Sunday, July 18, 2010

mari cuci perut

pernah dengar smooties tak? yes. pandai pun. sejenis minuman berasaskan sayuran atau buah-buahan yang dikisar menjadi minuman penuh khasiat. baik untuk anda yang sedang berdiet. jehan diet ke? oh tak. katakan tidak pada diet. nanti ada orang jeling2. hoho. saya cuba tak bergantung pada suplemen dan cuba percaya pada apa yang saya makan, aktiviti harian yang sihat dan senaman. okay? tiada ikat perut sampai pening2. :)

jadi apa yang jehan nak buat dengan smooties ni? saya nak share resepi buat smooties.senang gila. cuma pegi pasar, cari bf. haha. takla! pegi pasar cari buah atau sayur, blend, taraaaa...smooties siap. 


kalau beli kat luar smooties ni mahal wwwoooh. baik buat sendiri. nak buat 1 jug sorang habiskan pun boleh. berbaloi-baloi. jadi, ini my fav smooties. ever.

kiwi+strawberi smooties
12 strawberi
2 kiwi
1 pisang
1 tbs madu asli
4 ketul ais

cara: 
potong bahagian atas strawberi, buang kulit kiwi dan belah 4, 
potong pisang kepada 4 keratan. masukkan semua bahan ke
dalam blender dan kisar selama lebih kurang 20 saat.
siap!:)


mango lassi
2 mangga masak
2 tbs yogurt asli
1/4 pint susu
1 cawan ais

cara: 
campurkan semua bahan ke dalam blender.
kisar lebih kurang 20 saat. tambah gula jika perlu. :)

smooties sayuran, saya cadangkan 2 resepi ni. sodap jang!

smooties seleri strawberi.
 3 batang seleri
jus epal
6 biji strawberi
6 tbs yogurt asli

cara:
potong seleri kecil2, buang bahagian atas strawberi,
masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar.
minum masa cuaca panas mesti terangkat! hihi ^^

 tomato smooties: 
2 cawan tomato (potong kiub)
1/2 cawan jus tomato
1/4 cawan jus epal
1/2 cawan lobak merah
1/4 cawan seleri (potong kecil)
2 cawan ais

cara:
campurkan semua bahan dan kisar. :)

apa lagi alasan yang saya perlukan untuk menolak minuman ni? saya rasa lepas ni tak perlu suplemen lagi. :)



  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails