Wednesday, May 25, 2011

my bag my mood

Assalamualaikum semua!

Eh eh terasa lama tak update blog. Sesekali melawat blog terbaca pulak hasil penulisan bloggers yang cambest so terpana kejap baca blog mereka sampai tak sedar-sedar yang diri sendiri pun patut pos walau satu entri. kot kan? kan? kan? ngehngeh :p

Okay tipu sangat kalau penulisan saya dikala malam ni tak menyentuh pasal 'Hey jojie done one project yang dia tak plan pun sebelum ni dan dia nak share sangat ni oiii!'

BEFORE THAT!!


Rasa tak sedap hati kalau tak buat satu pengakuan.

Teruskan membaca sambil korang bayangkan ada background music yang sayu2 gituh! Please tau. Background music sayu2 tu perlu ada untuk scene pengakuan nih!

Adalah dengan ini jojie ingin membuat pengakuan dia telah skip project tempahan Ekah kerana dia terasa blur dan lupa diri kejap pabila menyiapkannya. Hari-hari mengadap saiz jarum yang sama dan kepelbagaian warna-warna  benang jojie rasa 'OKAY stop kejap. I have to'. Maafkan saya wahai Ekah yang cantik molek ahaaaai!! Mintak mangap yeee (sambil jari pegang telinga dan buat muka kesian sangat) T____T Jojie promise she'll do the best for you, after project yang satu ni siap!! (yeah dah siap pun so haruslah menggembeling tenaga esok!) ^___^


So apa yang best sangat dengan beg kau tu jojie sampai kau skip projek yang mendatangkan wang ituuuuh~? Umm.. Saya kait beg. Yep. Shopping bag actually. Disebabkan kesedaran dalam diri tentang mencintai alam sekitar, jojie kait beg ni. Special to you my beloved earth! mwahx mwahx! Okay sebenarnya adalah sehari hari tu saya keluar jalan2 sambil menderma ke FOS. YE baru nak sedar yang sebenarnya FOS tu bersepah-sepah ada kat DATARAN PAHLAWAN MELAKA yang jojie ingat selama ni dah disappear kat Mahkota Parade. Ada dalam 2 ke 3 outlet FOS kat dataran tu. sigh. Okay balik ke cerita asal. Saya pergi menderma kat FOS. Bila bayar miss kat kaunter tu cakap '20sen untuk plastic bag ye'. Pastu jojie macam kena sihir terus angguk and say 'okay'.

HEYLOOO! Bag besar gabak kat bahu just put your stuff in it laa! Haiyoooo! I'm sorry my earth!!


So start daripada 2 days ago masa tengah blur kait kucing Ekah terpacul idea nak melahirkan shopping bag sendiri.

Jojie pilih pattern yang gila simple. I do really love lace pattern. Kebiasaannya lace pattern ni orang crochet. Cantik2 woo kalau tengok pattern2 lace ni. Sebab jojie tak power lagi dengan crochet, i'm looking 'like a lace' knitting pattern. Fiuh sekali lagi thanks to aunty Judy from knittingtipsbyjudy kat youtube. nah cuba tengok. simple dan mudah!(jojie suka!)



So! tu cerita pasal pattern. Sekarang nak cerita pasal beg pulak. Jojie suka beg ni sebab jojie boleh pelbagaikan bentuknya ikut mood. Tak paham kan? Nanti jojie tunjuk gambar. Okay Okay?

Saiz beg ni agak besar agak2 muat untuk isi barang yang tak berat macam gajah. Lebih kurang 14.5 inci lebar dan 16 inci tinggi. Besar kan? hehe I love baggy bag you should know that! :D

Nah ni time nak campak gambar. Capai!!


1. Terbuka semua.
2. Dicerut di atas.
3. Dicerut di atas dan bawah.
4. Dicerut di bahagian bawah sahaja.

Selain boleh transform bentuk/design, beg ni pun mudah disimpan!

1. Jojie buat tali pinggang di tengah beg.
spt yang anda nampak di tengah beg ada tali tejuloq kiri dan kanan kan?
|
|
|
V
2. Buka beg dan masukkan setengah bahagian atas beg ke dalam bahagian bawah beg.
spt ditunjukkan di dalam gambar.
|
|
|
V
3. Tarik tali dari kiri dan kanan atau salah satu bahagian tepi beg sahaja dan hasilnya..........




JAJAAAAAANG!!!
Sebunjut beg!! Senang simpan kan?
So apa tunggu lagi?


Jom shopping?! hahaaaa ^____^

i heart my bag & my planet!

inspiration:
knittingtipsbyjudy (http://www.youtube.com/watch?v=BxOMKM3X_88)
www.knitty.com (http://www.knitty.com/ISSUEsummer07/PATTeverlasting.html)

Thanks!^^,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails