70sen sebiji kat kedai craft biasa tapi jehan dapat 20 biji=RM5 kat Daiso. Berbaloi, kan?Lagi satu, beg yang jehan rasa berbaloi jugak sebab rasanya beg macam tu kat kedai luar about RM 8-RM10 tapi kat Daiso cuma RM5. So haruslah disebat.

Haa~ jehan dah share persiapan untuk menyambut Ramadhan untuk versi "Koleksi stok knitting project saya dah diupdate". InsyaAllah versi "Koleksi lauk-pauk sepanjang bulan Ramadhan" akan diupdate dengan bunda terchenta! Ehe..

Tu saja untuk kali ni. InsyaAllah jumpa lagi di entry akan datang.
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah, semoga segala kebaikan yang kita lakukan dibulan mulia ini akan diberikan ganjaran pahala yang setimpal olahNya, InsyaAllah.

Have a good night, dear! Assalamualaikun wbt.

Lots of love,
jojie@jehan.
(^^,)V

Monday, July 25, 2011

done. Mr.Toothy

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan share next projek for sale :) Sebelum cerita lagi panjang meh jehan nak cerita "cerita disebalik sang monster" ni. Okay. Ingat/ ada baca previous post yang ada kaki/tangan *ahh tak tau ni part apa sebenarnya* tak?

yes. this is what i mean.

Actually this part jehan nak buat kaki/tangan untuk monkey. Unfortunately, tangan jehan ni menggatal pergi alter the number of stitches la, decreasing the stitches la konon nak buat supaya nampak lagi kecumilan tapi hasilnya apeeeeeee pon tak boleh! Bila the arms and legs dah siap,  jehan nak mula kait badan pulak. Haaa start ni la nyampah nak cerita. Saiz kaki/tangan tak match dengan badan *badan kecik cinonet tangan/kaki haa amek kau macam sakit untut!!*

Time ni dah bengang. Clueless. What should I do whit this big legs and arms. T_____T Wasting my time!!

Dan. Again. Alhamdulillah. Keluhan seperti didengar. Masa duk tengah perah kepala fikir idea bungkusan ni oun sampai.

Oh terima kasih ENcik penyelamat!!

As you know, ni parcel yang hari tu jehan ada cerita. Pasal buku baru saya yang terchenta tuu!! ^____^


Memang Ya Allah, suka hati dan bersyukur sangat buku ni sampai tepat waktunya. So jehan cuma perlu pilih bentuk monster yang ada, yang sesuai dipadankan dengan kaki/tangan yang tak bertuan tu. ;p Sikit perubahan dilakukan pada pattern sebenar monster supaya matching dengan saiz kaki/tangan.

Sekarang...





Ni lah hasilnya! :)
Hi, my name is Mr. Toothy. Nice to meet you.

 Fuh Fuh. What a hot sunny day, bebeyh!

Taktau kenapa jehan bagi dia nama Mr.Toothy. Mungkin sebab bentuk dia macam gigi..? hehe

So sekarang ianya untuk dijual.

Penerangan: 
  • Nama: Mr.Toothy
  • Tinggi: 14.5"
  • Kuantiti: 1 sahaja
  • 1st come, 1st serve. No reservation.
  • RM50 *including postage
  • kelebihan: eye catching. Gimme to your gf  as a  gift. I swear she'll love me more than you. Ahaaa
  • kekurangan: kurang kasih sayang. So love me plissss ^__^

Sesiapa yang berminat boleh email: jehanajeha87@yahoo.com. Limited edition tau.

Tu saja untuk kali ni. See you again next post.  May Allah bless us all. InsyaAllah :)

LOTS OF LOVE,
jehan@jojie bacin ;p
(^^,)V

Sunday, July 24, 2011

Berita gumbira!

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian! :)
Haa lepas dah kongsi kegembiraan projek cardigan, jehan nak kongsi la pulak kegembiraan dapat  buku baru! Muehehe.

Okay. First of all. Jehan love stuffing toys. Especially, knitted toys. Oh heaven. Then, jehan cari pattern untuk kait satu knitted stuffed toys. FREE pattern i mean. Tapi mostly agak susah dan tak menarik till i found this one!

 Menarik, kan?

Yup awak pun tau takda benda kiut miut yang free. Buku comel loteh ni jehan jumpa kat Amazon. Sekali tengok dah jatuh cinta. Dengan bantuan kak ERY sayang dari Da'Knit kami dipertemukan buat kali pertama pada 21 Julai 2011 dengan rasminya, Malaysia-Chicago. :) Thanks Kak Ery :')

For those yang terasa-rasa nak belajar mengait, nak cari benang atau peralatan mengait boleh minta tolong kak Ery. Dia sangat baik hati dan servis yang diberikan - tip-top.(jangan lupa kira servis caj kak ery sebab dia dah tolong kamu, ye!)  

Jujur kata jehan memang tak pandai nak beli barang dari oversea ni so kak Ery la tempat meluah perasaan selama ni. Kalau nak minta pendapat dari segi kualiti barang yang nak dibeli ke serahkan je pada kak Ery. Kak Ery ni terer. hehe

Okay jom cerita pasal buku ni pula. Buku ni comel, menarik, color every single page dan penerangan yang diberikan juga jelas. 20 pattern monster yang berlainan kat dalam buku ni pon "halamak kiut sangat pesal?". Saya suka buku ni dari kulit luar sampai muka surat terakhir, setiap baris ayat dan perkataan, sebab setiap satunya menghiburkan dan tak formal. Terasa santai dan mudah. Senang cakap saya sangat rasa puas hati, sayang, chenta dan kalau ada lima bintang saya bagi 4.5 bintang. Kenapa tak lima? Kalau Rebecca Danger bagi lebih lagi monster cecomel tanpa menaikkan harga buku saya bagi lima bintang. Jehan suka cakap yang mengarut, kan? hehe ;p

InsyaAllah kalau ada edisi ke-2 daripada Rebecca Danger saya taknak lepaskan peluang.Saya pasti hasil daripada beliau takkan mengecewakan.




 I love this part: Gift from Erliani Binti Md Yusof. sweet, kan? :')


You did very good job, Rebecca Danger. So kepada yang nak rebut juga buku ni, awak boleh la beli di Amazon.com dengan harga RM77(harga termasuk servis caj untuk kak Ery tersayang :) )

So itu saja untuk kali ini. Semoga akan diberikan kesempatan berkongsi kegembiraan di masa akan datang, InsyaAllah.

I am so excited! Tak boleh tunggu lagi, saya nak mengait dulu ye! ;) Dah siap nanti saya kongsikan, okay? Tata!

Till my fingers meet Mr. keyboard again.
Lots of love,
Jehan@Jojie.(^^,)V

lagi keberjayaan jari menari



Assalamualaikum wbt.


Hai sekalian sayang sayang! :)  Awak tunggu cardigan saya? Thank you so much. Seperti yang telah dijanjikan setelah siap mengait cardigan sendiri buat kali pertama saya nak kongsikan bersama kan? So, here it is. It takes about 4 months to be done!!! OH MY OH MY~ The project can be faster if I am truly deeply madly full time knitter. Ha tengok! Dia macam nak mengeluh tau. Hep hep. Namo okay. :)


Alhamdulillah akhirnya cardigan ni berjaya disiapkan dengan cemerlang. Cewaah! haha ;p


 FRONT VIEW.

BACK VIEW.


GEDIK VIEW. Hep!
(tolong ignore segala baju love love tu.isk.-_-")


ZOOMING.












Terima kasih banyak kepada follower yang setia menanti hasil cardigan ni :') Secara tak langsung anda dapat menaikkan lagi semangat saya yang kadang2 malas gila nak mengait dan mendorong saya menyiapkan projek yang satu ni. Akhirnya siapkan jugak, kan? :)


So tu je untuk kali ni. Bila ada kegembiraan lagi akan saya kongsikan. InsyaAllah.(kan kerja membuat orang gembira tu satu pahala)


Oh. Thanks kepada mereka-mereka yang selalu membuatkan hari-hari saya sangat gembira! mwahx! Big hugs and kisses from me to you. LOVE you, supporters!

Till my fingers meet Mr.Keyboard again.
Jojie@jehan musyup masyammm.
(^^,)V

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails