Sunday, July 24, 2011

Berita gumbira!

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian! :)
Haa lepas dah kongsi kegembiraan projek cardigan, jehan nak kongsi la pulak kegembiraan dapat  buku baru! Muehehe.

Okay. First of all. Jehan love stuffing toys. Especially, knitted toys. Oh heaven. Then, jehan cari pattern untuk kait satu knitted stuffed toys. FREE pattern i mean. Tapi mostly agak susah dan tak menarik till i found this one!

 Menarik, kan?

Yup awak pun tau takda benda kiut miut yang free. Buku comel loteh ni jehan jumpa kat Amazon. Sekali tengok dah jatuh cinta. Dengan bantuan kak ERY sayang dari Da'Knit kami dipertemukan buat kali pertama pada 21 Julai 2011 dengan rasminya, Malaysia-Chicago. :) Thanks Kak Ery :')

For those yang terasa-rasa nak belajar mengait, nak cari benang atau peralatan mengait boleh minta tolong kak Ery. Dia sangat baik hati dan servis yang diberikan - tip-top.(jangan lupa kira servis caj kak ery sebab dia dah tolong kamu, ye!)  

Jujur kata jehan memang tak pandai nak beli barang dari oversea ni so kak Ery la tempat meluah perasaan selama ni. Kalau nak minta pendapat dari segi kualiti barang yang nak dibeli ke serahkan je pada kak Ery. Kak Ery ni terer. hehe

Okay jom cerita pasal buku ni pula. Buku ni comel, menarik, color every single page dan penerangan yang diberikan juga jelas. 20 pattern monster yang berlainan kat dalam buku ni pon "halamak kiut sangat pesal?". Saya suka buku ni dari kulit luar sampai muka surat terakhir, setiap baris ayat dan perkataan, sebab setiap satunya menghiburkan dan tak formal. Terasa santai dan mudah. Senang cakap saya sangat rasa puas hati, sayang, chenta dan kalau ada lima bintang saya bagi 4.5 bintang. Kenapa tak lima? Kalau Rebecca Danger bagi lebih lagi monster cecomel tanpa menaikkan harga buku saya bagi lima bintang. Jehan suka cakap yang mengarut, kan? hehe ;p

InsyaAllah kalau ada edisi ke-2 daripada Rebecca Danger saya taknak lepaskan peluang.Saya pasti hasil daripada beliau takkan mengecewakan.




 I love this part: Gift from Erliani Binti Md Yusof. sweet, kan? :')


You did very good job, Rebecca Danger. So kepada yang nak rebut juga buku ni, awak boleh la beli di Amazon.com dengan harga RM77(harga termasuk servis caj untuk kak Ery tersayang :) )

So itu saja untuk kali ini. Semoga akan diberikan kesempatan berkongsi kegembiraan di masa akan datang, InsyaAllah.

I am so excited! Tak boleh tunggu lagi, saya nak mengait dulu ye! ;) Dah siap nanti saya kongsikan, okay? Tata!

Till my fingers meet Mr. keyboard again.
Lots of love,
Jehan@Jojie.(^^,)V

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails