Friday, March 11, 2011

hore hore dan horeee!

cuba teka ni setem ape??


kalau tunjuk bungkusan ni mesti ada dah yang tau!-_-"


yep2!! benang yang jehan order hari tu dah pun sampai hari Isnin!! Macam biasa! Excited!!


dari atas:
  • cottonac
  • soft spiry (black)
  • soft spiry (green)
  • kartopu
  • misc sale (100% acrylic)
  • mohair spiry
dan my favourite yarn issssssssssssssssss.............(drum roll bebeh!)








 eh salah tunjuk. tak nampak pule. hihi

tadaaaaaaaaaaaaaa!!

soft spiry.Gilos lembut, kenyal rase nak geget jeeeeee!! Ngap! Benang ni hot! Stok untuk warna hijau ni dah habis pun! memang patut pun habis sebab tengok je dah tau dia best. Oh siyes best! Tak diragui kebest'annye! Anda harus rasa betapa bestnya dia sambil mengira berapa banyak jehan tulis best sebab siyes memang best pun benang niiiiiiiii!!! hihihi ;p

Hehe. Excited. Project ape? Ahah nanti jehan share okay?
Kalau awak berminat benang2 ni boleh la cari kat sini yarnsonlineshop. Banyak yarn yang marvelous comel ranggi stylo  mylo semua kat situ! hehe


Oh! Need to go now! kerja kerja!
tata everybody!



with lots of love,
jehan@jojie
(^^,)V

Thursday, March 10, 2011

thanks Ekah

assalamualaikum wbt.

Okay. Agak blur nak mula tulis blog macamane.isk. Jehan start macam ni je k? hehe.

About month ago kawan jehan, Ekah ada order meow. 4 ekor. yang menariknya keempat2nye berwarna pelik! Colorful gituh! hehe. Anyway this is for you yang! Thanks a lot sebab order.















nasib baik la kawan sorang ni paham dengan situasi dan keadaan jehan yang 'i am NOT fulltime knitters!' Terima kasih sebab sabar tunggu ye!^^

Oh! Bukan ni je! ada free gift skali tau! Ekah dapat empat biji stobery! suke tak suke tak? hehe.

Ada lagi best! Ekah order 7 ekor meow2 lagi lepas ni! Terima kasih banyak2 ye Ekaaaaah!
Okay sampai sini dulu jehan nak cerita.

eh! kejap kejap! nak khabar yang sekarang ni jehan dah mula kait untuk projek cardigan tau!


tralala~!
wish me luck for this project!
kesabaran tunggak utama! hehe

Okay thats all for tonight. Good night semua! sleep tite2 without mosquito bite, ngap!

with lots of love from my big hug to you,
jehan@jojie
(^^,)V
assalamualaikum wbt..

Wednesday, March 9, 2011

hadiah birthday

assalamualaikum wbt.

Good morning semua! :)

Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan kamuuu~
Allah selamatkan Nurjehhan Zakaria~
Allah selamatkan kamuuu~
yeay!

eh dah bulan Mac la. hihi Tak kisah la!
Even birthday dah tertinggal jauh di belakang jehan still nak cerita pasal birthday!

Kalau cerita pasal birthday, semua orang mesti tak tertinggal nak cerita pasal hadiah, kan? Jehan pun macam tu!! Apa jehan dapat untuk hadiah harijadinya tahun ni? Ahah!

Walaupun harijadi saya jatuh pada bulan Februari, tapi hadiahnya jehan dah dapat pada bulan Januari lagi. Terima kasih melimpah ruah kepada adik tersayang, Mahirah. Jom cek gambar sebelum cerita detail lagi. :)

daripada apa yang awak lihat, mula dari kiri:
  • straight needle
  • bamboo double pointed needle
  • bamboo double pointed needle
  • bamboo crochet hook
Hadiah ni boleh didapati di Daiso, Japan Sunway. hehe. Kat Melaka awak boleh cari di Dataran Pahlawan Mega Mall atas Al-Ikhsan. Kalau kat KK awak boleh cari di 1Borneo. Okay?

Kalau dah nama knitters/crocheters, mereka akan melompat riang kalau dapat tools macam ni. Apa lagi, TERIMA KASIH UDEEEEEEEEEEEEEEE!! Next year bagi yang gempak lagi! haha :D

Next!!

Tahun ni merupakan tahun mendapat hadiah terbaik! Selain dapat jarum, jehan juga dapat buku memasak daripada insan yang inginkan saya menjadi isteri yang pandai memasak pada masa hadapan! ahakss!(pelaburan yang bijak ni!) ;)

Jajaaaang~

1resepi 1hari.
Selamat mencuba, Jehan! :D

Jehan bukan dapat hadiah je tapi dapat orang sekali!! Owh terkezut orang jauh balik dihari jadi sayep! sesukekekekeke taw! Anyway terima kasih untuk buku dan diri sendiri ye cep.. Syukur kegembiraan di bulan Februari yang diharapkan menjadi kenyataan akhirnya! yeay!

syukur syukur syukur!

Okay.Tu je buat masa ni. InsyaAllah kalau ada kesempatan jehan share lagi okay?


lots of love,
jehan@jojie
(^^,)V

Tuesday, March 8, 2011

cerita yang tertinggal

assalamualaikum wbt.

Hai! Jehan baru sat bayar HUTANGnye bersama PTPTN. Orang yang mengenang jasa kononnya. Jehan ada hutang dengan kamu tak? Kalau ada let me know so semua boleh clear sebelum jehan menutup mata. Takde la nanti kat akhirat saya jalan mengengsot cari pemiutang(betul tak orang yang bagi hutang is pemiutang, kan? hancus BM la!) sebab ada hutang tak settle kat dunia. -_-" Tapi hutang duit okay bukan hutang chenta, okay! ahaa ;p Dah. cerita hutang sampai di sini saja. Sekarang nak ke bab seterusnya.

So  here we start.


From previous post iaitu  DIY: double pointed needle dan new yarn!! jehan ada mention pasal incep boifren punya sock. ingat tak? That was my 1st time beli benang kat http://www.yarnsonlineshop.com/ (knitters harus beli benang kat situ. menarik wwoo!) dan rasa sangat teruja nak cuba kait so jehan punya idea - boyfie's sock!

Yezza. Dalam keterujaan tu jehan dapat siapkan sepasang SIMPLE men's sock dalam masa 2 minggu!(lembab gile jari kau, jehan.. -_-") Sock tu dah siap lama tapi harus diperam untuk kezutan kononnya(tapi macam biasa jehan yang selalu terkejut! haha)

Lemme share with you! (drum roll) My 1st time knitted simple men's sock!! cheeeeeeng...!!
(julung2 kalinya dipamerkan setelah berjaya diperam)


pink? OH MY GOD!!! 
Hey.
Chill-laa. Pink sentiasa melekat dengan dia. ;)



Start daripada 1st sock ni jehan jadi knitter yang gila dengan semua pattern sock! Nak cuba semua cuma masa je tak cukup. 

Eh incep boifren, awak suka tak sock tu?? Tak cakap suka pun? Tak suka la tuu! *tarik muncung panjang2*

Okay cerita pasal sock jejaka ni dah settle. Next cerita pasal my own sock laaa! 

Rasa macam simpati kat diri sendiri sebab jari asyik menari untuk orang lain so diri sendiri tanya pada diri sendiri 'Aku punya takde keeee?' Haish. Okay baru tersedar yang 'Eh saya pun nak sepasang setoking. Boleh tak jehaaaan??' hehe.


Jadi jehan pun order benang untuk stokin dan juga cardigan(berangan nak kait cardigan sendiri!). On 22nd January 2011, jehan dapat yarn yang jehan order kat yarnsonlineshop.com. *sorry Kak Ery jehan lupa nak bagitahu yarn dah sampai. Kita suka sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!! (macam biasa la kan! ;) )


tengah kerja dapat yarn, memang melonjak laa!

left side (yellow): summer rose
right side (3 bungkus): lycra cotton
all of them gila lembuuuuuuuuuuuuuuuuttt!!

Yellow color untuk sock dan yang lain untuk cardigan. InsyaAllah :)
So which pattern did i choose untuk diri sendiri? Ala.. pattern sama macam simple men's sock jugak. Kenapa? sebab jehan lagi selesa dengan sock laki sebab ianya agak besar (tak sempit). Sekarang dah boleh tidur dengan tite2 without mosquito bite, ngap! sebab sock ni selesa sangat! Lagi2 kalau hujan. Sejuk tak mengganggu anda lagi! hehe ;)

Jom sikit gambar! :)

handmade

detail


Haa.. dah tengok? hehe. Ala yang simple2 je. Nak mahirkan tangan ni mengait. Apa? Awak pun nak sepasang? Jangan malu2 email jehan kat jehanajeha87@yahoo.com. Okay sayang?

It's already LATE! Harus tidur atau anda akan dihadiahkan dengan mata panda?! hehe
Good night everybody! Jehan loves you!


With lots of love from my big heart to you,
jehan@jojie
(^^,)V
Assalamualaikum wbt..

Monday, March 7, 2011

rose

assalamualaikum wbt.

hai awak! :)
okay sebelum jehan tertidur depan lappy sebab terlelap mata dah mengantuk ni, meh jehan cuba sampaikan apa yang nak dikongsikan dengan ringkas dan padat tanpa menyempang terlalu jauh dan iklan yang terlalu panjang.

Last month. Bulan Februari kan? Yes. My ex-classmate - primary school kat Sekolah Kebangsaan Telok Mas kenangan terindah chewah! haha ada order bunga mawar. I mean knitted rose which is jehan tak pernah buat pun tapi jehan cuba google dan jehan jumpa 1 pattern yang agak simple dan awak suma boleh usha sama2 kat sini.

Jehan tak tau apa kawan jehan nak buat dengan bunga ros ni tapi i try my best even ni kali pertama mengait bunga ros. Thanks to him jugak sebab bagi idea kait benda ni. Kalau tak ntah bila la si jehan ni nak cuba kait objek lain! isk.

Meh usha gambar......

 in the making.
next!

jajaaaaaaaang!
finaly! saya berjaya! ;)






Aaaaahaa! Okay it is very simple pattern.Beginner pun boleh cuba. Cuma klik sini untuk refer pattern, study the pattern dan...............siap!

Jehan sangat2 berharap kawan nan sorang tu berkenan. Anyone yang suka, minat dan nak grab satu, boleh email jehan kat jehanajeha87@yahoo.com. Okay sayang?!

that's all for tonight. InsyaAllah esok kita post cerita lain pula. (Doakan jehan ada masa kesepatan dan mood untuk melimpahkan satu persatu ceritanya!) Sharing is caring, right! Good night everyone!
with lots of love,
jehan@jojie
(^^,)V




Saturday, March 5, 2011

wait for me!!

assalamualaikum wbt. :)

hai awak!
hai kamu!
hai hai hai! :D


jutaan kemaafan dipinta dihari yang biasa biasa ini atas kesalahan tidak mengupdate blog untuk ke jutaan tahunnya. Kesalahan makin terasa pabila sahabat kesayangan (ekah)  menghantam kepala ini dengan ayat LAMA TAK UPDATE BLOG YANG. Kat situ dah memang terasa 'oh? yelah! aku ada blog rupanya!'

SO? so? so what should u do jehan zakaria??
haruslah mengupdate kan puun..

okay the big reason kenapa  blog ni tak update2 sebab currently jehan zakaria kelihatan agak busy menyiapkan tempahan2nya. Thanks for those yang order (big hug and lots of kisses!). Kemudian, jehan juga agak busy bekerja membanting tulang untuk keluarga tersayang :')

again, i'm so sorry tau! InsyaAllah bila ada kelapangan, jari terasa rejin ingin menari tango di keyboard ini, akan kubentangkan satu persatu coretan luahan muntahan di dalam blog ini (sesungguhnya banyak sangat cerita, hasil kaitan dan gambar2 yang ingin dikongsikan bersama). InsyaAllah :)

Jadi doakan kerajinan, ketekunan dan kesabaran jehan sentiasa berada di mood yang pinky. :)

Terima kasih kepada follower yang jelas nampak dan pembaca curi curi chupke chupke blog ni(tak kisah-lah!) kerana sentiasa menyokong jehan zakaria secara langsung atau tidak. May Allah bless u!


Tunggu kite update blog okay! Tunggu tau! Kalau tunggu, jehan sayang! hehe ;)

sekian,
manusia yang makin busy dan kaya dengan rasa chenta dan kasih sayang sesama hamba Allah,
jehan zakaria@jojie
(^^,)V

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails