Saturday, April 17, 2010

masakan terbatas.

hohoho..lamanya tak update belog.
hah! serupa je tak buat belog.kan,kan?

two weeks ago yang sangat seronok dan berbunga2 je! hah..indahnya donia loka.
itu olang jauh sudah pulang. so banyak la idea masak keluar membuak-buak. dibantai dengan menu yang already dah dijanji-janji zaman dolu kala sebelum dia pulang lagi.
so dua minggu lepas saya dengan mode suka masak. mode masak pun kena ada musim ye? kalau macam tu habis la suami saya tak makan kalau musim saya rasa taknak masak sampai. hehe ;p

1st week saya buatkan baked cheese cake. oh!hasilnya dissapointed. T.T
boleh pula buat base guna biskut plus minyak kelapa. semuanya gara-gara kehabisan stok minyak jagung di rumah. habis segala rasa tengik. yeek! sangat ke laut + longkang + lombong segala! serius meremang kalau base tu masuk mulut! bluek! so tips buat baked cheese cake (actually tak kira baked blueberry cheese cake ke, rasberry ke, peach ke apa ke asalkan ada perkataan 'baked'...) jangan!! tolong la jangan guna minyak kelapa untuk agen lekatan yang nak dicampur dengan biskut untuk buat base @ bahagian tapak bawah. kalau minyak kelapa nak dicampur, boleh. tapi make sure bukan untuk buat baked cheese cake okay. sebab masalahnya kalau minyak kelapa ni dibakar pada suhu tinggi, ianya akan bertindak balas dengan biskut tu nanti. senang cakap nanti minyak tu menggoreng biskut tadi.haa.. hasilnya? base awak bau tengik. serius tak sedap! ibunda beliau siap ada bunyi 'eee..eee..' lagi masa makan base tu. haha! so kalau nak guna minyak kelapa untuk campuran base, make sure untuk buat cheese cake yang tak dibakar @ disejukkan sahaja. okay? okay? oh lupa nak bagi tau! bahan terbaik adalah minyak jagung atau butter. tapi butter leceh sikit. sikit je la. sebab butter kena cairkan dulu. kalau minyak jagung tinggal tuang je kan?

okay. next masakan? lontong with sambal kacang bersotong kembang @ sambal kacang soton kemban. itu sebutan beliau. suka sangat dia dengan sambal kacang tu. favourite tuuu. serius, after joging pagi tu, buka bekal untuk breakfast sama2, tunjuk je dia sambal tu....'jajaaaaang!' dia punya la excited cari kerusi @ tempat duduk sebab nak makan. tapi mana ada tempat duduk and meja kat tempat joging sayang oii. hehehe. so buat keputusan 'awak makan kat rumah je la nanti ye' then dapat feedback positif lagi. haa! makin membuak la semangat nak masak sedap2 lagi untuk dia kan. :)

next?
 sandwich dan buah-buahan.
okay for all girls out there. satu tips nak kekasih sayang awak? tangkap perut meraka dulu! tangkap? hoho. maksud saya masak sedap2 and bagi mereka makan kenyang2. so apa saya buat? setiap kali nak keluar saya make sure there must be something untuk kami makan. even gula2 and air masak pun! lebih sweet masak la untuk mereka walaupun sesimple ( ni perkataan tak didaftar dengan dewan bahasa dan pustaka.jangan guna dalam exam ) mana pun! sebab dengan cara masak la kita dapat tunjukkan kasih sayang. tak semestinya daripada segi lisan kita boleh bagitau yang kita sayang mereka. memasak pon GRRRAP jugak apa.. berkorban untuk mendpatkan apa yang kita nak! hihii. so this time keluar saya cuma sempat buatkan sandwich dan potongan oren dan mangga yang manis lemak sedap banget! sampai beliau makan ada bunyi 'umm..umm..' so saya tau mangga itu sangat sedap. :))

lagi? 
saya buat cheese cake lagi. but this time TOBLERONE CHEESE CAKE. nak tebus kekalahan pada baked cheese cake yang awal tu kan. ianya sangat simple. cuma perlukan 20 minit untuk menyiapkannya. tapi nak lembutkan cream cheese tu peeeh! feloh2 tau. mau atleast 15 ke 20 minit paling sekejap. nak cream cheese lebih lembut, kena pukul 30 minit. lebih yummy! so untuk hasilnya? kita tanya pada pakar merasa dan pakar bidang telan-menelan. feedback from my family - positif. feedback daripada beliau dan family - positif jugaa! so semangat meluap-luap nak buat cheese cake yang lain pula lepas ni!!

sebenarnya nak share cara buat all cheese cake yang saya tau and gambar2nya!! tapi masa buat tu terlalu fokus and tak sempat nak klik klik gambar. plus kita punya kamera ni 2 mega pixel je kot. tak boleh close up kasi detail sampai even sebutir habuk biskut pun boleh nampak. tunggu la kau sony. nanti aku rembat sebiji kamera kau yang smart tu. so boleh la share resepi and picture. :)

humm. kalau boleh nak masak lagi banyak untuk awak makan cep. kalau boleh saya nak masak untuk awak daripada breakfast sampai supper. tapi masa2 kita terbatas. so saya sempat masakkan yang mana kegemaran awak and apa yang saya rasa sedap untuk awak rasa and makan sampai awak kenyang. saya tak belajar tinggi2 dan sijil yang gempak2 dan kalau orang tengok pun orang akan cakap 'wah..hebat gf kau..' tapi saya tetap berusaha jadi yang terbaik. even hanya di mata awak. ecececeyh..jiwang leleh pulak dia.hehe

ni bukan gambar cheese cake saya. saya culik dari google image. gege tapi lebih kurang la rupanya.

nak tempah? boleh tapi buat masa ni tempahan daripada penduduk bukit larang, telok mas dan sedara mara sahaja diterima. hehe

ada satu tips. kalau awak keluar joging di pagi hari, then dengan perut kosong awak minum lassi, awak memang menempah tandas buru2. jangan! ni semua atas pengalaman minum mango lassi pagi2 dengan perut kosong. after 15 minit perut dah rasa lain. meremang kak oii! sakit gila perut! sampai tak menyempat nak tunggu beliau pergi beli kelapa parut untuk ibundanya. terus minta beliau hantar ke rumah buru-buru! cepat cep! atau saya melepas di kusyen kereta awak je! haha. itu dialog reka okay. hahahaha. so, ingat...jangan minum lassi with your empty tummy dan berjalan2 di luar dengan keadaan awak jauh dengan tandas.

lagi satu. kalau awak jalan berdua bersama kekasih. then orang nak berkenalan dengan awak. dan orang yang nak berkenalan tu pula minta izin berkenalan daripada bf awak, hem..benarkan aja. make sure nombor telefon yang bakal diberi adalah nombor telefon bf anda. dan..berikan nama samaran 'latifah' dari situ anda dapat melihat gelagat manusia yang agak 'slow' mengayat. hoi bro..kau dah tengok orang jalan berdua kau paham2 la mereka tu pasangan @ couple. boleh pula nak berkenalan. saya tak tau dia sekolah mana dulu. dapat bf yang super cool dia layan kan je. kehkehkeh. 'saya nak berkenalan dengan awak je..awak takut bf awak marah ke..terus-terang la dengan saya..' haha.lawak desperado. :D

anyway beliau akan terbang tonight.bon voyage sayang! have a save journey. tataaa~ :)) sambil tangan lambai2 dengan kain.hehehe. alhamdulillah kali ni beliau balik saya lebih tenang. mungkin kerana telah ada jiwa orang dewasa dalam diri? hahha. perasan je muda kau!

so see u insyaAllah 6 bulan kemudian. start counting the day! tik-tok-tik-tok. ;)

till my fingers meet keyboard again.
(^^,)V
cicak-cicak di dinding,
senyap-senyap merayau,
datang seekor nyamuk, NGAP!! eh, salah..GRAPP! lalu dimakan..
kihkih..;p
bye2!!

5 comments:

  1. haduih. terasa lapo bce entri jehhan ni. bak nasik sepot =)

    ReplyDelete
  2. salam..
    jehan.. cousin mel..
    rajinnya masak, mengait..
    bagus...

    nyum2.. toblerone cheese cake..
    sedapnya..nak tempah tapi jauh..
    cairlah toblerone tue :(

    Bf jehan terbang kemana?? pasti jauh kan...

    ReplyDelete
  3. hye.. jehan cousin mel..
    Rajinnya memasak.. mengait
    wah toblerone cheese cake..
    sedapnye yummy....

    ReplyDelete
  4. minat gak ann ngan kek..ek..ni la keje kazen mel..selain menjait pe suma..dia tokey kedai barang2 runcit

    ReplyDelete
  5. kie-yu: ololoh..lapo ye.nasi tade la kie yu.kek boleh?hehe

    annfrendly: yeeep!saya kezen mel.membe mandi parit tuu..hihi;p ala..ann pun boleh buat toblerone cheese cake tu jugak.senang sgt! nanti kita share resepi okay!:)

    mel: wah2..promote kezen sampai terangkat!xpe.raya nanti dapat cheese cake sepotong.huehuehue;))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails