Sunday, October 17, 2010

DIY: double pointed needle.

ok kali ni edisi buat barang sendiri. saya ada bagi tahu awak tak yang jehan sekarang makin kedekut? haha start daripada sekarang 'jehan kedekut' adalah satu fakta.

last day bila benang baru yang cute dan super soft tu dah sampai apa yang boleh jehan buat adalah tengok je benang2 tu. i have no idea what should i do with all of them. mula2 plan nak buatkan incep stokin. i wish u love it nanti. then yang baby soft nanti saya nak kaitkan untuk kucing encik ajes yang nak masuk pertandingan kucing next year.. plan semua dah cantik tapi apa yang tak cantik, saya takda double pointed needle extra untuk kait semua benang2 comel loteh tu! jarum sedia ada sedang digunakan untuk buat strawberi. jadi apa saya nak buat? bila buka internet untuk cari double pointed needle yang dijual secara online boleh juling mata!! harganya RM 36.60 sepeket/5 batang double pointed needle.  mesti ingat! jehan dah kedekut sekarang. so saya katakan tidak!


bila dah jadi kedekut macam2 idea kreatif dan bernas cuba dikeluarkan. ucapkan terima kasih pada lidi sate yang tersadai. u safe my money!! hihi ^^ a lot! dulu masa belum kedekut bukan main sombong dengan lidi sate tu kan? sekarang kedekut punya pasal, nak taknak kena rajin!

jadi apa awak perlukan untuk buat double pointed needle sendiri?


seperti yang ditunjukkan awak memerlukan lidi sate, berus lukisan/ berus cat, kertas pasir dan pengilat kayu. bukan setakat lidi sate je, chop stick pun boleh guna depends saiz yang dikehendaki.

so first apa yang kena buat, bentukkan kedua2 bahagian depan dan belakang lidi sate menjadi tajam. kemudia licinkan permukaan lidi dengan kertas pasir. lepas tu, boleh sapu pengilat kayu kengikut alur kayu dan jemur ditempat panas sampai kering. bila dah kering licinkan lagi menggunakan kertas pasir paling halus untuk mendapatkan permukaan lidi yang betul2 licin. senangkan?


kalau malas nak sapu pengilat kayu pun boleh. setakat licinkan menggunakan kertas pasir yang kedua halus kemudian guna kertas pasir yang paling halus. dah licin. awak boleh buat berapa banyak double pointed needle yang awak nak. 2 set? 3 set? berset-set pun boleh!

haa. tak susah pun kalau nak berjimat tinggal kita ni malas ke rajin je! ^^

so keputusannya.............

jajaaaaang!!

yeah! tu dia hasil kerja orang yang tengah berjimat sebab nak kumpul duit beli hp baru! hihi^^

kalau macam ni punya rajin agak2 saya boleh jual double pointed needle ni dengan murah kat knitters di luar sana lah! :))

so masa untuk makan!
bye2~!
lots of love,
jehan
(^^,)V

3 comments:

  1. hahaha..kreatip makcik ni...

    ReplyDelete
  2. waaahh kreatifnya :D sungguh kagum!

    ReplyDelete
  3. good one!


    tp xpkai utk crochet. :P

    ad cr utk crochet plak x jojie??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails