Friday, September 24, 2010

kembali semula.

salam semua!
ya Allah lama sungguh la tak jengah blog. sedih rasa bila banding blog sendiri dengan blog orang lain.
apa kes bila still ada ucapan selamat berpuasa sedangkan dah masuk raya hari ke-14. teruk! oh, boleh je anggap tu ucapan untuk puasa nam. ye tak? kehkeh ;p
tak update blog sampai ada orang sound cepat2 update blog! haiyoookk. jujie..jujie~ (geleng2 pale) nak bagi busy sebagai alasan memang tak logika. PM pun sempat je update fesbuk. halamak ai.
ok angkat bendera putih. jujie salah.
dah2. yang penting saya mai dah nak update blog. mieah sayang sila baca. hihi ^^



okay. bila lama tak update blog, tak semestinya dunia pun tak bergerak macam blog. tak semestinya sunyi macam blog jugak. raya tahun ni best sangat sebab banyak aktiviti! hah meh jujie cerita dari mesia ke karachi. erk?

buat ala2 diari lagi kemas kot?

04 september 2010, sabtu
aktiviti: majlis berbuka puasa kuntum harapan.
lokasi: tomyam klasik, melaka.

hah. tajuk aktiviti macam majlis berbuka puasa bersama remaja bermasalah je T.T tak! tak! jangan salah tafsir. ni aktiviti best bersama gadis2. diorganisasikan oleh cik mieah. awak sendiri faham2 la bila wanita2 yang banyak molot lama tak berjumpa. boleh bayangkan tak? haha yes sangat meriah! even table kami seciput disitu tapi kemeriahan tak terkawal! ketawa besar2 macam restoran kat situ ayah ninie yang punya! kihkih ;p (mmg famly pacik majid selalu makan kat situ pon sampai harga semua ninie hafal habis dah! hebat!) banyak cerita dimuntahkan masa tu sebab takut entah bila lagi dapat kumpul sama2. sigh aktiviti ambil gambar tak payah cakap. jujie macam hape tah segala stail posing. photo shot i patutnya bayo tau yang. i model. peh perasan melampau. ingat sikit ayah awak haji ye jujie. :)


edisi terhad. tak boleh  letak banyak2. oke! :)

14 september 2010, selasa
aktiviti: beraya/1st reunion ex classmate sk telok mas batch 1999.
lokasi: area telok mas, medan ikan bakar.

ahah! ini salah satu sebab kenapa raya tahun ni rasa berwarna-warni semacam je. lepas 11 tahun tak bertentangan mata, kami sekali lagi dipertemukan di dalam suasana yang meriah ketika aktiviti berkumpul semula bekas pelajar sk telok mas tahun 1999. dengan muka masing2 yang dah lain semuanya, mempunyai dunia tersendiri memang teruja je bila jumpa. paling2 tang perangai. ambooooii tak sangka each one of them bekas classmate saya dulu. betapa innocent sangat kamu2 masa sekolah dulu. tapi time ni suma dah lain. ada yang kaki sentap la, kaki ketawa berdekah, kaki bahan, kaki penegak keadilan etc. oh tak ketinggalan kaki panjang. haha! :D saya harap next year akan ada acara begini lagi dengan pertambahan bilangan ahli. sangat berharap ye. :) kesimpulannya, hari yang best sangat dan puas hati even penat mengalahkan kanak-kanak round beraya sekampung. ish2.

 mereka ni semua hebat2. tak perlu la disebut 1 per 1.
kalau sudara sudari berkenan salah sorang antara mereka jangan segan sesilu email saya personally. haha! kuajak!

acara menarik. sapa makan nasi lemak 4 bungkus time ni? sila bayar lebih! hoho ;p

hehee~

17 september 2010, jumaat
lokasi: beserah, pahang.
aktiviti: menghantar rombongan pengantin lelaki.

kalau nak cerita bab hantar pengantin ni jujie paling teruja. hamboi gatal. bukan! saya straight oke. take note. teruja la sebab dapat pergi jalan2 di hari raya. apa kes kahwin di hari raya. orang nak dating pon terganggu. haha. ngarut je. tak kisah. janji jujie seronok dapat mkn kek sepupu saya buat (nabila) peh sedap! tak sangka cuma mahirah dan jujie je habiskan. siyes enak banget. diet tolak tepi. thumbs up! semua urusan jalan lancar dan akad nikah dilafazkan dengan sekali ucap. hebat bro! dan lepas tu dah tak best nak cerita. ahli keluarga pengantin laki yang hadir di majlis persandingan je yang tau cerita selanjutnya. jujie tanak cerita lanjut2. terus pos gambar. nah tangkap! 

sempat ajee kawan snap

 assalamualaikum..kami datang nak makan je

pengapit emas yang asyik cemas. hadoi! bertenang la.
samping senget pon gelabah. -_-"

and they live happily ever after. the end. :)


20 sepetember 2010, senin
lokasi: taman seri emas, taman rama2.
aktiviti: melawat rerakan.

ahah. kerana dek hari raya semua sibuk beraya ke sana sini. ada je komitmen yang harus diutamakan sampai tak sempat2 jujie nak beraya ke rumah rakan karib yang sangat karibnye lah. takpa. diep punya pasal semua appoinment i cancel. siyes ni. i cancel semua tau. kekeke ;p jadi tanggal hari ni adalah hari yang sangat sesuai jujie ke rumahnya. bertanya khabar ibunda beliau, melayan kerenah anak buah sambil buat latihan menjadi ibu kelak. (ahah? apekah? abaikan!) oh zara sesungguhnya aunty sangat rindu kamu.. T.T 

sesudah itu apa lagi..'makcik saya nak pinjam pengarang jantung hati makcik ni untuk teman saya tangkap obor2 di bikini bottom, bolehkah?' (jangan percaya jujie cakap ayat di atas. kalau percaya memang kena panah petir. takut tak?) ok pura2 la macam cik nab dah bagi kebenaran, ok? haa. saya pun bawa la beliau  pergi melawat bank2. detim kat bank you. class gituh. kekeke ;p settle semua hal duit2,jum kita tangkap rama2, tengok ular, memerang dan beruang kutub. syok kan? hihi ^^

kami gila kamera. uncle tengok goyang kepala je.
apa nak buat kan? hee :)

tanak tunjuk kaki. eacha cakap baju dah cantik. 
tang kasut dia ngeluh. ni nak kena try wedges plak lepas ni.
boleh, syg? haha!
yezza. tu aktiviti sebelum dan selepas hari raya yang sikit sebanyak dapat mewarnai hari2 di bulan mulia ni. (even aktiviti tak se'vogue' aktiviti para artisan gituh tapi jujie seronok. sangat2!) dan berharap ianya lebih meriah tahun depan, insyaAllah..

(maaf buat teman, saudara yang tak dapat berjumpa dan beraya sesama pada tahun ni. diharap segala dosa dan kesalahan diampunkan hendaknya. nak jemput datang beraya kat rumah pun tak sempat gayanya. maaf sangat2 ye.)

ahah! info tambahan: jujie dah ektip fesbuk semula (malu la sangat nak bagitau sebenarnya. malu orang cakap kita poyo delete fesbuk konon. haaakk~) pelis lawat page saya kembali. mekasih buuk kerjasamanya..

kepada teman seakrab mungkin, sila bersemangat bekerja semula. hop hopp hoooray!! :)
till my fingers meet keyboard again.
salam syg dari jujie.
(^^,)V
wajah sesuci lebaran. haha ^^ ok enough. O_o




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails