Sunday, June 27, 2010

m not strong enough

pagi yang sugul. nak solat subuh pun kena duduk kat katil kejap. baru la bangun and solat. siyes takde mood ni. agak kacau di pagi hari bila si gemuk takda. terasa la! nah kena tampar dengan lagu michael jackson u're not alone. lagi gila sayu! jom layan kejap. kejam lagu ni. menitisss tis tis air mata.



ada lirik sekali. sila nyanyi.

betul terasa sunyi mok kau takda. T.T

kalah orang putus cinta. ghu~

hari yang bosan bila duk kaunter sorang2. handphone macam rosak je. tak berbunyi. kalau hilang pun tak perasan. gila sadis. hihi ;p

Saturday, June 26, 2010

miserable day

hum.
online awal2 macam pelik je. bosan sebenarnya. oh tak bosan. silap silap. sedih sebenarnya. buat muka sedih sikit? :"(((( *sigh*
siyes ni. orang tengah sedih ni. tak main2 tau. huk huk meh2 jujie cite aktiviti hari ni.

bangun tido 6.15 pagi dengan tekak yang perit dan sakit dan yang paling penting rasa down dan takda mood bertimpa-timpa!!! oh nak fisherman friend plisssssssss~! solat then tolong mak buat breakfast and pack2 bekal nak pergi puncak alam. haa.  dah start topik sedih. tak suka :(

then dalam pukul 7.30 pagi kami sekeluarga bertolak ke kl dulu. kena jemput co-pilot (along) untuk tunjuk jalan nak pergi puncak alam, selangor. on the way ke puncak alam still meriah dengan ketawa huha-huha masing2. daaan, bila sampai je destinasi, parking kereta, masuk dewan utama untuk adik daftar diri, suasana bertukar suram. masing-masing diam. bila semua urusan settle, dapat nombor bilik, joom ke bilik! huaaa.. UITM puncak alam ada hostel yang 'two-thumbs-up'!! yes. universiti masih baru, dengan enviroment yang jauh dari kesesakan dan hiruk pikuk kesibukan kota (ceh ayat nak macam buat karangan bahasa melayu je!), sangat sesuai untuk belajar. hostel sangat best sebab kediaman siswazah macam rumah sewa. mempunyai 1 bilik besar then dalam bilik besar tu ada lagi 4 bilik tidur untuk 2 orang dan 2 tandas, 1 bilik mandi, siap ruang dobi dan ampaian! terasa macam nak sambung belajar jeeeeeeeeeeeee!!! jeles jeles jeles! untung sangat adik saya dapat bilik kat tingkat 5 yang sure jauh dari gangguan nyamuk dan bila selak langsir, fuaaaa!! dapat tengok pemandangan shah alam dan kawasan kampus!! seronoknyaaaaaaaaaaa!! hostel tinggi gila. tapi jangan risau kalau awak ada kat tingkat 9 pun sebab hostel ada lif. gila terpegun! haha!

lepas siap2 kemas locker, kita pegi makan pulak! picnic kat bawah blok. siap bentang tikar. huuu. seronot! lepas makan ni yang malas nak cite. sure la kena balik dan sure la akan kurang sorang dalam kereta tu nanti :( siyes. ni saat paling sedih hari ni. bila salam adik nak balik tadi, i tought si brutal ni TAKKAN menangis tapi suddenly bila salam saya, mulut saya tak berhenti2 bebel 'orang hantar jauh2 untuk kau belajar, jangan nak main2, menggatal. make sure grab diploma 1st class.' tiba2 pandang muka adik saya, muka dia merah, menangis. oh my GOD!! she's crying. daan kalau awak nak tau, saya ada 1 penyakit yang kalau tengok orang lain menangis, automatically mata ni pun akan nangis. so apa lagi, with my big hug to her, saya pun menangis. ahhhhhhhhhh.. sedihnya. berat hati nak tinggalkan dia sorang2 after dia stay with us for 6 months. :"(( sumpah angah dah rindu kau! my mom and my youngest sister tu tak payah habaq la. dah berjujuran air mata. sebaknya masa tu..hum :( it's ok. maybe lama2 okay. lagipun dia cuma pegi study je kan. she will be fine. insyaAllah.

sepanjang perjalanan balik saya cuba tido. tak boleh. so pura2 je la. my mom non stop cite pasal si gemok tu. haa. mak pun dah rindu agaknya.

she left me bila saya tengah sunyi. bila si gemok tu takda saya lagi plus plus plus sunyi. haa.. saya hilang tempat nak cite masalah, tempat nak ketawa bahak2, tempat nak mengadu 'penatnya kerjaa..', tempat nak lepaskan marah dengan perangai customer yang tah pape, hilang partner tengok cd midnight, hilang partner jerit2 tengok bola, hilang 'mesin urut' (si gemok ni urut best woo!) dan yang paling penting saya hilang partner kerja saya!! kenapa mesti sekarang kau pegi haa?? sapa nak teman angah setiap kali pegi and balik keje. sure la pegi and balik keja nanti drive sorang2. sunyi okay :( takda aksi lantunan dalam kereta dah. sdih la gemoook! dulu kau kat serting pun angah tak rasa macam ni. benci lah! tiba2 teringat ayat kau masa last keje semalam 'lusa kau dah kena keja sorang la ngah..' ntah kenapa ayat tu sedih gila malam ni. hum :(( rindu nak gaduh dengan kau. hummmmmmmmmmmmm. plus ayat tadi 'kau jangan asyik takda mood je. kesian ayah.' aaaaaaaaa...

sumpah angah rindu kau dahhh! humm.. belajar rajin2, nnt every month ikut along balik okay! angah masak sedap2 bagi kau makan okay gemoook! jaga diri elok2. ayah, mak, angah, sume2 doakan yang terbaik. umm!

angah ada satu wish baru la. i wish mahirah kurus bila duk puncak alam yang memang gila puncak tu! kau rasa terkabul tak? kehkehkeh.

need to sleep. demam. plus esok kerja keras! gemok takda dah.

till my fingers meet keyboard again.
lots of love,
jehan
(T.T)V
i miss my sister. :((

Thursday, June 24, 2010

i wish

haip. :)

semua orang dalam dunia ada permintaan masing2. kan?
me too of course. some of them mintak ; i wanna be a billionare. so freakin bad.. bak kata Travis McCoy & Bruno Mars. tapi tu wish mereka.

saya taknak jadi jutawan. taknak taknak. tapi kalau dapat, tu rezeki kan? hee :)) saya cuma ada permintaan kecil yang saya minta setiap kali menadah tangan di atas hamparan sejadah selepas solat.

petama, saya mahu dosa-dosa yang saya pernah lakukan sedari mula menghirup udara untuk bernafas sehingga nyenyakan malam setiap malamnya.

saya minta setiap kali selepas solat, kedua orang tua yang telah menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang dipelihara setiap langkah dan perlakuannya daripada segala bahaya, hasat dengki dan malapetaka. sangat berharap setiap detik yang dinikmati dapat dikongsi bersama. mendukung tika jatuh. berdiri dalam susah dan senang.

saya juga minta supaya diri ini menjadi anak solehah yang sentiasa patuh dan taat kepada setiap nasihat dan arahan, sayang kedua orang tuanya selagi roh di dalam jasad. saya berdoa supaya punya kudrat untuk menjaga dengan penuh kasih sayang kedua mereka tika tiba saat tua mereka kelak.

lagi, saya minta dijauhkan daripada manusia yang penuh dengan kejahatan dan jiran yang berhasad dengki. orang sekeliling jugak dapat pengaruh kita secara tak langsung, kan? jadi, berhati2.

saya minta dijauhkan daripada sifat2 hasad dengki, tamak, angkuh, buruk sangka, riak dan segala yang buruk. jauhkanlah Ya Allah sejauh-jauhnya. jauhkan juga saya daripada hasutan syaitan dan seksaan api nerakamu.

 lagi? hem :)

jehan minta diberikan jodoh bersama hambaNya yang soleh yang dapat menuntun segala hal dunia dan akhirat di jalan yang benar. saya tak minta lebih. cukup dapat mengajar apa yang saya jahil, dan menegur segala kesilapan diri. jehan tak minta yang kacak atau yang kaya. sekiranya ditentukan, itu rezeki. kan? :) cukup sekadar hidup besederhana dan rupa yang 'sedap mata memandang'. tak melampau kan?:)

jehan minta, setiap kali selepas solat, sekiranya kau tentukan 'dia' sebagai teman hidupku kelak, Kau dekatkanlah. sekiranya tidak, Kau jauhkanlah hatiku untuk menyayangi dan mencintainya.

ada lagi? lagi jehan mintak, (amboi banyak sungguh permintaan. ni tamak ni! isk. isk)

kalau incep tengah baca, saya mintak, cep maafkanlah segala salah kata, segala perlakuan melampau yang saya lakukan selama saya bersama cep. saya tau saya bukan manusia sempurna tapi saya sentiasa nak jadi yang sempurna. untuk awak. sampai kadang2 saya lupa atau terlepas pandang dalam usaha saya menjadi yang sempurna untuk awak, ada kata2 dan perlakuan saya yang menyakitkan hati awak. sekali lagi, saya minta maaf. saya jugak nak minta maaf dengan perangai 'takda mood' saya. saya sedar, perangai tu menampakkan saya sangat sangat sangat annoying. menampakkan saya sorang yang tak kuat semangat, lemah, tak bermotivasi etc. saya minta maaf. saya nak kita baik2 macam dulu yang sentiasa memerlukan satu sama lain untuk bagi semangat satu sama lain. saya tak minta lebih. cukup sekadar tu. kalau tak dapat dipenuhi? alhamdulillah sekiranya cuma sekadar memaafkan kesalahan saya.

terakhir, saya minta supaya doa2 saya dimakbulkanNya. amin.

till my fingers meet keyboard again.
lot of love,
jehan (^^,)V

p/s: kezenku azmil!! kite mintak maaf sangat2 sebab delete akaun fesbuk tak bagitau kau dulu. sob. tapi takpa. nama pun kezen kan? raya nanti jumpa! insyaAllah dengan cheese cake. okay? hee :)) ala lagipun ada blog kan? rajin2 la tulis blog. :))

Tuesday, June 22, 2010

coookiess coookieess. anyone?

selamat pagi!:)
pagi yang indah dengan kokokan ayam, sejuk nyaman sebab malam tadi hujan lebat amat macam nak runtuh langit! *takot wooh!* mandi pon gegel jeh even air dah panas!

dah siap2 wangi. breakfast? tade selera makan berat2. so pilihan terbaik ialah bikot. :) bikot is biskut la. makan cicah dengan susu kamben yang hangat2 tu memang terrrrbaik! makan sekeping dua. dah kenyang.

amboi pembuka bicaranya je dah panjang ye. so post kali ni nak share bikot! bukan bikot yang jujie makan tadi tapi bikot yang jujie kait last day. :)

bikot cekelat with pimples. oh bukan! hazelnut lah! ;p

Monday, June 21, 2010

selamat tinggal! :)

selamat tinggal?
nak pegi mana nih? hoho. dengan tak bagi kata dua atau sebarang nota untuk rakan2 kesayangan, jehan tinggalkan mereka dengan begitu saje. jehan tak pegi mane pun lah! jehan cuma buang fesbuknye saje.

AHHHHH!!

why jehan why?
haha. macam cite omputih. please tell me why??

kehkehkeh. dulu tergerak hati nak delete fesbuk kan. siap tinggalkan kata2 sedih untuk kali terakhir. tak lupa mintak nombor telepon membe2 siap ayat "kawin nanti jemput" tapi sekarang? hahaharam tinggal! kalau kite post "jojie goin to delete her fesbuk tomorrow" sure akan ada ayat2 psiko2 yang halang. so niat dibatalkan T.T i'm sorry.

really sorry. jujie takda niat nak tinggalkan kamu kamu dan kamu begitu saje especially my lessy (mamash&eacha) *really sorry syg. Y.Y

tadi masa dalam proses nak delete fesbuk, dia ada tanya sebab nak delete fesbuk. dan jawapannya fesbuk takda kebaikan langsung. kejam kan? sob sbob. honestly. since jujie menubuhkan fesbuknya, banyak keburukan daripada kebaikan yang jujie nampak.

kebaikan:
  • jumpa kawan2 lama.
  • tau perkembangan kwn2
  • senang nak tau jemputan & invite mereka ke majlis2
  • mengembangkan sosial
  • glemer mungkin (kalo letak pic cantik2 comel2 kuit miut ramai nak add wooh!)
keburukan:
  • saya sgt friendly. (so sometimes gedik dan manja melampau dpt mcalarkan perasaan sstengah pihak. m sorry)
  • saya ada hati dan perasaan yang sgt tisu. jadi jeles jeles jeles senantiasa ada.
  • kerja saya 'kejang'.
  • bangun tido:fesbuk. kerja:fesbuk. balik kerja:fesbuk. sebelum tido:fesbuk.
  • fesbuk israel punya. so cukuplah duit yang jujie dah bagi kat manusia sorang tu.
okay tu cuma kebaikan dan keburukan saya punya! eh tadi cakap byk keburukan daripada kebaikan? ceyt! suka hati lah! blog kite kan? kan? kan?

beside,
saya tengok abang, mak, ayah and adik takda fesbuk pun? dorang okay sihat dan bersosial je? oh sis lagi sorang? dia pun bakalan men'delete' fesbuknya. so family saya bebas fesbuk. rasanya dah cukup pengalaman ber'fesbuk'. dah tau macamana rupa fesbuk, apa yang best dan tak best kat fesbuk. kalau nak cite perkembangan kwn2 sampai bila pun perkembangan tu takkan habis kan? rasanya kalau tak tau lagi best kot? once jumpa kat mana2 pun lagi banyak story boleh cerita kan? hee :) see, dah jumpa satu kebaikan delete fesbuk.

lagi, jujie takkan mencalarkan hati mana2 pihak. dan jujie pun takkan tercalar. ceewah ayat die! haha! :D so tomorrow when i'm wake up in the morning there is no fesbuk. again!! just membuang masa kat blog je!! eh, jujie still ada friendster la! friendster tak delete kot. ada sentimental value gituh! ngehngeh. :B

to my syg mamash dan eacha, i'm sorry. again. to my new friend yang gila crochet itu (katie), jika anda sedang membaca, saya tetap follow your blog! nanti nak order cookies okay! :))

kepada cep, saya tak stalking page kamu lagi.:)



di fesbuk tiada lagi nurjehhan binti zakaria.:)
selamat tinggal!
lots of love,
jehan. (^^,)V

Thursday, June 17, 2010

hadiah!!

hoi hoi! sapa yang tak suka kalau dapat perkataan di atasss! lagi2 kalau pagi lagi ada suara lelaki telefon:

" hello selamat pagi cik. ini cik nurjehhan binti haji zakaria ke?
saya dari pos laju. cik jehan ada 1 bungkusan dari ****..."

hoaaa. itu paling bahagia la. tapi ni bukan nak cite hadiah datang dari poslaju. tapi hadiah yang diberi dari orang yang tak disangka akan bagi hadiah yang tak disangka tu. korang faham tak ayat tu? ala.. ulang lagi. maksudnya seseorang yang tak disangka akan bagi hadiah untuk awak, dan tak sangka dia akan bagi barang tu sebagai hadiah di masa2 anda tak patut terima hadiah. maksudnya takde hari2 special kau dapat hadiah la senang cakap. ;p

jadi nak dimulakan cerita, semalam, semasa kerja waktu petang, tengah mengantuk (memang hari2 ngantuk pun) ayah balik dari beli barang untuk kedai. daannn suddenly, ayah dengan muka takda emosi bagi bungkusan plastik yang berisi...

JAJAAAAAAAAAANG!!!

Monday, June 14, 2010

meow meow meow (kitted=kitty knitted)

found new friend di facebook yang giler crochet. (katie) tak kisah la beliau suka crochet dan saya knitting. yang penting kami gila pada yarn dan sibuk nak kait itu dan ini. and! excited nak upload pic masing2 bila dah siap. kegemaran dan kemuntahan sama = kami tak suka kait something yang mengambil masa lama2 sebab akan rasa bosan gila nak muntah! haha.

so hari tu katie suggest kami buat kitty. dia crochet and me knitting. so saya buat. katie sibuk suh upload pic kalau dah siap. so ini hasilnya lepas 2 hari buat.

meow2~!

saya ada 1 perangai: malas nak kait mata kucing. so i just put buttons.
nampak macam kucing kurang kasih sayang.;p

lagi.

dan lagi.
mommy tengok saya boleh diri! haha!

but i'm sorry. meow2 not for sale. maybe next time bila tangan dah menari dengan cantik. ;)

see u next post.
:)
with love, 
jehan (^^,)V

here we come: mr.stripey!!(for sale)

MR.STRIPEY

hoh! bersemangat mengait scarf yang satu ni. hehe. dengan warna kontra and mencapap macam warna maskara maybeline, i hope ianya nampak menarik. 1st time cuba warna terang. selama ni dok hentam pastel kaler je. jadi lemau mata. -_-"

nampak besaaar punya kan?
jangan tertipu. it is just 5 cm height. duh!


so mari saya perkenal kan..........



mr.stripeeeyyyyyyy!! 

yea..yea..!
mr.stripey.
for sale
status: available
size: 5 cm X 150 cm
material: 100% acrylic
color: purple + yellow
price: RM 38 (free postage)
email me: jehanajeha87@yahoo.com
(1st come 1st serve) :)
 
 

Sunday, June 6, 2010

masalah kulit!! aaaa!!

kulit awak cantik. tengok la.. kulit saya kusam dan kelihatan tak bemaya. apa nak buat ni?

hah! macam iklan tv tak? kehkehkeh. gila lorat.
pagi2 yang cantik ni terasa nak berkongsi mongsi petua and some products yang saya guna untuk jaga kulit muka etc. betul cakap saya ada masalah kulit sensitif. ergh! rasa rimas sebab kena jaga terlalu lalu lalu rapi. silap sikit jerawat naik. memang la every month kadang2 jerawat ada sebab hormon. tapi jerawat boleh kata senang keluar sebab kurang penjagaan yang rapi. plus! saya ada masalah kulit kering. pernah sampai nampak bersisik! aaaa. takotnyeeeeeeeee! pergi pakar pun macam membazir duit je.

so nasib baik hari tu ada terbaca kat majalah pasal produk penjagaan kulit dari dalam. bukan nak promote produk ni tapi cuma nak share kebaikan dia lepas saya guna. mana tau kulit awak pun sesuai dan lebih cantik lepas guna produk ni. jadi, produk apa jehan guna?
 
ni dia!
seresis dietary supplement.

saya dah guna lebih kurang 2 bulan setengah. hasilnya alhamdulillah. bahagian yang dulunya ada masalah kulit kering dah makin elok. plus! dulu jehan ada masalah hormon yang tak stabil yang menjejaskan kitaran haid. and, alhamdulillah this product dapat menyetabilkan balik hormon. menyetabilkan itu bukan perkataan kamus dewan ye. ;p harga agak mahal so saya suggest beli kat Strait Pharmacy. selain harga lebih murah berbanding farmasi lain (RM110 untuk 60's. harga biasa RM136 untuk 60's) Strait Pharmacy ada bagi 1 lagi botol seresis free of charge yang mengandungi 30 biji kapsul dalam 1 botol. so dapat jimat banyak.

selain makan produk ni, saya minum susu mbek mbek!

jajaaang~ 
ianya baik untuk segala aspek. kulit, darah tinggi, kencing manis, rendah lemah, tinggi kalsium, tinggi selenium untuk kecantikan kulit, dan sesuai untuk golongan yang elergik produk tenusu lembu. takda bau mbek mbek, sedap. kalau minum suam2 sebelum tido, malam nanti mesti tidur nyenyak macam baby. hee~ juga sesuai untuk golongan sedang berdiet. munim 1 bungkus, 1 mug, boleh tahan kenyang tau! :)

umm. selain ni, dulu saya ada masalah jerawat yang teruk! tapi day by day masalah tu kurang sebab kitaran hormon. tapi ada masalah baru! masalah parut jerawat! so syukur, saya ada terbaca 1 petua dan saya amalkan sampai hari ni. macam mana nak hilangkan parut jerawat? ha macam ni!!

 asam jawa

haa. sapa la yang tak kenal asam jawa kan? saya jawa tapi bukan asam ye. harap maklum. so untuk info anda, asam jawa ialah agen penghilang parut semula jadi yang terbaik! macamana? tanpa sebarang tambahan bahan lain, cuma menggunakan air, bancuh asam jawa dengan air pekat2. buang biji2 dan sapu kat muka. tunggu hingga kering dan bilas. amalkan 2 kali sehari siang dan malam. insyaAllah berkesan. selain hilangkan parut, asam jawa ni pun elok untuk elakkan masalh jerawat.

 momooook~ huahua.

lagi. selain menjaga, saya juga harus melindungi. kena make sure lepas cuci muka mesti pakai toner, lepas tu sapu shield. sunblock + moisturizer spf 25 pa++ wajib pakai tak kira keluar rumah ke tak waktu siang. waktu malam senang sikit. lepas cuci muka, sapu je moisturizer daripada produk himalaya yang bersifat semulajadi tu . lepas tu tido. 

left:skin aqua spf25 pa++ for body & face
right:himalaya herbals nourishing skin cream.
banyak lagi petua kecantikan semula jadi. insyaAllah ada masa saya share okay? nak pergi kerja ni! buhbye~!

till my fingers meet keyboard again.
(^^,)V
with love, jehan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails