Saturday, February 27, 2010

mari kurus dan tips.

nowadays..ehem..salam kau mana haa??
assalamualaikum...........hee.tu pun nak kena ajar dah besar2 panjang nih! teruknye!
okay sambung..

nowadays tak tau la either saya or orang lain pun perasan yang cerita mengenai 'diet', 'kurus', 'slender body' or apa2 je lah yang berkaitan kecantikan bentuk badan ni makin hangat pulak. secara tak langsung si jehan ni pun macam agak terkena tempiasnya. serius! tak tipu! sampaikan ada orang cakap kita ni 'obses' dengan berat badan sendiri?? aaaaaaaaaaaaaaaaa...teruknyee!! yeke?? macam seram je dengar perkataan 'obses' tu.

Thursday, February 25, 2010

posto from over tha sea.

long time tak update blog. busy busy busy alasannya. okay taknak buang masa dengan bebelan yang meleleh banyaknya kalau dilayan. jehan banyak kerja ni gayanya. kembali ke tajuk utama. sehari before my birthday. pagi2 masa tengah melompat2 dengan tali skipping *senam beb!* ada panggilan dari orang tak dikenali. (oh!abang caurier service rupenya.) dengan sangat2 teruja saya tunggu barang tu. teruja woo! dapat agak sapa bagi bila abang tu mention *awak ada kiriman daripada kota kinabalu nih* aahh~ tak boleh handle! i like that word. serius beb! ;)) 

Friday, February 12, 2010

satu lagi! satu lagi! pon poooonnn...:)

what a nice shining day! hari yang sangat ceria membantu meningkatkan mood gumbirah! langit takdak awan. licin je. ;p hari ni sekali lagi jehan dengan excited nak share hasil mengaitnya setelah berjaya disiapkan last night!

tepuk !tepuk!
ok tak nak tepuk takpa. i tak paksa.

malam tadi berjaya menyiapkan fingerless mitten lepas duk bertangguh sebab mim alip lam sim. fingerless mitten? yep. sejenis sarung tangan yang takdak jari. bukan cacat okay cuma ni design. coooii.. entri fingerless mitten ni  jehan ada di post kat previous post semasa proses pembuatannya awal2 dulu..(sedikit ayat keling di situ)

klik HERE to see much more.

Thursday, February 11, 2010

mari mengait dan membebel bersama jehan :)

mari baca!
mari baca!

selamat pagiii! wish diucapkan untuk menandakan blog ini ditulis pada waktu pagi. huh! penuh semangat nak tulis entri baru sampaikan semangat nak joging atas treadmill dan cycling dibatalkan! fuyoo fuyoo! haha. 

lepas cik jehan ni mebebel all that things pasal hati dan perasaan la.. drama korea yang selalu membuatkan dia day dreaming la.. segala resepi memasaknya la kini tiba masa dia post entri yang betul2 berkaitan dengan tajuk asal blog - knitting. (actually saya tulis macam ni sebab hari tu ada pengkritik tetap blog yang identitinya dirahsiakan dah bagi komen..'buat blog pasal knitting tapi banyak yang tak berkaitan dengan mengait pon? pasal resepi la..paling tak boleh terima pasal drama korea..' hehe. pengkritik ni sangat comel! sambil menambah 'awak dah lama tak update blog.tak da benda baru pon saya tengok?' uishh concern jugak awak ni yeh! suke suke! )

okay kembali kepada penulisan. hentikan iklan yang panjang berjela2..................................................................................................................bosan bosan~ (-_-)

Tuesday, February 9, 2010

benarkah?benarkah?

yaah!
on monday ada niat nak delete buku muka @ facebook. haa some people said ' kau dah gila ke jehan nak delete facebook??' waahh..nampaknya facebook ni sangat memberi impak sampai nak delete facebook pun orang boleh tanya soalan camtuh? hishh..
eh? kenapa kau nak delete facebook ni jehan..kecoh la kau..
ada orang cakap jehan nak buat gimik.

bzzztt!
hello! kau pikir aku artis seperti fasha sandha yang perlukan publisiti murahan  nih? ciss..

orang cakap saya kurang kasih sayang!! hahaha.siut luh.
kononnya nak delete akaun facebook atas dasar nanti orang akan pujuk rayu..

'jehan..jangan la delete akaun nanti friendlist aku kurang sorang..'

ada pulak cakap..

'jehan..kalau kau takde kat facebook sunyi la aku..'

ada lagi cakap..

'jehan..sape nak gosip2 ngan aku lenkali..'

ooohh..kawan2 ku sekalian yang sangat best lagi seronok bak kanak2 mendapat tora percuma (bukan tora si kekura kau ye azmil tapi tora datang lagi dengan 'kipas kincir angin belakang rumah PAK MAT')haha.:D
anda sangatlah supportive even baru meluahkan niat nak delete facebook. (adakalanya terasa macam dorang ni sebenarnya melompat gembira ni..haha! berlakon kau semua!)

dan kurang hebat juga dengan pendapat kawan2 yang cakap..
'jehan kau delete facebook sebab boyfriend ke??abaikan jela..'

arghhh!!
paling tak boleh terima kata2 yang satu ini..betapa kasihannya insan yang berpangkat teman lelaki saya ini..

(tukar mode melankolia sambil diiringi lagu slow mood)

hooo..sebenarnya niat mendelete facebook takda kena-mengena dengan makhluk tuhan yang satu ini wahai kawan2 ku.. beliau tidak mengetahui langsung niat saya untuk mendelete akaun facebook yang hebat sangat tu.. sekelumit pun takda bersangkutan dengan beliau..huk3..sedih pulak jehan..

okay..kenapa jehan nak delete facebook!kembali ke tajuk utama!(jauh menyempang ye kau..iklan no.1)
sebab musabab nak delete facebook?? ngahaha..
sebabnye...rahsia!ececeyh mcm mawi pulak kau main rahsia-rahsia ni..;p
ala..sebabnya biarlah saya simpan sorang ye. :)

tapi the main reason why this entry being posted today is because jehan nak tahu betul ke GENG BLOGGER dan FACEBOOK bersangkutan rapat terkait sambungannye! haa..hamek kau! kekeke ;p sebab masa nak register to join geng blogger ni kan kita connect dengan facebook kan..so i just want to know benarkah?? benarkah?? ada effect kat geng blogger ke kalau jehan delete facebooknye?

okay tu je untuk entri kali ni.
kui3.
next entry will be 'satu projek knitting saya siap'

see u all next time ni my new writing.chewah.mcm mat salleh.:D
(^^)V

p/s: cep..saya ok je tau..takda yang tak kena.:)

Tuesday, January 19, 2010

the best to share with!!

i've just got this from one of my friends in facebook. lepas baca rasa nak sharing2 dengan kome2 semua especially untuk kaum adam di luar sana. ukh! this thing looks simple but berjaya menembak tepat ke hatikuh! ukh!

bang!bang!

tajuk: Untuk Insan bergelar Suami, Bakal Suami Dan Lelaki....

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......

Tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengcheking "Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan..

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam....

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

TAPI kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang, motor korang dan lain-lain..

tamat..
hee.
agak sweet like candy je kan??
tak tau sapa yang tulis ni.
perempuan ke laki yep??
teka cepat!!
:)

okay. need to go now.
got lots of work to do (bak kata cepkuh kerja tak pernah habis)
bye!
(^,^)V

Wednesday, January 13, 2010

penemuan dooodolls!bzzzzt~!!

hoho si pencari dooodolls ke lokasi yang diinfokan mengenai dooodolls ni! apa dooodolls tu? yee sila klik dooodolls ye. diilhamkan oleh anak seni Malaysia sendiri dan kini produknya telah terrrrrsebar ke seluruh dunia! koleksi patung2 plushes yang sangat kecomelan kegeraman kesangatan la! jadi jehan menyerbu lokasi yang telah dipassstikan! lokasi: parkson, melaka mall.yok!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails