Thursday, January 7, 2010

mari mengait! aduss~kedatangan makhluk perosak!

assalamualaikum..anda bersama lagi dengan kak jehannn~ haha lorat je! ;p

okay nak cerita dulu hari ni yang penuh liku2 dan lekok2 keseronokaan di kedai.  semuanya bermula sedari tibanya saya and my sister Mahirah di kedai. dengan cuaca yang sangat baik sekali kami memulakan pekerjaan dengan tenang. seperti biasa, tunjuk baik depan ayah konon2 boleh kipas gaji lebih la bulan ni. ceyh! menyapu, tepuk2 habuk, tagging harga, cek invois barang and itu ini.. lepas tu menjengah bonda di dapur. waah! sedapnya bau lauk! "tau puji orang masak je..masak la sendiri" bzzzzzt! macam kena attack dengan laser otroman. keh3. bukan tak nak masak la mak..mak masak lagi sodap!hihi (alasan biasa)
bla~
bla~
bla~

dan tiba..
jam 12.30 tengahari: waktu pelajar sekolah pulang dari sekolah.
"kak, nak fotostat ni..ni..haa..ni..ni lagi..ni..emmm ok dah."
"berapa kak?"

"50sen dik" kata jehan.
tiba2 lagi...(tak sempat nak pulang baki adik yang tadi tu)

"kak, nak fotostat ni..ni..dan ini lagi..ini dan ini.."

haa..tu baru dua orang ye..baru adik2 sekolah tu. belum kira dengan cikgunya, mak ayahnya, jiran tetangganya lagi. hehe. perkara dan situasi yang biasa berlaku tibanya hari persekolahan yang baru. mesin fotostat saya perlu persiapkan mental dan fizikalnya! tolonglah ye. perkara seperti di atas akan terjadi bermula jam 12.30 tengahari sampai la jam 10 malam. cuma slow bila waktu maghrib je. lepas waktu solat maghrib mereka berdezub-dezub(jangan guna dalam karangan spm anda.pasti gagal-tidak didaftar dalam dewan bahasa dan pustaka) ke kedai untuk fotostat itu dan ini sambil membeli keperluan lain.

saya dengan adik mesti ketawa sorang2 kalau bila tengah sibuk2 ni kami terperasan yang sebenarnya customer kami ni dah sampai berbaris nak tunggu turn! hehehe. terima kasih kepada customer tercinta yang sangat penyabar..sobsob..terharu..perkara yang bukan senang terjadi di e-niza ent ye.. lagi best sebab kami tak sempat duduk pun! langsung! bayangkanlah penatnya kaki dan pinggang huu
 T.T

tapi semua tu bukan beban sebab setiap kali customer masuk kami dah nampak not RM di mata masing2. muehehe. makin ramai yang masuk, makin meriah la RM tuuuu! hihik! ;p
bla~
bla~bla~
dah pukul 10!time balik!!mak angah bawa duittt!hihi ;p

[cerita di rumah pula]

sampai rumah terus mandi and solat. duit?itu hal bos. saya tak ambil tahu.

lepas dah wangi2 hati berjoget nak mengait. ambil kaitan yang tergendala. nak kait hair band kecil2. tangan pun jalankan tugas mengait.
tiba..tiba dan tiba2 lagiiii
anak mata tertangkap makhluk berkaki empat masuk ke bilik!
(aduh..spoil la dia ni..)
zaaas!
habis dia tangkap yarn aku yang tengah meriah berjoget kalau tengah mengait tuu.aduiii geramnya! siap dijinjing dengan comel ke bawah katil..siap action konon dia punya yarn dengan gaya guling2 lompat2..nyampah!
lepas tuuu..

pertama: memerhati.


kedua: berguling dan mengurat. saya rasa masa ni dia cakap: boleh tak saya main, mama?

ketiga: mandi2.. ceyh! konon la kau


keempat: kunyah????



kelima: putussssssss??? ye betol. dia kunyah yee tadi..grrr



keenam: putus ke mama?mama marah yee?


ketujuh: okay..i know mama takkan marah saya.so, mandi..mandi..mandi..



ini dia..makhluk perosak yarn saya!


dah takda mood ni nak mengait. kena buat stitches baru untuk sambung. grrr. sambung esok dan pastikan makhluk ni takda dalam rumah kalau nak mengait!!eeee..geramm!
so hasil untuk malam ni??



seciput tu je yang dapat buat untuk malam ni..T.T
nampak tak?agak kabur kan?huhu.kamera hp so paham2 la. doakan jehan cepat2 dapat beli sony T90 nye ye?heee :D

huh! macam2 jadi hari ni.
even sibuk, penat and bengang, kena redha je. ada kebaikan di situ.
:)


till fingers meet keyboard again!(^.^)V
sikit je cerita mengait. yang lebih2 semua cerita beban.hihi.;p




8 comments:

  1. haha kalo dia wat aku camtu..alamat masuk tin milo jgak la hahaha

    ReplyDelete
  2. haha.kejam2!
    tapi kali ni x campak dalam longkang.
    campak je dlm laut..
    ghuu~
    sgt kijaamm!

    ReplyDelete
  3. mane tau..aku bdak lagi..hahaha

    ReplyDelete
  4. nak wat read more ek? camni..ko gi kat new posting,pastu tngok kat tool bar bawah title tu.ko cari 'insert jump break' icon dia macam kertas koyak gitu.pastu ko tekan butang insert jump break tu kat mane yg ko nak..

    aku ada komenla..blog ko ni susah nak baca..sbb kaler tulisan dia same mcm background

    ReplyDelete
  5. terima kasih for the info dan komentar yang positif kezen!:)

    ReplyDelete
  6. nak aku tolong wat kan header?macam kurang lebar

    ReplyDelete
  7. nanti bg aku gamba asal tu..tp kalo bleh..biarkan dia xtulis pape..tulis pon aku watkan..amacam?kalo setuju anta gamba kat email aku..azmilbahrin@gmail.com .. pasti blog ko nampak cun n perfect kali ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails