Friday, January 14, 2011

yaww!! suka sangat, kot!

assalamualaikum wbt :)


Tadi mata rasa nak tidur tapi teringat siang tadi ada perkara seronok yang nak share sama2 dalam blog. So bangun semula dan capai notebook.


Jadi apa yang seronok sangat sampai tak boleh tunggu esok je?  Bukan tak boleh tunggu esok tapi masalahnya esok kalau sibuk kat kedai, saya dah takda masa nak tulis blog lagi. Mesti akan bertangguh-tangguh dan jawabnya post ni akan tersadai sebagai draft dan lebih malang sekali diabaikan dilain masa. So sementara ada masa ni curi2 la tulis blog. okay? :)


Pagi tadi lepas balik dari beli barang keperluan untuk kedai, masuk je dalam kedai mak tanya siap2 'angah ada barang baru sampai dari Hong Kong. Angah ada join sindiket mana2 ke?'


ERK??

Apekah??

Sindiket?? sambil muka blur gila cuba tangkap lawak apa mak buat ni??

Kelam kabut cari parcel yang dimaksudkan dan tengok. Teliti dalam2 konon mata boleh scan apa ada dalam bungkusan. sengal

Fuh hembus nafas lega. Tertulis disitu : knitting needle! Thank God!

Gua pun cuak beb. Maunya dadah ke mana kita tau..kan? Dah la kerap sangat beli barang dari luar.. Mana tau orang dapat trace nama and alamat pastu orang tu nak nganjen kita ke.. Hesh imaginasi di luar kawalan. Shuh!

Alahai mak yang comel. Dia nak buka bungkusan anaknya rasa macam tak sedap agaknya kan. So dia tunggu la si jehan ni balik. Sementara tunggu jehan balik tah macam2 keluar dari kotak fikiran dia.

Apa barang ada dalam tu?
Angah beli apa ek?
Sape yang hantar?
Jauh tu...Hong Kong.. Ntah2 barang tak elok kot?
Angah ni berurusan dengan sapa lah..

hehe. :)

Rupa2nya circular needle angah beli dengan kak Ery hari tu la mak.. Dah sampai pun hari ni! Seronok tak terkata-Lah! Sampai agak cepat daripada yang dijangka - which is good! ;) i loikeee~ Dah duk belek2 jarum tu so far teruja , puas hati and kagum. Siapa boleh sangkal kualiti barangan yang dibuat dari Germany put up your hand? hehe. So meh jojie nak share some pic..

mata bercahaya tatkala terlihat bungkusan ni! 8)
*teringat katun Paddington Bear. Parcel dia selalu penuh dengan setem*


oh baby.. come to mama! hiks ;)

Biasanya bila ada barang baru, orang tu biasanya ada plan baru untuk projek baru kan? ngehngeh. So cerita jehan disini cam sama je lah kan...? hahaish. Korang takda rasa nak tanya ke apa my next project after current project ni? hehe Jarum dah gempak 3 saiz with 40" cable. Sure besar punye! hehe



Okay2 jehan cerita. My next project will be this:


cool cardigan

Cool, kan? yes jehan sangat cerewet dalam memilih pattern and design cardigan. Nak cari pattern untuk cardigan ni ada la dalam 2 ke 3 hari and finally me jumpa. Thank you so much Pickles! Kalau awak pun rasa cardigan ni cool habes and nak knit satu untuk your own, i'm feel so glad to share with you all sebab sharing is caring, kan? Awak2 yang comeloteh boleh dapatkan pattern dengan klik SINI.


Kalau nak kait cardigan perlu ada benangnya. Awak comeloteh tak tau nak beli benang kat mana? hah klik sini pula untuk benang. Cerita pasal benang jehan pun tengah tunggu benang. Baru je order and benang tu sekarang atas kapal nak dipos ke sini. hehe sangat excited taw! :D

Eh duk membebel je sampai lupa nak bagi tahu yang jehan beli circular needle tu melalui bantuan kak Ery daripada Da'knit. Kalau bab buku mengait, pattern, tools or kits, awak semua boleh minta tolong kat Kak Ery yang baik ni tau. i recommend! ;) Atau boleh email beliau di  Sindarery@gmail.com.


Confirm dapat feedback positip! hehe Tanyalah segala soalan mengenai benang, kits, patterns korang takkan menyesal!

Wish me good untuk project cardigan ni, okay? Untung kalau dah superb nanti awak yang comeloteh tu boleh tempah. hehe

I got my own. Kamu bila lagi? ;)


That's all for now.

Till my fingers meet keyboard again.
Salam sayang dari Melaka.
jehan@jojie
(^^,)V

3 comments:

  1. wah besnye!!haha agknye crochet bole x buat cardigan?tp bp taun plak ye?hum hum lme xpgg jarum,blek keje,mkn,mnd, bummm tidooo.haha.nak try buat balik la.tp knnnn.hr tu pny benang sgt ssh nk kait!!die jadi keras, bloody beautiful but....Kate xrety crochet!sobsss

    ReplyDelete
  2. dear..
    saya baru je follow ur blog..waaa..sgt excited tgk hasil yg awak da buat..sgt teruja nk buat sendiri..tapi satu ape pon takde..brg3 lom beli,tak pernah mengait..tp skang ni rasa sgt teruja nk belajar mengait...ai suke suke ur creative job..nk ikut ye..thanks..dan salam perkenalan..

    ReplyDelete
  3. kita pun baru je follow buat ni jak gi nak gi belilah dkt kedai mana 2 pun.Rasa teruja pulak nak ikut mengait.dah habis buat kerja sekolah,tak tau nak wat pe.thanks sbb sebarkan kat kite,semoga allah panjangkan umur kalian,salam :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails