Thursday, June 24, 2010

i wish

haip. :)

semua orang dalam dunia ada permintaan masing2. kan?
me too of course. some of them mintak ; i wanna be a billionare. so freakin bad.. bak kata Travis McCoy & Bruno Mars. tapi tu wish mereka.

saya taknak jadi jutawan. taknak taknak. tapi kalau dapat, tu rezeki kan? hee :)) saya cuma ada permintaan kecil yang saya minta setiap kali menadah tangan di atas hamparan sejadah selepas solat.

petama, saya mahu dosa-dosa yang saya pernah lakukan sedari mula menghirup udara untuk bernafas sehingga nyenyakan malam setiap malamnya.

saya minta setiap kali selepas solat, kedua orang tua yang telah menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang dipelihara setiap langkah dan perlakuannya daripada segala bahaya, hasat dengki dan malapetaka. sangat berharap setiap detik yang dinikmati dapat dikongsi bersama. mendukung tika jatuh. berdiri dalam susah dan senang.

saya juga minta supaya diri ini menjadi anak solehah yang sentiasa patuh dan taat kepada setiap nasihat dan arahan, sayang kedua orang tuanya selagi roh di dalam jasad. saya berdoa supaya punya kudrat untuk menjaga dengan penuh kasih sayang kedua mereka tika tiba saat tua mereka kelak.

lagi, saya minta dijauhkan daripada manusia yang penuh dengan kejahatan dan jiran yang berhasad dengki. orang sekeliling jugak dapat pengaruh kita secara tak langsung, kan? jadi, berhati2.

saya minta dijauhkan daripada sifat2 hasad dengki, tamak, angkuh, buruk sangka, riak dan segala yang buruk. jauhkanlah Ya Allah sejauh-jauhnya. jauhkan juga saya daripada hasutan syaitan dan seksaan api nerakamu.

 lagi? hem :)

jehan minta diberikan jodoh bersama hambaNya yang soleh yang dapat menuntun segala hal dunia dan akhirat di jalan yang benar. saya tak minta lebih. cukup dapat mengajar apa yang saya jahil, dan menegur segala kesilapan diri. jehan tak minta yang kacak atau yang kaya. sekiranya ditentukan, itu rezeki. kan? :) cukup sekadar hidup besederhana dan rupa yang 'sedap mata memandang'. tak melampau kan?:)

jehan minta, setiap kali selepas solat, sekiranya kau tentukan 'dia' sebagai teman hidupku kelak, Kau dekatkanlah. sekiranya tidak, Kau jauhkanlah hatiku untuk menyayangi dan mencintainya.

ada lagi? lagi jehan mintak, (amboi banyak sungguh permintaan. ni tamak ni! isk. isk)

kalau incep tengah baca, saya mintak, cep maafkanlah segala salah kata, segala perlakuan melampau yang saya lakukan selama saya bersama cep. saya tau saya bukan manusia sempurna tapi saya sentiasa nak jadi yang sempurna. untuk awak. sampai kadang2 saya lupa atau terlepas pandang dalam usaha saya menjadi yang sempurna untuk awak, ada kata2 dan perlakuan saya yang menyakitkan hati awak. sekali lagi, saya minta maaf. saya jugak nak minta maaf dengan perangai 'takda mood' saya. saya sedar, perangai tu menampakkan saya sangat sangat sangat annoying. menampakkan saya sorang yang tak kuat semangat, lemah, tak bermotivasi etc. saya minta maaf. saya nak kita baik2 macam dulu yang sentiasa memerlukan satu sama lain untuk bagi semangat satu sama lain. saya tak minta lebih. cukup sekadar tu. kalau tak dapat dipenuhi? alhamdulillah sekiranya cuma sekadar memaafkan kesalahan saya.

terakhir, saya minta supaya doa2 saya dimakbulkanNya. amin.

till my fingers meet keyboard again.
lot of love,
jehan (^^,)V

p/s: kezenku azmil!! kite mintak maaf sangat2 sebab delete akaun fesbuk tak bagitau kau dulu. sob. tapi takpa. nama pun kezen kan? raya nanti jumpa! insyaAllah dengan cheese cake. okay? hee :)) ala lagipun ada blog kan? rajin2 la tulis blog. :))

2 comments:

  1. takpelah kalo itu ko nak..kalau ko kate nak delete mesti aku 'racun' ko sampai ko taknak delete.hehe

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Mak Aii! Tawaran Burger Singa Sempena Piala Dunia"

    ReplyDelete
  2. huua!!tau xpe. dgn ayat2 psiko tu mesti tak jadi delete nnt. hee :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails