Monday, May 17, 2010

from malacca with love.

assalamualaikum..:)

hellop2! teruja je nak post entry kali ni. without any reason why tapi hati menggedip je nak post. dengan minda yang kosong tak tau nak post apa. teruskanlah baca apa yang si jehan ni taip. hehe;p

kalau nak tau sekarang ni musim saya berhormon tidak stabil! asyik nak marah je. nak emo je. nak cengeng je! yes. every month mesti ada musim ni. hoish. serius tak suka musim ni. menci menci mencinye saya! kadang2 orang yang tak bersalah pun kena marah. kesiankan? hem.

sudahnya emosi tak stabil, ditambah dengan khabar beliau ingin pulang ke lumut untuk sambung kursus di sana lagi la badan lemah. haish. cepatlah next week tiba. tolonglah! tak pasal2 empangan pecah masa tengah kerja tadi. runtuh tembok ego dah. alhamdulilah :) ish.ish. kesian jehan ye. sedih sangat dia ye. masa beliau pulang ke KK taknye kau sedih. ni setakat ke lumut barang seminggu je air mata kemain lagi tak berhenti. takpa takpa. sabar ye tunggu seminggu lagi. pulang la beliau nanti. dengan masa yang singkat dan terhad tak sempat nak masak apa2 yang special untuk awak. sorry ye! (teringat gurau awak yang suka cakap 'ye..saya yang bersalah..' hem.tak sukanya saya!!grrr..) insyaAllah next week okay cep semangat sayep? :))

so dalam masa yang singkat cuma sempat masakkan sambal kering ikan bilis dengan harapan boleh tahan lama untuk beliau makan. I bet sambal tu pedas sebab cili kering yang dipilih ada tulis 'cili pedah' kat kotak dan kotak lagi satu 'cili kurang pedah'. so I pick yang 'pedah' hihihi. ada perasan some mistake kat situ? yes perkataan pedas dieja 'pedah'. mak dengan saya dah ketawa dah masa baca. agaknya orang yang tulis tu orang utara kot..;p


 sambal kering ikan bilis cik jehan.
dijamin makan dengan nasi panas atau dikepit dengan roti amat sedap! fuh! tanpa ragulah!:D


owh sebelum lupa thanks incep untuk sotong kering made from lumut gituh! tak sempat masak. promise next week saya masak sedap2 okay? (penuh yakin je kau masak sedap jehan.ceet~!) sambal kering ikan bilis ni pun senang je. cuma masak macam nak buat sambal tumis biasa then dikeringkan je lagi sikit dengan api yang kecil. makin lama dimasak makin lama la sambal ni tahan. mak cakap boleh tahan berminggu-minggu kalau kena caranya :) so bila dah siap je sambal ni, masuk dalam mangkuk untuk disejukkan. bila dah sejuk masuk dalam balang. haa..so ianya dah sedia untuk dibawa mengembara! 

ingat lagi masa zaman along sekolah asrama. budak2 lelaki ni kalau tengah membesar selera makannya pun besar. so lauk2 asrama ni kadang2 mana la kena dengan selera, kan.. so dengan penuh kasih sayang every week mak mesti masakkan along sambal kering ikan bilis ni. macam ni juga, masuk dalam balang so sambal ni boleh tahan berhari2. taklah along kurus sebab makan lauk yang takda selera kat asrama tu. :) siapa yang tolong mak masak sambal ni kat dapur setiap kali? siapa yang kena kacau cili boh tu sampai pecah minyak? haa..bertuah kalau tak muka ni (sambil tuding jari kat muka sendiri ;p) so you should berterima kasih kat adikmu yang sorang ni dengan harapan kau belikan angah kamera sony okay? haha!:D

ini sambal sangat nostalgia! sob sob.T.T jemput makan ye cep!:)
 
owh lagi satu sebelum lupa. selamat hari guru untuk semua cepgu-cepgu diluar sana! jasamu tidak terbalas! terima kasih kepada cikgu2 yang tak kenal penat lelah mengajar saya daripada tadika sehingga habis diploma. tak bosan mengulang ajar untuk memastikan saya faham apa yang diajar. kepada cikgu2 yang menjadi warden di asrama, maafkan segala salah silap, kedegilan dan keras kepala si jehan ni. asyik 'terbang' je kerjanya masa kat asrama dulu ye. maafkan saya ye yang selalu skip ke surau masa kuliah subuh. sedap  sangat tidur sampai terlajak semua. isk.isk. nakal ni dia! tak lupa juga ucapan selamat hari guru buat rakan2 yang berjaya menjadi guru sekarang. wah2 korang nyanyi lagu guru la esok! 'kami guru malaysia~ berikrar dan berjanji~' ngehngehngeh. bukan cikgu je nyanyi, murid pun sibuk jugak. jehan suka part 'membantuuuu...membinaaaa...negara yang tercinta~' haa. kasi tarik sikit. kehkehkeh. ;p 
 
ingat lagi kenangan masa sekolah rendah! masa tu darjah 5 ke 6 kat sekolah telok mas. sebelum hari guru sibuk fikir hadiah apa nak bagi cikgu  masa hari guru nanti yep? tanya je mak dan jawapannya simple. sabun mandi. tak pun sikat. ada sekali bagi sikat kat cikgu Azlan (cikgu kelas darjah 5). sebab takda kotak kecik so masukkan la dalam kotak tisu. haa. ambik kau. besaar punya kotak! bila dah balut sure la sikat tu berjoget2 kalau goncang (si jehan ni pun bijak tak sumbat surat khabar banyak2 dalam kotak tu kan..) so the next day masa kat perhimpunan, kita and classmate ni semua excited la nak tau masing2 bagi apa. so si jehan ni malu nak cakap apa dia bagi, so she keep in silent. sekali member ni slumber je ambil hadiah tu dan goncang. keletak keletuk la sikat tu dalam kotak. lepas tu semua orang sibuk teka! haha. ada yang jawab betul tapi jehan still senyap. tak bagitau apa2. haha! funny je! lagipun rambut cikgu tu jarang2 je. kita bagi sikat perempuan yang bulat tu. adeeh! hihihi ;p mesti isteri dia pakai kot. 
 
tapi kalau nak cerita 'HADIAH APA PALING FAMOUS DI HARI GURU?' jawapan dah tentulah sabun mandi!! haha. ni sure hadiah tradisi dari generasi ke generasi tanpa ragu! lagi2 bila ada kedai sendiri ni kan.. senang je nak detect. bila nampak muka2 budak kecil datang kedai and beli sabun mandi, nanti si jehan ni rajin la tanya..'nak buat apa sabun ni?' 'nak bagi cikgu.hari guru..' sah! hadiah bergenerasi. kepada rakan taulan yang bagi cikgu2 kita hadiah sabun dulu, esok turn korang pulak la dapat sabun. jimat stok sabun tahun ni! kehkehkeh.;) rindu nak pergi sekolah. pakai uniform. 1 je tak suka. bangun pagi2! adoi..every morning bangun pagi rasa nak menangis je! bila la nak besar..bila la nak besar! cakap dalam hati. ni dah besar dia sibuk nak pergi sekolah balik. hehe. hoish! saya nak jumpa classmate yang sorang tu je! wakakaka! gatal kemain!:D jom2 jaga class. cikgu ada meeting!;p 

so untuk guru2, selamat hari guru.
untuk cepkuh, selamat menyambung kursus. hari minggu pulang ye!:)
buat saya, sila kerja rajin2, kawal emosi, dan rajin2 update blog.
 
till my fingers meet keyboard again. :)
(^^,)V

3 comments:

  1. selamat hari guru... teringat zaman dulu aku pernah pancitkan tayar cikgu pendidikan jasmani aku

    ReplyDelete
  2. pewit2 sambal ikan bilis..i loike! buatkan utk saya boleh? hahaha

    follower saya? amek award sini meh

    http://maladagreat.blogspot.com/2010/05/sila-ambil-award-anda.html

    ReplyDelete
  3. cepat2 la kawin..leh duk lumut ngan family aku hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails