Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan preparation

Assalamualaikum wbt sayangs musyup masyam syaheee! Ehe.

I am so sorry macam over nak start entri ni. Excited semacam bila kenang Ramadhan bakal menjelang minggu depan.

Tarik nafas dalam-dalam~ dalam lagi~ Haaaa~~ Hembus dengan penuh feel okay.

Itu menunjukkan satu kenikmatan Allah yang sedang kita nikmati dan itu juga menunjukkan, InsyaAllah, dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat menyambut Ramadhan yang bakal menjelang bersama-sama. Alhamdulillah lagi! :)

Okay. Macamana nak mula nih. Tajuk dah excited sangat.
Awak dah prepare apa untuk Ramadhan nanti? Lemari, krusi, gobok, dah tukar? Chewah puasa pun belum tapi segala langsir, kuih, pelita dah start jual kat pasaraya. Over, kan? ish. 

Jehan buat apa untuk persiapan Ramadhan? Aha.. ni yang duk excited sorang-sorang daripada tadi ni. Meh kita share sesame meh! I went to Aik Bee Tailoring *wholesaler untuk barangan craft. In front of Taman Kota Laksamana boleh nampak dari flyover/jambatan belah kanan dari arah Mahkota Parade* this morning. Alone. Ehem. Yes. Ni semua demi untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelang. Yes. Awak tak salah baca.

Mesti ada yang tertanya-tanya APA KAITAN MAKCIK NI DUK CITE PERSIAPAN PUASA DENGAN KEDAI BARANG CRAFT PULAK?! KUSUUUT!


Teehee. Macam ni.
Saya, Cik Jehan membuat persiapan untuk mencukupkan bekalan/stok keperluan/peralatan knittingnya puun sebelum datangnya Ramadhan puun.

EH APA KAITAN?

Kaitannya, pabila tibanya Ramadhan, aktiviti bersiar-siar, berjalan-jalan, mencari-cari, memburu-buru, shopping sakan, berhibur dan berfoya-foya haruslah dikurangkan. Ni lebih kurang senang cakap jehan malas nak keluar cari stok barang knitting time bulan puasa. Godaan woo! Siyes cakap, saya kalau keluar berjalan-jalan/berfoya-foya*kata2 tak boleh blah langsung* stok air masak dalam botol haruslah ada dalam kereta. Even nak beli barang knitting kat satu kedai je ambil masa kurang satu jam pergi dan balik pun mesti ada air dalam kereta sebab saya memang kuat minum air. Satu hari 4 liter, kau boleh cabar? Kehkeh. ;p So, yang terbaik pada bulan puasa banyakkan aktiviti di bawah bumbung saja.

Haa tengok! Introduction dah panjang, Ni belum cerita kita beli apa lagi nih!

Okay sambung. Dah sebut kita pegi kedai mana tadi, kan? So pusing punya pusing, sampai rumah, bongkar semua, naaah ni la yang jehan dapat!!






Haa yang BESAAAR PUNYEE ni namanya toy stuffing fiber. Ala kapas yang sumbat-sumbat dalam perut teddy bear atau bantal empuks korang tidur tu.. Haa ni la rupa dia. Kalau korang beli kat Daiso yang 1 pek cinonet RM5 tu, ni jehan dapat versi 1kg = RM13! Besar woo! Aunty kedai tu cakap "you kalau nak stuffing, jangan tarik banyak-banyak tau. Nanti itu kapas keluar banyak besar!" Aha! okay aunty! Thanks for your advice ;) Tapi seriously, sekali dapat, excited dia macam dapat teddy bear sekor tau! Nampak leceh sekilo je tapi packing dia besar! Nak bawak kena peluk. Uhu~ suka.

Lagi. jehan beli ni!

Mengikut putaran jam, mula-mula sekali ada fancy colored locengceng yang dah naik harga, ada mata monster pelbagai saiz, petit plastic button with assorted color dan wooden botton with assorted size&color. Cukuplah stok sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal untuk projek-projek nanti. :)

Eh, nanti ada lagi!

I also went to Daiso Jaya Jusco bandaraya Melaka for the 1st time! Again dengan perasaan yang sangat teruja bila masuk "Haa amek ko gabak aihh!". Besar gile! Kepala terus blur cari barang handycraft.

Oh God, where are you??????

Besar punya pasal cari sendiri dekat setengah jam tak jumpa, I surrender. Pergi kat miss-miss comel yang kerja kat situ tanya mana tempat handycraft. Suddenly terasa malu+bongok=mangok sebab every row ada tulis nama setiap section. SENGAL!!!! Tulah mak selalu pesan carik guna mata. ish lagi. -_-" Handycraft section sebelah saya. Sekian, dengan malunya.

So kat tempat handycraft tak dapat banyak barang. Dengan harapan ada bamboo knitting needle tapi takda. Maybe belum masuk lagi kot. So jehan just grab this 2 items. Loceng yang worth about 70sen sebiji kat kedai craft biasa tapi jehan dapat 20 biji=RM5 kat Daiso. Berbaloi, kan?Lagi satu, beg yang jehan rasa berbaloi jugak sebab rasanya beg macam tu kat kedai luar about RM 8-RM10 tapi kat Daiso cuma RM5. So haruslah disebat.

Haa~ jehan dah share persiapan untuk menyambut Ramadhan untuk versi "Koleksi stok knitting project saya dah diupdate". InsyaAllah versi "Koleksi lauk-pauk sepanjang bulan Ramadhan" akan diupdate dengan bunda terchenta! Ehe..

Tu saja untuk kali ni. InsyaAllah jumpa lagi di entry akan datang.
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah, semoga segala kebaikan yang kita lakukan dibulan mulia ini akan diberikan ganjaran pahala yang setimpal olahNya, InsyaAllah.

Have a good night, dear! Assalamualaikun wbt.

Lots of love,
jojie@jehan.
(^^,)V

Monday, July 25, 2011

done. Mr.Toothy

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan share next projek for sale :) Sebelum cerita lagi panjang meh jehan nak cerita "cerita disebalik sang monster" ni. Okay. Ingat/ ada baca previous post yang ada kaki/tangan *ahh tak tau ni part apa sebenarnya* tak?

yes. this is what i mean.

Actually this part jehan nak buat kaki/tangan untuk monkey. Unfortunately, tangan jehan ni menggatal pergi alter the number of stitches la, decreasing the stitches la konon nak buat supaya nampak lagi kecumilan tapi hasilnya apeeeeeee pon tak boleh! Bila the arms and legs dah siap,  jehan nak mula kait badan pulak. Haaa start ni la nyampah nak cerita. Saiz kaki/tangan tak match dengan badan *badan kecik cinonet tangan/kaki haa amek kau macam sakit untut!!*

Time ni dah bengang. Clueless. What should I do whit this big legs and arms. T_____T Wasting my time!!

Dan. Again. Alhamdulillah. Keluhan seperti didengar. Masa duk tengah perah kepala fikir idea bungkusan ni oun sampai.

Oh terima kasih ENcik penyelamat!!

As you know, ni parcel yang hari tu jehan ada cerita. Pasal buku baru saya yang terchenta tuu!! ^____^


Memang Ya Allah, suka hati dan bersyukur sangat buku ni sampai tepat waktunya. So jehan cuma perlu pilih bentuk monster yang ada, yang sesuai dipadankan dengan kaki/tangan yang tak bertuan tu. ;p Sikit perubahan dilakukan pada pattern sebenar monster supaya matching dengan saiz kaki/tangan.

Sekarang...





Ni lah hasilnya! :)
Hi, my name is Mr. Toothy. Nice to meet you.

 Fuh Fuh. What a hot sunny day, bebeyh!

Taktau kenapa jehan bagi dia nama Mr.Toothy. Mungkin sebab bentuk dia macam gigi..? hehe

So sekarang ianya untuk dijual.

Penerangan: 
  • Nama: Mr.Toothy
  • Tinggi: 14.5"
  • Kuantiti: 1 sahaja
  • 1st come, 1st serve. No reservation.
  • RM50 *including postage
  • kelebihan: eye catching. Gimme to your gf  as a  gift. I swear she'll love me more than you. Ahaaa
  • kekurangan: kurang kasih sayang. So love me plissss ^__^

Sesiapa yang berminat boleh email: jehanajeha87@yahoo.com. Limited edition tau.

Tu saja untuk kali ni. See you again next post.  May Allah bless us all. InsyaAllah :)

LOTS OF LOVE,
jehan@jojie bacin ;p
(^^,)V

Sunday, July 24, 2011

Berita gumbira!

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian! :)
Haa lepas dah kongsi kegembiraan projek cardigan, jehan nak kongsi la pulak kegembiraan dapat  buku baru! Muehehe.

Okay. First of all. Jehan love stuffing toys. Especially, knitted toys. Oh heaven. Then, jehan cari pattern untuk kait satu knitted stuffed toys. FREE pattern i mean. Tapi mostly agak susah dan tak menarik till i found this one!

 Menarik, kan?

Yup awak pun tau takda benda kiut miut yang free. Buku comel loteh ni jehan jumpa kat Amazon. Sekali tengok dah jatuh cinta. Dengan bantuan kak ERY sayang dari Da'Knit kami dipertemukan buat kali pertama pada 21 Julai 2011 dengan rasminya, Malaysia-Chicago. :) Thanks Kak Ery :')

For those yang terasa-rasa nak belajar mengait, nak cari benang atau peralatan mengait boleh minta tolong kak Ery. Dia sangat baik hati dan servis yang diberikan - tip-top.(jangan lupa kira servis caj kak ery sebab dia dah tolong kamu, ye!)  

Jujur kata jehan memang tak pandai nak beli barang dari oversea ni so kak Ery la tempat meluah perasaan selama ni. Kalau nak minta pendapat dari segi kualiti barang yang nak dibeli ke serahkan je pada kak Ery. Kak Ery ni terer. hehe

Okay jom cerita pasal buku ni pula. Buku ni comel, menarik, color every single page dan penerangan yang diberikan juga jelas. 20 pattern monster yang berlainan kat dalam buku ni pon "halamak kiut sangat pesal?". Saya suka buku ni dari kulit luar sampai muka surat terakhir, setiap baris ayat dan perkataan, sebab setiap satunya menghiburkan dan tak formal. Terasa santai dan mudah. Senang cakap saya sangat rasa puas hati, sayang, chenta dan kalau ada lima bintang saya bagi 4.5 bintang. Kenapa tak lima? Kalau Rebecca Danger bagi lebih lagi monster cecomel tanpa menaikkan harga buku saya bagi lima bintang. Jehan suka cakap yang mengarut, kan? hehe ;p

InsyaAllah kalau ada edisi ke-2 daripada Rebecca Danger saya taknak lepaskan peluang.Saya pasti hasil daripada beliau takkan mengecewakan.




 I love this part: Gift from Erliani Binti Md Yusof. sweet, kan? :')


You did very good job, Rebecca Danger. So kepada yang nak rebut juga buku ni, awak boleh la beli di Amazon.com dengan harga RM77(harga termasuk servis caj untuk kak Ery tersayang :) )

So itu saja untuk kali ini. Semoga akan diberikan kesempatan berkongsi kegembiraan di masa akan datang, InsyaAllah.

I am so excited! Tak boleh tunggu lagi, saya nak mengait dulu ye! ;) Dah siap nanti saya kongsikan, okay? Tata!

Till my fingers meet Mr. keyboard again.
Lots of love,
Jehan@Jojie.(^^,)V

lagi keberjayaan jari menari



Assalamualaikum wbt.


Hai sekalian sayang sayang! :)  Awak tunggu cardigan saya? Thank you so much. Seperti yang telah dijanjikan setelah siap mengait cardigan sendiri buat kali pertama saya nak kongsikan bersama kan? So, here it is. It takes about 4 months to be done!!! OH MY OH MY~ The project can be faster if I am truly deeply madly full time knitter. Ha tengok! Dia macam nak mengeluh tau. Hep hep. Namo okay. :)


Alhamdulillah akhirnya cardigan ni berjaya disiapkan dengan cemerlang. Cewaah! haha ;p


 FRONT VIEW.

BACK VIEW.


GEDIK VIEW. Hep!
(tolong ignore segala baju love love tu.isk.-_-")


ZOOMING.












Terima kasih banyak kepada follower yang setia menanti hasil cardigan ni :') Secara tak langsung anda dapat menaikkan lagi semangat saya yang kadang2 malas gila nak mengait dan mendorong saya menyiapkan projek yang satu ni. Akhirnya siapkan jugak, kan? :)


So tu je untuk kali ni. Bila ada kegembiraan lagi akan saya kongsikan. InsyaAllah.(kan kerja membuat orang gembira tu satu pahala)


Oh. Thanks kepada mereka-mereka yang selalu membuatkan hari-hari saya sangat gembira! mwahx! Big hugs and kisses from me to you. LOVE you, supporters!

Till my fingers meet Mr.Keyboard again.
Jojie@jehan musyup masyammm.
(^^,)V

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails