Tuesday, September 28, 2010

10 cara menjadi jejaka kewl (cool)

wahai cek abang di luar sana anda digalakkan untuk membaca entry kali ni. cek adik pun boleh baca untuk info tambahan then lepas tu membebel pulak kat boipren apa yang mereka harus perbetulkan. ok? :)

okay. entry kali ni saya nak kongsi perihal lelaki. daripada dulu kan jehan duk sibuk post entry fasal lelaki contoh macam alert! alert wahai kaum lelaki!. bukan niat nak menyibuk atau dah takda kerja lain tapi cuma untuk menambahkan info sebab sharing is caring kan? saya bagi tahu pun benda yang elok. awak nak tahu awak baca. takmau tak paksa.eh  macam pantun 2 kerat je. hihi ^^

ada orang cakap (orang yang cakap bukan jehan cakap) kalau nak nampak kewl perkara terpenting rupa kena kacak macam

aaron aziz

rambut kena pacak macam

awal ashaari

badan harus sasa macam

jehan miskin




so tangga ke berapa saya boleh senaraikan nama boyfriend saya?


percayalah. walaupun anda dikurniakan dengan wajah begini

omg!

anda akan tetap dipandang kewl oleh semua orang kalau awak ikut 10 cara yang akan dikongsi nanti.

so teruskan membaca ke peringkat seterusnya, rakan-rakan!

10 cara menjadi jejaka kewl:

1) Bercukur selepas mandi. ini perkara asas untuk menjaga penampilan. jadi anda harus tahu waktu bila harus anda bercukur. SEHARUSNYA selepas mandi. kenapa? tak kira di bahagian mana sekali pun yang ingin anda cukur, pastikan proses ini dilakukan selepas mandi menggunakan air suam atau bersuhu sederhana kerana suhu air sederhana dapat membuka liang pori dan kutikel rambut menjadi lembut bagi memudahkan proses bercukur. lepas cukur pasti kamu nampak lebih kemas dan kacak. kalau malas bercukur? haa jadi la macam abang 'berambut' ni!!

 saya takut gambar ni! sumpah tak tipu!! O_o

2) Tukar sarung bantal & cadar. tahukah anda wahai wanita2 sekalian? dari sinilah kita dapat menilai tahap kebersihan boipren/suami kita. eh bukan kita. saya single lagi. hee ;p sesiapa yang mempunyai kaum lelaki yang rajin menukar sarung bantal dan cadar atau menitikberatkan aspek yang satu ini, anda sangat bertuah! kerana, lelaki paling malas bab2 kemas dan perkara yang ini. selagi tak berlumut cadar tu kirim salam la nak tukar. bagi anda yang mempunyai masalah kulit seperti 'kewlrap', 'pahnow' atau jerawat, perkara pertama yang harus anda buat ialah melihat keadaan tempat tidur anda. kalau cadar anda dan rupa kanvas tutup kereta dan sarung bantal macam atlas sila la tukar sebab kotoran dan bakteria senang membiak melalui aktiviti perpeluhan semasa tidur. tu baru tidur belum kira aktiviti makan, main video game, ting ting dan sebagainya. so tak heran kalau awak ada masalah kulit. mulai sekarang sila tukar dengan rajin!
3) sayangi wajah anda: apa ingat muka macam aaron aziz je ke yang kena sayang? yang macam muka khalid (tah khalid mana tah. rekaan semata-mata) diabaikan je? tak! walaupun tak kacak, sayangilah wajah anda kerana ianya kurniaan Illahi. setiap manusia mempunyai raut wajah tersendiri. so macamana nak sayang wajah? sentiasa peluk cium macam awak sayang emak awak? eh tak! macam ni.. setiap pagi selepas bangun dari tidur, cucilah wajah anda dengan air suam dan pencuci muka yang sesuai. urut perlahan ke seluruh wajah dan bilas. kalau yang jenis memang sayang tahap tangkap cintan dengan muka sendiri tu, pakailah penyegar lepas cuci muka, sapulah mosturizer dan pelindung sinar UV. ingat muka perempuan je ke kena pakai? laki pun harus tau! :)
4) bersihkan gigi! okay yang ni versi wajib. takdanya harus harus. WAJIB okay! saya cukup pantang kalau tengok muka kacak dah sekali tang gigi ada 'buttercup!' Allah. mati selera. jangan dibayangkan perihal bau mulut sumpah kau tak makan sehari temah! jadi tolonglah lakukan aktiviti memberus gigi diwaktu pagi, selepas makan atau kalau leceh kira petang je la dan di waktu sebelum tidur, malam. bagi yang hisap rokok memang dah sinonim dengan masalah gigi kuning (ada yang tahap berkarat oii) dan mulut berbau. dapatkan ubat gigi khas untuk menjaga penampilan gigi anda dan beruslah gigi anda seperti yang disyorkan. selain berus gigi, aktiviti 'floss' gigi lepas makan pun digalakkan bagi mengelakkan berlakunya insiden ada orang tegur 'halamak bang, gigi kau ada cili la!' malu sumpah malu! -_-" dan boleh juga menyegarkan nafas menggunakan pencuci mulut liquid (listerine la). so lepas ni even rupa tak berapa market korang still boleh berbangga dengan deretan gigi yang wah kacaknya! :))

5) syampu rambut. pernah tak korang pinjam helmet classmate lelaki yang sekali korang bau rasa macam nak muntah then hempuk3 kepala diorang dengan helmet tu sendiri sebab helmet tu bau kepaaaammmmm!! ni pengalaman saya. sadis! untuk elakkan perkara macam ni berlaku bukan setakat rambut berbau tapi masalah lain seperti kelimumur, kulit kepala gatal, rambut begentel macam bob marley dan rambut gugur sila syampu rambut anda 2 hari sekali atau bergantung pada aktiviti harian. jangan duk sibuk nak rambut kewl macam rambut awal  ashaari tapi hampeh bau mengalahkan bau seladang. take note.

6) gunting rambut. cara ni lebih kurang macam nombor 1. rambut pun menampilkan keperibadian luaran anda. kalau dah rambut macam mak dara (panjang berjuntai lepas paras lutut) apa yang harus kami panggil anda? tak perlu ke salon mahal pun. cuma pergi kedai gunting rambut yang dalam pondok kecil (biasanya kat kampung2 ada) asalkan anda tetap nampak kemas dan bergaya plus kosnya murah je kan?

7) diet sihat. masa awak tengah baca entry ni, cuba lihat di bahagian perut anda. barapa petak awak ada? takda? jangan sedih. petak tu tak penting pun. yang penting perut anda tak nampak macam ibu-ibu mengandung! mulai hari ni amalkan pemakanan yang seimbang! kurangkan makanan yang berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. bukan sahaja untuk perut dan saiz badan tapi juga untuk muka! tahukah anda kebanyakan masalah kulit muka seperti jerawat dan kekusaman adalah disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang?? tak tau??? jehan bagitau sekarang. so take note!

8) Senaman. ini pun penting untuk meningkatkan keyakinan dalam diri sendiri selain untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan fit. lakukanlah senaman yang bersesuaian dengan anda seperti berjoging, futsal, berenang, mountain bike dan sebagainya sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. badan sihat minda cergas kan? :)

9) Minum air. bagi anda yang biasa bekerja di dalam cuaca panas, badan sering mengeluarkan peluh, aktif bersukan, kerap minum minuman berkafien, anda disarankan untuk banyak minum air masak (plain water) kerana badan anda akan senang kehilangan bekalan air dan terhidrat. ini boleh mengakibatkan kulit anda kelihatan kusam, pucat dan kering. oleh itu untuk mengelakkan daripada terjadinya masalah hidrat dalam badan anda digalakkan minum paling kurang 8 gelas air putih sehari selain untuk mengekalkan tahap keanjalan kulit! toingggg~! :p

terakhir:

10) Tidur yang cukup. yang ini pun jehan sangat titikberatkan! tak kira siapa jehan sentiasa pastikan mereka tidur cukup! (yang ni dikredit untuk bacaan cep) orang dewasa memerlukan 8 jam sehari untuk dikatakan mereka tidur dengan cukup. kerana sekiranya badan anda tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup ianya dapat mempengaruhi aktiviti harian anda. keletihan boleh mengakibatkan masalah lupa. tidur yang lambat boleh meningkatkan berat badan tanpa anda sedari! dan badan yang tidak mendapat rehat secukupnya mudah diserang penyakit berbanding  mereka yang mendapatkan rehat yang maksima! jadi apa lagi incep! make sure tidur kamu cukup  ye! :)
selain tu ada juga info tambahan yang pada jehan boleh dijadikan car untuk menjadi lelaki yang kewl. antaranya:

- berpelajaran. zaman sekarang wanita menjadi lebih demand untuk memilih pasangan hidup. jangan kata wanita yang berpelajaran tetapi wanita yang kurang berpendidikan tinggi juga lebih cenderung untuk memilih lelaki yang berpendidikan tinggi dan mempunyai profesion untuk menjamin masa depan yang lebih baik. jadi tunggu apa lagi? isikan otak anda dengan ilmu! :)

- nilai moral yang tinggi. sangat tak kacaklah kamu kalau tak mempunyai nilai moral di dalam diri sendiri seperti menghormati orang tua, bersopan santun (apa ingat perempuan je ke yang kena ada sifat ni?) pandai bergaul dengan orang ramai (takdalah si jejaka setakat duduk belakang si wanita kalau menghadiri apa2 majlis keramaian) dan sebagainya.
- bersih luar dan dalam. kalau kamu setakat rajin tukar cadar dan sarung bantal, syampu rambut 2 jam sekali, gosok gigi 12 kali sehari tapi masih mempunyai hati dan nilai2 murni yang dibawah garisan kuning (dah macam rancangan biggest loser asia pulak ;p) kamu tidak boleh dipanggil jejaka kewl ok? jadi berubahlah daripada sekarang. yakin!

- keyakinan itu penting. ini yang terakhir. pernah tak tengok model yang berjalan segak di atas pentas peragaan? tak pernah? okay maybe tu susah. tapi pernah tak kamu tengok di saat boipren kalian berjumpa kedua orang tua kamu? bagaimana cara si dia berdepan dengan mereka? penuh keyakinan atau pegang gelas pun menggigil?soo kamu pun boleh bayangkan bagaimana perbezaan antara mereka yang berkeyakinan dan tidak, dalam melakukan sesuatu perkara baik daripada segi penilaian orang atau hasil kerja mereka sendiri. so awak rasa yang mana nampak kewl?? :)

jadi tunggu apa lagi?
lakukanlah perubahan kepada diri anda sendiri dan orang sekeliling. 
jangan jadikan rupa paras sebagai penanda aras kepada sesuatu kejayaan dan kegagalan.
bangkit! semua orang boleh kewl, what?

(eh ni dah macam topik 'cara mencari jejaka yang kewl' bukan 'cara menjadi jejaka yang kewl' je? haha! :D)

with bunch of love,
jehan 
(^^,)V

4 comments:

  1. no. 7, 8 dan 10. sayep masih belum berkesempatan la. jadi sayep belum kewl la neyh?? huhu tp perut sayep ade petak, satu petak jep. haha. tapi tade la samapi cam jadi poket doremon huhu

    ReplyDelete
  2. wow.. byk tue.. pnt nk baca.. tp aku pun cerewet..

    ReplyDelete
  3. terima kash...skrng br paham

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails