haaaaa~ mengeluh panjang2!! penat rasanya seharian kerja dibulan puasa. lemau je. bak kata mak 'biasalah kalau jadi perempuan..kat rumah kerja, kat tempat kerja lagi la kena kerja.' yup. bila fikir balik memang betul pun. takpa. bersyukur dengan semua keadaan. :)
so bila cerita pasal kerja, perempuan tak pernah lekang sehari kalau tak cerita tentang kerja yang satu ini - daripada hari saya kenal apa itu pisau, kuali senduk kunyit dan segala peralatan dan bahan memasak sehingga hari ni, saya bersyukur sebab start darjah 5 ayah dah garang suruh jujie ke dapur tolong mak masak. dalam masa yang sama, automatically otak saya dah menyerap segala ilmu dan mencuri skill2 memasak dari ibunya. ngehngeh ;p mekaseh mak!
bulan puasa ni bukan setakat mak je pening kepala nak masak menu apa untuk sahur dan buka tapi dengan si jujie sekali jadi biul. mana taknya setiap kali mak tengah pikir nak masak apa la masa tu dia tanya saya. haha! jawapan dah tentu la yang paling simple! simple bukan sebab malas tapi sebab makin berat makanan yang diambil, makin banyak
ah membebel je. nak kongsi lauk sahur sebenarnya ni!! macam biasa la kan. ringkas menjadi keutamaan.
PARU GORENG BERLADA
bahan - bahan:
paru lembu (rebus dan hiris nipis)
cili merah, bawang merah, bawang putih (ditumbuk halus)
sos tiram
secubit garam
cara memasak:
goreng paru sehingga kering kemudian ketepikan.
tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. masukkan sos tiram 2 ke tiga sudu.
masukkan secubit garam. terakhir, masukkan paru yang telah digoreng. gaul rata dan nah! sedia dimakan. :)
IKAN PEKASAM
alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. ada orang tak tau apa tu ikan pekasam. haa ni la diaa!
tapi sekarang tak payah seluk sampai pangkal lengan sebab boleh je buat ikan pekasam dalam tupperwear. kihkih :p
tengok!
pada siapa yang tak pernah tengok rupa ikan pekasam, ni la ikan pekasam mentah.
nak masak menu ni senang je. cuma perlukan:
ikan pekasam
bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah/hijau (semua dihiris)
sedikit garam dan sos tiram
cara memasak:
goreng ikan pekasam dan ketepikan.
tumis bahan yang telah dihiris. apabila dah naik bau, masukkan sedikit sos tiram dan garam.
kemudian masukkan ikam pekasam dan gaul rata. ataupun tuangkan bahan2 ke atas ikan.
senang dan cepat kan?
selamat mencuba!
buka puasa ni aku jarang berbuka ngan nasik..mak ngah asyik masak mee aje
ReplyDeletesamala.
ReplyDeletesini pun tak buka nasi. time sahur je wajib nasi.
sayep pong. sayep pong.
ReplyDeletealamak.. terliur la plak...
ReplyDelete