Showing posts with label cardigan. Show all posts
Showing posts with label cardigan. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

The best cardigan ever

Assalamualaikum wbt.

Hah see? Kan I dah kabor. Sejak start blogging semula semangat semacemss je sikit-sikit nak post. Ken? HAHA!

OK. Ni entry segera that's why update kat henpong je.

Hey, pernah tak kita terfikir kalau sebelum ni cari cardigan ada kalanya susah nak penuhi taste kita? Pernah tak? I selalu kot rasa macam tu. Geh! Geram je.

So I baru tersedar sebenarnya ada something yang dapat gantikan gaya cardigan gigirl yang lame kepada sesuatu yang pada I ianya memenuhi citarasa dan bagus sebab every month I ada masa suka pakai bukan yang cantik tapi 'selesa untuk dipakai' punya mood. Gigirl lain ada rasa macam tu tak bila PMS serang? Mesti adeeeeee. Ngeh2.

Ok so apa yang I maksudkan ialah BOYFRIEND SHIRT.

Bukan t-shirt tau tapi kemeja. The reason why, sebab kalau cardigan sometimes terlalu ikut bentuk badan, agak mencerap kat badan dan materialnya agak tebal. I rasa gantikan dengan boyfriend shirt is the best choice sebab longgar (kalau pilih yang biasa takde fit2), boleh pilih jenis cotton (I ada jumpa 1 kat FOS. New arrival. Kain dia memang umph! selesa!) Tambah-tambah sekarang suhu bumi makin meningkat. Kalau cotton sangat selasa sebab serap peluh, ventilation system pun bagus (angin senang keluar masuk vus vus gitu)  HAHA. DAN! yang penting untuk I ianya jenis boleh masuk dengan mana-mana mood I either PMS atau normal. Lol.

So apa lagi. Kalau ada husbeng atau boyfie yang berkemeja (bukan kemeja uniform seragam pulak!) yang saiz lebih kurang, yang dorang ada plan nak campak dah, boleh la minta belas kasihan. Boleh jimat weyh! Kihkih. Sambil-sambil boleh lepas rindu gittew shiom-shiom. Bahahahahahaha

Ok2. Dah nak merepek dah ni.

I think i've to go.
See you again next time.
TATA.
Salam, jehan.

Sunday, July 24, 2011

lagi keberjayaan jari menari



Assalamualaikum wbt.


Hai sekalian sayang sayang! :)  Awak tunggu cardigan saya? Thank you so much. Seperti yang telah dijanjikan setelah siap mengait cardigan sendiri buat kali pertama saya nak kongsikan bersama kan? So, here it is. It takes about 4 months to be done!!! OH MY OH MY~ The project can be faster if I am truly deeply madly full time knitter. Ha tengok! Dia macam nak mengeluh tau. Hep hep. Namo okay. :)


Alhamdulillah akhirnya cardigan ni berjaya disiapkan dengan cemerlang. Cewaah! haha ;p


 FRONT VIEW.

BACK VIEW.


GEDIK VIEW. Hep!
(tolong ignore segala baju love love tu.isk.-_-")


ZOOMING.












Terima kasih banyak kepada follower yang setia menanti hasil cardigan ni :') Secara tak langsung anda dapat menaikkan lagi semangat saya yang kadang2 malas gila nak mengait dan mendorong saya menyiapkan projek yang satu ni. Akhirnya siapkan jugak, kan? :)


So tu je untuk kali ni. Bila ada kegembiraan lagi akan saya kongsikan. InsyaAllah.(kan kerja membuat orang gembira tu satu pahala)


Oh. Thanks kepada mereka-mereka yang selalu membuatkan hari-hari saya sangat gembira! mwahx! Big hugs and kisses from me to you. LOVE you, supporters!

Till my fingers meet Mr.Keyboard again.
Jojie@jehan musyup masyammm.
(^^,)V

Thursday, June 30, 2011

cardi in progress

Assalamualaikum wbt :)

Morning everyone!



Mesti ada yang tertanya dah sampai mana la si jehan kait cardigan dia. dah rupa apa la. Heh. Okay ni jehan nak share APE CER cardigan dia. Ummm kalau nak cerita bab berapa peratus dah siap, dianggarkan 60 peratus dah siap (gila slow mengait. i wish i'm full time knitter! T_____T) Tapi alhamdulillah semangat mengait cardi ni sentiasa membara!

This is upper section. part yang paling mencabar (3hari 2 mlm study pattern woo!) Thanks to kak Ery. Love u sis :')



Dalam masa yang sama jehan kait ni!!
 Ahah just guess who am i. Hehe. suka2 kait ni sebab kadang2 boring kait cardigan nan gabak tu. Sesekali nak jamah mata dengan warna benang dan saiz jarum yang berbeza.


Tunggu hasil knitting saya okay. Wish me luck dan rajin super duper selalu.

Lots of love,
jehan@jojie ^^,V
Assalamualaikum wbt..

Wednesday, May 4, 2011

my own cardigan project part II.

salam.

Jojie nak update gambar terbaru untuk projek cardigan yang jojie kait. Klik SINI untuk post pasal projek cardigan ni awal-awal dulu. :)

Jojie nak mintak maaf sebab tak menyempat nak share berita terkini perkembangan projek cardigan yang satu ni. T.T Paksa jugak diri untuk update blog. Curik waktu tidur kejap dan confirm esok tak joging barai atas katil claim tido. haha! Alhamdulillah semua berjalan bagus aje. Disebabkan order daripada customer come 1st so cardigan ni terpaksa ditolak tepi dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. So far takda masalah untuk kait cardigan sebab jojie pilih pattern paling simple untuk 1st cardigan. InsyaAllah next cardigan pattern lebih complicated jadi pilihan. :) Setakat ni jojie boleh kata cardigan dah sampai ke tahap 60% siap. Doakan kerajinan dan kesabaran sentiasa ditahap memberangsangkan okay? Sokongan daripada follower sangat diperlukan. Terima kasih semua! :)

So meh tengok gambar terkini projek cardigan.


 jojie panggil ni pattern siput sebab nampak macam siput. awak? cepat berimaginasi~ ;p



Hee.. That's all for now. Nanti dah kait lagi, jojie share more and more and more sampai siap okay!! Jangan lupa tau. Sila sokong saya! Umm! Sayang sume sume kamoo!

Lots of love,
jehan/jojie
(^^,)V

Thursday, March 10, 2011

thanks Ekah

assalamualaikum wbt.

Okay. Agak blur nak mula tulis blog macamane.isk. Jehan start macam ni je k? hehe.

About month ago kawan jehan, Ekah ada order meow. 4 ekor. yang menariknya keempat2nye berwarna pelik! Colorful gituh! hehe. Anyway this is for you yang! Thanks a lot sebab order.















nasib baik la kawan sorang ni paham dengan situasi dan keadaan jehan yang 'i am NOT fulltime knitters!' Terima kasih sebab sabar tunggu ye!^^

Oh! Bukan ni je! ada free gift skali tau! Ekah dapat empat biji stobery! suke tak suke tak? hehe.

Ada lagi best! Ekah order 7 ekor meow2 lagi lepas ni! Terima kasih banyak2 ye Ekaaaaah!
Okay sampai sini dulu jehan nak cerita.

eh! kejap kejap! nak khabar yang sekarang ni jehan dah mula kait untuk projek cardigan tau!


tralala~!
wish me luck for this project!
kesabaran tunggak utama! hehe

Okay thats all for tonight. Good night semua! sleep tite2 without mosquito bite, ngap!

with lots of love from my big hug to you,
jehan@jojie
(^^,)V
assalamualaikum wbt..

Friday, January 14, 2011

yaww!! suka sangat, kot!

assalamualaikum wbt :)


Tadi mata rasa nak tidur tapi teringat siang tadi ada perkara seronok yang nak share sama2 dalam blog. So bangun semula dan capai notebook.


Jadi apa yang seronok sangat sampai tak boleh tunggu esok je?  Bukan tak boleh tunggu esok tapi masalahnya esok kalau sibuk kat kedai, saya dah takda masa nak tulis blog lagi. Mesti akan bertangguh-tangguh dan jawabnya post ni akan tersadai sebagai draft dan lebih malang sekali diabaikan dilain masa. So sementara ada masa ni curi2 la tulis blog. okay? :)


Pagi tadi lepas balik dari beli barang keperluan untuk kedai, masuk je dalam kedai mak tanya siap2 'angah ada barang baru sampai dari Hong Kong. Angah ada join sindiket mana2 ke?'


ERK??

Apekah??

Sindiket?? sambil muka blur gila cuba tangkap lawak apa mak buat ni??

Kelam kabut cari parcel yang dimaksudkan dan tengok. Teliti dalam2 konon mata boleh scan apa ada dalam bungkusan. sengal

Fuh hembus nafas lega. Tertulis disitu : knitting needle! Thank God!

Gua pun cuak beb. Maunya dadah ke mana kita tau..kan? Dah la kerap sangat beli barang dari luar.. Mana tau orang dapat trace nama and alamat pastu orang tu nak nganjen kita ke.. Hesh imaginasi di luar kawalan. Shuh!

Alahai mak yang comel. Dia nak buka bungkusan anaknya rasa macam tak sedap agaknya kan. So dia tunggu la si jehan ni balik. Sementara tunggu jehan balik tah macam2 keluar dari kotak fikiran dia.

Apa barang ada dalam tu?
Angah beli apa ek?
Sape yang hantar?
Jauh tu...Hong Kong.. Ntah2 barang tak elok kot?
Angah ni berurusan dengan sapa lah..

hehe. :)

Rupa2nya circular needle angah beli dengan kak Ery hari tu la mak.. Dah sampai pun hari ni! Seronok tak terkata-Lah! Sampai agak cepat daripada yang dijangka - which is good! ;) i loikeee~ Dah duk belek2 jarum tu so far teruja , puas hati and kagum. Siapa boleh sangkal kualiti barangan yang dibuat dari Germany put up your hand? hehe. So meh jojie nak share some pic..

mata bercahaya tatkala terlihat bungkusan ni! 8)
*teringat katun Paddington Bear. Parcel dia selalu penuh dengan setem*


oh baby.. come to mama! hiks ;)

Biasanya bila ada barang baru, orang tu biasanya ada plan baru untuk projek baru kan? ngehngeh. So cerita jehan disini cam sama je lah kan...? hahaish. Korang takda rasa nak tanya ke apa my next project after current project ni? hehe Jarum dah gempak 3 saiz with 40" cable. Sure besar punye! hehe



Okay2 jehan cerita. My next project will be this:


cool cardigan

Cool, kan? yes jehan sangat cerewet dalam memilih pattern and design cardigan. Nak cari pattern untuk cardigan ni ada la dalam 2 ke 3 hari and finally me jumpa. Thank you so much Pickles! Kalau awak pun rasa cardigan ni cool habes and nak knit satu untuk your own, i'm feel so glad to share with you all sebab sharing is caring, kan? Awak2 yang comeloteh boleh dapatkan pattern dengan klik SINI.


Kalau nak kait cardigan perlu ada benangnya. Awak comeloteh tak tau nak beli benang kat mana? hah klik sini pula untuk benang. Cerita pasal benang jehan pun tengah tunggu benang. Baru je order and benang tu sekarang atas kapal nak dipos ke sini. hehe sangat excited taw! :D

Eh duk membebel je sampai lupa nak bagi tahu yang jehan beli circular needle tu melalui bantuan kak Ery daripada Da'knit. Kalau bab buku mengait, pattern, tools or kits, awak semua boleh minta tolong kat Kak Ery yang baik ni tau. i recommend! ;) Atau boleh email beliau di  Sindarery@gmail.com.


Confirm dapat feedback positip! hehe Tanyalah segala soalan mengenai benang, kits, patterns korang takkan menyesal!

Wish me good untuk project cardigan ni, okay? Untung kalau dah superb nanti awak yang comeloteh tu boleh tempah. hehe

I got my own. Kamu bila lagi? ;)


That's all for now.

Till my fingers meet keyboard again.
Salam sayang dari Melaka.
jehan@jojie
(^^,)V

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails