Saturday, February 27, 2010

mari kurus dan tips.

nowadays..ehem..salam kau mana haa??
assalamualaikum...........hee.tu pun nak kena ajar dah besar2 panjang nih! teruknye!
okay sambung..

nowadays tak tau la either saya or orang lain pun perasan yang cerita mengenai 'diet', 'kurus', 'slender body' or apa2 je lah yang berkaitan kecantikan bentuk badan ni makin hangat pulak. secara tak langsung si jehan ni pun macam agak terkena tempiasnya. serius! tak tipu! sampaikan ada orang cakap kita ni 'obses' dengan berat badan sendiri?? aaaaaaaaaaaaaaaaa...teruknyee!! yeke?? macam seram je dengar perkataan 'obses' tu.


apa itu diet? okay some people berpendapat diet tu manusia yang tak makan langsung untuk turunkan berat badan. some people pula ambil makanan yang kurang gula, minyak, garam..bla..bla.. dan ada pula yang jadi vegetarian untuk berdiet. ada yang ambil makanan yang berprotein tinggi or ambil karbo sahaja. mana yang betul ni?? bingung kan?? ish.. 

okay nak cakap banyak pun jehan ni bukan pakar nutrisi makanan nak bebel panjang2.. kita tanya jehan balik..kenapa kau nak diet ni jehan kerempeng kurus bertubuh badan seperti pear?? hahaha. itulah! badan kite macam pear!*malu* badan macam pear ni orang yang bahagian kepala ke pinggang kecil dan pinggang ke bawah besooo! kah2. ketawakan diri sendiri! :D

okayla.. ni diet dan tips sikit yang saya tengah amalkan sekarang and nampaknya berhasil.

daripada segi pemakanan, saya ambil makanan jenis ni:
  • banyak makan sayur dan buah (versi wajib setiap hidangan daripada sarapan sampai supper)
  • kurangkan pengambilan nasi. gantikan dengan grains, oat, kekacang.
  • terapkan selera kucing. i mean suka makan ikan! protein tinggi.
  • jadikan kismis dan kurma sebagai bahan mengunyah kalau mulut tu dah gatal sangat nak mengunyah. tapi ingat! jangan kau bedal sampai 3 baldi!
  • minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. kalau minum guna gelas kadang2 kita terlupa berapa banyak dah minum kan? haa..ikut aje macam saya ni. cari botol yang besar terus sampai 2liter. isi penuh2. so bila dah habis kita tau la berapa banyak kita dah minum. :)
 haa.tengok! besaaaa punyee!kapasiti 2liter okay.
  • lepas senam jangan! minum air bertenaga contoh: 100+ bukan tak boleh tapi jangan amalkan. lebih elok ambil air masak sahaja.

dan untuk penjagaan bentuk tubuh jehan buat ni:
  • senam! ini wajib kalau nak hasil lebih cepat. tak payah susah2 keluar duit riban-riban pergi london weight management segala sebab penasihat tu mesti suruh diet kasi mati punya! serius.. senam atleast 30 minit. tak kisah nak jog ke, swim ke, cycling ke asalkan senam dan keluar PELUH! buat la aktiviti kesukaan anda. saya biasa jog atas treadmill dan cycling. ada sikit latihan ringan macam angkat berat *bukan angkat berat yang hebat tu* tapi sekadar nak otot bekerja. angkat la beban macam botol air 2 liter tu kalau tengah tengok tv. ;p
 semangat! kasut baru tu! haha lorat je.;p
  • berdisiplin + positif + kuat! berdisiplin maksudnya sentiasa ikut jadual yang dah dibuat. positif bermaksud selalu yakin yang usaha kita pasti membuahkan hasil. jangan la baru senam 30 minit dah pegi timbang...kan. aduss..sakit! kuat pula daripada segi mental dan fizikal. mental kena kuat tahan nafsu makan dan fizikal kena kuat senam! jangan malas! itu penting ye!
  • berpuasa. ini cara gila senang kalau nak kurus. saya ada baca artikel dalam majalah yang ada boleh turun 58 kg dalam masa 6 bulan dengan puasa je! gilaaaa!! tapi serius. ni tak tipu!
okay ni jadual saya masa berdiet.
  • isnin, selasa, khamis - puasa
  • rabu dan jumaat - senam
  • weekend - rehat. tapi still senam juga.cuma tak wajib.
dah kongsi sedikit tips dan cara diet. terpulang nak ikut ke tak. mana tau anda, awak dan kamu ada cara yang lebih advance gila canggih kan..:) seriously saya tak percaya pada mana2 rangkaian kecantikan tubuh badan yang glemer2 ada kat tv tu yang kena bayar riban2, produk makanan untuk turunkan berat badan, dan krim2 pelangsingan ni. kalau tengok hasil diorang yang berjaya kurus melilit tu lepas gunakan produk2 seperti yang dinyatakan di atas tu semua tak la teruja macam tengok orang yang  kurus sebab ke gim, puasa dan diet. memang selute sangat kalau tengok orang yang berhempas pulas senam dan diet untuk dapat tubuh yang cantik dan sihat! cayalah korang! kikiki.

okay before saya berhenti membebel saya nak ingatkan yang kita berdiet ni bukan untuk cantik semata tapi sebenarnya untuk sihat dan dapat menghindar daripada penyakit merbahaya datang bertandang. lagipun my mom ada darah tinggi dan kencing manis. so i must! start my diet from now on untuk mengelakkan penyakit yang ada pada my mom tak jadi penyakit keturunan. takut woo! bukan saya je diet, my mom pun sekarang diet. takkan la dah tau ada penyakit nak duduk nangis meratap nasib je kan.. so kita yang sihat ni kena la support our family yang ada penyakit2 spt di atas tu untuk diet and senam juga. :))

jadi..sesiapa yang over-weight atau penyakit2 macam darah tinggi and kencing manis, start your healthy day from now! 

psstt..jangan fikir badan yang kurus tak boleh kena kencing manis and darah tinggi.
soo..alert!


p/s: cep.. tengok botol air pun nak pink. aduss..;p
till my fingers meet keyboard again!
(^^,)V








4 comments:

  1. terima kasih atas tips.. :) sangat suka.. :)

    ReplyDelete
  2. sama2..:)
    kalau nak amalkan lagi digalakkan.
    :)

    ReplyDelete
  3. ko jgn terkejut aku kurus balik hehehe

    ReplyDelete
  4. tak terkejut.
    teruja lagi adaaaaaaa!
    good luck azmil!:))
    tengok result dihari raya.lalala~
    :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails