Thursday, June 17, 2010

hadiah!!

hoi hoi! sapa yang tak suka kalau dapat perkataan di atasss! lagi2 kalau pagi lagi ada suara lelaki telefon:

" hello selamat pagi cik. ini cik nurjehhan binti haji zakaria ke?
saya dari pos laju. cik jehan ada 1 bungkusan dari ****..."

hoaaa. itu paling bahagia la. tapi ni bukan nak cite hadiah datang dari poslaju. tapi hadiah yang diberi dari orang yang tak disangka akan bagi hadiah yang tak disangka tu. korang faham tak ayat tu? ala.. ulang lagi. maksudnya seseorang yang tak disangka akan bagi hadiah untuk awak, dan tak sangka dia akan bagi barang tu sebagai hadiah di masa2 anda tak patut terima hadiah. maksudnya takde hari2 special kau dapat hadiah la senang cakap. ;p

jadi nak dimulakan cerita, semalam, semasa kerja waktu petang, tengah mengantuk (memang hari2 ngantuk pun) ayah balik dari beli barang untuk kedai. daannn suddenly, ayah dengan muka takda emosi bagi bungkusan plastik yang berisi...

JAJAAAAAAAAAANG!!!

toolbox

okay. maybe ada orang just cakap dengan nada boring "okay. it's just TOOLBOX". tapi apa yang si jehan ni cakap " hoaaaaaa..TOOLBOOOOX!!!!" (baca dengan nada sangat sangat sangat sangat teruja tau!) 

yep. mungkin pada seseorang ianya cuma toolbox. tapi pada saya, ianya toolbox yang diberi oleh orang yang saya tak sangka dia akan terfikir toolbox tu sangat penting untuk saya dan dia tau saya amat amat amat perlukan buat masa sekarang. " ayah, mana ayah tau angah nak sangat guna toolbox ni?" dan jawapan ringkas " isi semua jarum dalam tu." haha. funny la. jawapan tak kena dengan soalan la ayah. actually si jehan ni baru plan nak guna toolbox untuk isi segala barang2 knitting, sewing segala bagai lorat kecik tu. kalau takda toolbox, semua bersepah dalam kotak. awak boleh bayangkan tak barang yang bersepah dalam kotak? pastu bila masa nak guna, semua barang dalam kotak tu dicampak-campak untuk dapatkan barang yang satu tu. (okay tu tak betul)

sangat tangkap emosi semalam. saya baru dapat toolbox! tak sabar tunggu pukul 10 malam! nak isi segala barang2 craft. oh! kalau nak tau segala ciri2 toolbox yang saya nak semua betul. tip top. purrrrfect!

warna biru. kalau pink lagi puurrrfect!*sejak bila kau suka pink haa??*
see. ada tingkat2. aaaa..big hug untuk ayaah!*hug kat blog je. dunia realiti sangat malu*:p

naah. dah dapat toolbox, apa tunggu lagi. sumbat dan sumbat la sampai penuh!

macam biasa. barang wajib ada: butang. kaler2, i suka :D

loceng cing cing. saya mula cinta objek ni.

star beads. dapat kat daiso japan. kawai!

jangan tunjuk ni depan saya. sanggup habis puluhan RM untuk borong semua. T.T

hah amek kau. sampai tak cukup ruang dah. semua kau tuang. sob.

lure&worm. okay jom mancing. :D
dah penuh.

jadi, semua barang craft ada di dalam 1 bekas. senang nak bawa ke mana2, takda hilang, tercicir atau salah letak dan yang penting takda siapa yang bakalan dicucuk jarum saya yang tertinggal kat mana2! ;)

cuma mau ucap 1 ayat

oh ayah.. i love youu~

jangan sangka sesuatu barang yang nampak remeh tak boleh dijadikan hadiah. see, toolbox pun boleh turn mood dan keadaan seseorang daripada suram jadi melompat2 riang. cuma TOOLBOX saja yep!

ohh.. siapa sangka. so fikirkan la apa seterusnya barang remeh yang boleh dijadikan hadiah istimewa untuk orang kesayangan ;)

sebelum lupa. tadi sibuk duk google for japanese cotton. jumpa 1 page ni. kain memang menarik. cute cantik dan sangat sesuai buat stuffing toy. tapi terkejut sangat bila tengok ada 2 ke 3 kain yang sama macam kain baju kurung cotton my youngest sis. sebijik kau! kat nagoya cuma RM 2.50 semeter tapi bila dia jual on9 semula, main tu jadi RM 8/meter. aaaaaaaaaaaaaaaa...terkezuut! mark up hebat2. so sapa yang suka beli on9 ni jaga2 la. sebab barang on9 ni tak semua murah. double cek okay?

oh sebelum lupa lagi. tadi pergi kerja bawa la toolbox yang dah penuh sarat tu. ayah sapa : " isi apa dalam tu? bukak la ayah nak tengok." hehe. (dalam hati sendiri...)" sweet je ayah ni la!" :)))

umm. tu je untuk entry kali ni.
nanyte.
till my fingers meet keyboard again.
(^^,)V
with love, 
jehan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails