Sunday, June 6, 2010

masalah kulit!! aaaa!!

kulit awak cantik. tengok la.. kulit saya kusam dan kelihatan tak bemaya. apa nak buat ni?

hah! macam iklan tv tak? kehkehkeh. gila lorat.
pagi2 yang cantik ni terasa nak berkongsi mongsi petua and some products yang saya guna untuk jaga kulit muka etc. betul cakap saya ada masalah kulit sensitif. ergh! rasa rimas sebab kena jaga terlalu lalu lalu rapi. silap sikit jerawat naik. memang la every month kadang2 jerawat ada sebab hormon. tapi jerawat boleh kata senang keluar sebab kurang penjagaan yang rapi. plus! saya ada masalah kulit kering. pernah sampai nampak bersisik! aaaa. takotnyeeeeeeeee! pergi pakar pun macam membazir duit je.

so nasib baik hari tu ada terbaca kat majalah pasal produk penjagaan kulit dari dalam. bukan nak promote produk ni tapi cuma nak share kebaikan dia lepas saya guna. mana tau kulit awak pun sesuai dan lebih cantik lepas guna produk ni. jadi, produk apa jehan guna?
 
ni dia!
seresis dietary supplement.

saya dah guna lebih kurang 2 bulan setengah. hasilnya alhamdulillah. bahagian yang dulunya ada masalah kulit kering dah makin elok. plus! dulu jehan ada masalah hormon yang tak stabil yang menjejaskan kitaran haid. and, alhamdulillah this product dapat menyetabilkan balik hormon. menyetabilkan itu bukan perkataan kamus dewan ye. ;p harga agak mahal so saya suggest beli kat Strait Pharmacy. selain harga lebih murah berbanding farmasi lain (RM110 untuk 60's. harga biasa RM136 untuk 60's) Strait Pharmacy ada bagi 1 lagi botol seresis free of charge yang mengandungi 30 biji kapsul dalam 1 botol. so dapat jimat banyak.

selain makan produk ni, saya minum susu mbek mbek!

jajaaang~ 
ianya baik untuk segala aspek. kulit, darah tinggi, kencing manis, rendah lemah, tinggi kalsium, tinggi selenium untuk kecantikan kulit, dan sesuai untuk golongan yang elergik produk tenusu lembu. takda bau mbek mbek, sedap. kalau minum suam2 sebelum tido, malam nanti mesti tidur nyenyak macam baby. hee~ juga sesuai untuk golongan sedang berdiet. munim 1 bungkus, 1 mug, boleh tahan kenyang tau! :)

umm. selain ni, dulu saya ada masalah jerawat yang teruk! tapi day by day masalah tu kurang sebab kitaran hormon. tapi ada masalah baru! masalah parut jerawat! so syukur, saya ada terbaca 1 petua dan saya amalkan sampai hari ni. macam mana nak hilangkan parut jerawat? ha macam ni!!

 asam jawa

haa. sapa la yang tak kenal asam jawa kan? saya jawa tapi bukan asam ye. harap maklum. so untuk info anda, asam jawa ialah agen penghilang parut semula jadi yang terbaik! macamana? tanpa sebarang tambahan bahan lain, cuma menggunakan air, bancuh asam jawa dengan air pekat2. buang biji2 dan sapu kat muka. tunggu hingga kering dan bilas. amalkan 2 kali sehari siang dan malam. insyaAllah berkesan. selain hilangkan parut, asam jawa ni pun elok untuk elakkan masalh jerawat.

 momooook~ huahua.

lagi. selain menjaga, saya juga harus melindungi. kena make sure lepas cuci muka mesti pakai toner, lepas tu sapu shield. sunblock + moisturizer spf 25 pa++ wajib pakai tak kira keluar rumah ke tak waktu siang. waktu malam senang sikit. lepas cuci muka, sapu je moisturizer daripada produk himalaya yang bersifat semulajadi tu . lepas tu tido. 

left:skin aqua spf25 pa++ for body & face
right:himalaya herbals nourishing skin cream.
banyak lagi petua kecantikan semula jadi. insyaAllah ada masa saya share okay? nak pergi kerja ni! buhbye~!

till my fingers meet keyboard again.
(^^,)V
with love, jehan.



1 comment:

  1. jehan... mainan ding dah sampai..
    terima kasih banyak-banyak...
    sukenyaa :)

    rajin jehan menjaga kecantikan... bagus...
    mahalkan pil tu tapi berbaloi-baloi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails