Showing posts with label tools. Show all posts
Showing posts with label tools. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

hadiah birthday

assalamualaikum wbt.

Good morning semua! :)

Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan kamuuu~
Allah selamatkan Nurjehhan Zakaria~
Allah selamatkan kamuuu~
yeay!

eh dah bulan Mac la. hihi Tak kisah la!
Even birthday dah tertinggal jauh di belakang jehan still nak cerita pasal birthday!

Kalau cerita pasal birthday, semua orang mesti tak tertinggal nak cerita pasal hadiah, kan? Jehan pun macam tu!! Apa jehan dapat untuk hadiah harijadinya tahun ni? Ahah!

Walaupun harijadi saya jatuh pada bulan Februari, tapi hadiahnya jehan dah dapat pada bulan Januari lagi. Terima kasih melimpah ruah kepada adik tersayang, Mahirah. Jom cek gambar sebelum cerita detail lagi. :)

daripada apa yang awak lihat, mula dari kiri:
  • straight needle
  • bamboo double pointed needle
  • bamboo double pointed needle
  • bamboo crochet hook
Hadiah ni boleh didapati di Daiso, Japan Sunway. hehe. Kat Melaka awak boleh cari di Dataran Pahlawan Mega Mall atas Al-Ikhsan. Kalau kat KK awak boleh cari di 1Borneo. Okay?

Kalau dah nama knitters/crocheters, mereka akan melompat riang kalau dapat tools macam ni. Apa lagi, TERIMA KASIH UDEEEEEEEEEEEEEEE!! Next year bagi yang gempak lagi! haha :D

Next!!

Tahun ni merupakan tahun mendapat hadiah terbaik! Selain dapat jarum, jehan juga dapat buku memasak daripada insan yang inginkan saya menjadi isteri yang pandai memasak pada masa hadapan! ahakss!(pelaburan yang bijak ni!) ;)

Jajaaaang~

1resepi 1hari.
Selamat mencuba, Jehan! :D

Jehan bukan dapat hadiah je tapi dapat orang sekali!! Owh terkezut orang jauh balik dihari jadi sayep! sesukekekekeke taw! Anyway terima kasih untuk buku dan diri sendiri ye cep.. Syukur kegembiraan di bulan Februari yang diharapkan menjadi kenyataan akhirnya! yeay!

syukur syukur syukur!

Okay.Tu je buat masa ni. InsyaAllah kalau ada kesempatan jehan share lagi okay?


lots of love,
jehan@jojie
(^^,)V

Friday, January 14, 2011

yaww!! suka sangat, kot!

assalamualaikum wbt :)


Tadi mata rasa nak tidur tapi teringat siang tadi ada perkara seronok yang nak share sama2 dalam blog. So bangun semula dan capai notebook.


Jadi apa yang seronok sangat sampai tak boleh tunggu esok je?  Bukan tak boleh tunggu esok tapi masalahnya esok kalau sibuk kat kedai, saya dah takda masa nak tulis blog lagi. Mesti akan bertangguh-tangguh dan jawabnya post ni akan tersadai sebagai draft dan lebih malang sekali diabaikan dilain masa. So sementara ada masa ni curi2 la tulis blog. okay? :)


Pagi tadi lepas balik dari beli barang keperluan untuk kedai, masuk je dalam kedai mak tanya siap2 'angah ada barang baru sampai dari Hong Kong. Angah ada join sindiket mana2 ke?'


ERK??

Apekah??

Sindiket?? sambil muka blur gila cuba tangkap lawak apa mak buat ni??

Kelam kabut cari parcel yang dimaksudkan dan tengok. Teliti dalam2 konon mata boleh scan apa ada dalam bungkusan. sengal

Fuh hembus nafas lega. Tertulis disitu : knitting needle! Thank God!

Gua pun cuak beb. Maunya dadah ke mana kita tau..kan? Dah la kerap sangat beli barang dari luar.. Mana tau orang dapat trace nama and alamat pastu orang tu nak nganjen kita ke.. Hesh imaginasi di luar kawalan. Shuh!

Alahai mak yang comel. Dia nak buka bungkusan anaknya rasa macam tak sedap agaknya kan. So dia tunggu la si jehan ni balik. Sementara tunggu jehan balik tah macam2 keluar dari kotak fikiran dia.

Apa barang ada dalam tu?
Angah beli apa ek?
Sape yang hantar?
Jauh tu...Hong Kong.. Ntah2 barang tak elok kot?
Angah ni berurusan dengan sapa lah..

hehe. :)

Rupa2nya circular needle angah beli dengan kak Ery hari tu la mak.. Dah sampai pun hari ni! Seronok tak terkata-Lah! Sampai agak cepat daripada yang dijangka - which is good! ;) i loikeee~ Dah duk belek2 jarum tu so far teruja , puas hati and kagum. Siapa boleh sangkal kualiti barangan yang dibuat dari Germany put up your hand? hehe. So meh jojie nak share some pic..

mata bercahaya tatkala terlihat bungkusan ni! 8)
*teringat katun Paddington Bear. Parcel dia selalu penuh dengan setem*


oh baby.. come to mama! hiks ;)

Biasanya bila ada barang baru, orang tu biasanya ada plan baru untuk projek baru kan? ngehngeh. So cerita jehan disini cam sama je lah kan...? hahaish. Korang takda rasa nak tanya ke apa my next project after current project ni? hehe Jarum dah gempak 3 saiz with 40" cable. Sure besar punye! hehe



Okay2 jehan cerita. My next project will be this:


cool cardigan

Cool, kan? yes jehan sangat cerewet dalam memilih pattern and design cardigan. Nak cari pattern untuk cardigan ni ada la dalam 2 ke 3 hari and finally me jumpa. Thank you so much Pickles! Kalau awak pun rasa cardigan ni cool habes and nak knit satu untuk your own, i'm feel so glad to share with you all sebab sharing is caring, kan? Awak2 yang comeloteh boleh dapatkan pattern dengan klik SINI.


Kalau nak kait cardigan perlu ada benangnya. Awak comeloteh tak tau nak beli benang kat mana? hah klik sini pula untuk benang. Cerita pasal benang jehan pun tengah tunggu benang. Baru je order and benang tu sekarang atas kapal nak dipos ke sini. hehe sangat excited taw! :D

Eh duk membebel je sampai lupa nak bagi tahu yang jehan beli circular needle tu melalui bantuan kak Ery daripada Da'knit. Kalau bab buku mengait, pattern, tools or kits, awak semua boleh minta tolong kat Kak Ery yang baik ni tau. i recommend! ;) Atau boleh email beliau di  Sindarery@gmail.com.


Confirm dapat feedback positip! hehe Tanyalah segala soalan mengenai benang, kits, patterns korang takkan menyesal!

Wish me good untuk project cardigan ni, okay? Untung kalau dah superb nanti awak yang comeloteh tu boleh tempah. hehe

I got my own. Kamu bila lagi? ;)


That's all for now.

Till my fingers meet keyboard again.
Salam sayang dari Melaka.
jehan@jojie
(^^,)V

Wednesday, December 22, 2010

crochet: i got my own 2

Hai hai. Rasa macam tak membakar kalau setakat upload satu ke dua picture. I nak goda you all semua pergi ramai2 beli tools ni so duit kita habis pun sama2. haha!




Ni jujie nak post lagi mengenai tools/kits yang jujie ada beli kat Da'Knit hari tu. Makin banyak gambar makin senang nak bakar semangat membeli. Ye tak?




Meh jujie share. tak kedekut bab kongsi ni. Sharing is caring babe. :)


okay kita start daripada ianya sampai. Jujie kat dapur doing women-should-do things. Masak la weyh! Then nobody dare to open this parcel. haha.
from USA. jauh tu!





knitting kits

look at all needles. Kaler kaler tu bisa aja menggoda nafsu untuk mengait! -_-"
kat mesia takda okay!(atau jujie tak jumpa lagi.??)

boye kalau translate jadi 'boleh'.(suka hati kau je jujie)
so bunyinya boye ke tak boyeee??

go jojie. i know you boyee!!




Agak agak dah pos gambar banyak2 ni boleh bakar semangat membeli korang yang mampu membakar duit korang sekali tak? hihi. Again jojie ingin menekan di sini. KALAU BELI TAK NYESAL salmah!


Tapi jangan lupa tanggungjawab:
- kalau student jangan lupa belajar
- kalau wife jangan lupa masak jaga anak kemas rumah atau suami kau lempar semua keluar rumah!
- kalau pekerja, jangan lupa toleh2 belakang silap2 bos korang tengah duk tenung kau yang tak sudah2 mengait. hihi


okay tu je sekarang.
till my fingers meet keyboard again.
lots of love,
nurjehhan@jojie
(^^,)V

crochet: finally i got my own.

oh my. rasa macam awkward je handle blog sendiri. lama kot tak update. actually banyak gila project nak post tapi lately kesempatan tu lari tah kemana. But jujie try her best untuk update juga even rasa 'grrr~ malas banget .....'-_-"


okay lets continue.




Ahah! ada tak jujie share yang dia ada order tools/kits untuk knitting and crochet? Oh My Oh My. I already have it. Thanks kepada Da'Knit kerana promo kits tu, handle all my order, payment, postage and segala-galanya-LAH sampai la produk tu tiba dengan selamat. Sejuta pujian atas service yang excellent. 3 kali services kamu bagi kat jujie dan takda rasa regret. Langsung takda tau. Haa kembang la tu. Kembang laa. hihi!^^





So this kits/tools jujie terima about 3 or 4 days ago. All about this kit's info, kamu semua boleh check di sini. Apa yang jujie boleh nilai, every product yang jujie pernah beli daripada Da'Knit tak kira produk tu daripada yarnshoponline.com ataupun produk orang lain cuma Da'Knit jadi orang tengah yang handle semua proses pembelian, semuanya tip-top. Again to u, Thanksss!!





kits.
[hari ni internet agak cemerlang mengupload gambar penuh kelajuan. bedezup dezaap!]






Seriously jujie tak pandai nak shopping for wedges, dresses, handbag and all kindda stuff like that. Tapi bab beli barang untuk jari menari ni jujie jamin duit *gaji boleh habis kerananya.
*selepas ditolak bayar hutang ptptn, kereta, asb etc. kedekut tetap kedekut beb.



So, kepada sesiapa yang baru nak menerjunkan diri dalam bidang ni, anda dipersilakan. Sekali dah pandai, anda takkan menyesal. It's FUN babe >.<



I'm a knitter, I'm okay (perli ayat i'm a gay i'm okay. setupid okay!)


So, i got my own tools. kamu?



That's all for now. I banyak lagi nak campak cerita. kamu semua tunggu je-LAH!

Till my fingers meet keyboard. again.
lots of love,
nurjehhan@jojie.
(^^,)V
salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails