Thursday, December 15, 2011

pop heart and flower button

Assalamualaikum dan selamat pagi!!
Awak semua sihat tak? Jehan? Alhamdulillah sihat :)

Hari ni, Jehan ada siapkan satu projek. Comel!! Jehan dapat idea nak crochet projek ni lepas merayau-rayau kat blog ilmahasana. Geram pulak tengok projek ni punya la tembam gebuu!
Ni, cuba tengok..

tembam, kan??

Let's start ladies! ;)

Jehan dapat pattern Pop Heart tu kat SINI. Awak pun boleh crochet jugak.

Next, Jehan ada buat pin flower botton jugak.

Jehan prefer flower botton pin untuk dipakai buat hiasan tudung kalau pegi jalan-jalan santai sebab simple dan comel!*bajet kalau pakai nampak comel la tu? sudah la sudah!* Kalau pakai kat tudung masa kita pakai baju kurung cotton pun comel! hehe.

Ada pembaca blog yang tanya Jehan macamana Jehan belajar knitting dan crochet. Jawapan yang Jehan bagi semua sama je - YOUTUBE!! Ye. Youtube adalah reference terbaik kalau nak belajar knitting dan crochet.
Besides, ada blog yang bagus untuk dibuat rujukan. Contohnya macam blog kak Ery, Da'Knit. Ni pun sumber rujukan yang awesome!! Selain boleh jadi sumber rujukan, awak boleh tanya macam-macam soalan berkenaan knitting dan crochet. InsyaAllah tak menghampakan :) Eh, lupa nak bagitau, boleh SHOPPING barang kait jugak! Ha...awesome tak? awesome taaakk??:D

Okay Jehan rasa buat masa ni, tu je yang jehan nak kongsikan. Eh kejap!! Nak kongsi lagi satu awesome experience. Jehan mula minat nak menjahit. So, ni hasil jahitan kurung pertama. ;)

I Love Cotton!!:)


Pesanan mak: Kita ni perempuan, selagi kita boleh buat satu kerja tu, belajar dan cuba buat sendiri. Laki, suka pada perempuan yang serba boleh dan pandai berjimat. :) *Terima kasih,mak :')

Mutiara kata: Kalau kita pandai susun jadual dan atur masa, tak mustahil kita mampu melakukan segala tugas!

Semangat Jehan, Semangat!!
^____^

Salam sayang,
Jehan@Jojie

Assalamualikum

2 comments:

  1. salam ,siapa pembuat pop love saya
    ucapkan tahniah dan kalau free bleh x tlg tunjukkan cara 2
    dkt blog ni ye kalau xbleh saya faham
    :( or :) sila tandakan pada yg bleh salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      insyaAllah kalau ada masa saya kongsikan pattern utk pop heart ni nanti ye.. TQ sudi singgah blog sy :)
      salam..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails