Tuesday, January 5, 2010

mari masak pajeri nanas

tengahari tadi masa nak masak tanya kat mak nak masak apa pastu mak cakap kita masak lauk ikan goreng and pajeri nanas je. dua lauk je? hehe. jehan kau dah gemok tapi asyik nak makan banyak je. cukup la dua dish. sedap apa makan simple2. hee~:D
saya nak share resepi ni! haa. apa lagi! sediakan semua bahan2. sila sengseng (betul ke eja?) lengan baju ye. nanti comot. tasukee.

okay. ni bahannya ye!:)
  • nanas ikut berapa banyak nak makan. 1 lori kalau mampu pun boleh.:)
  • kari ikan sepeket yang 60 sen tu.(harga ikut harga eniza ent ye);p dibancuh pekat2 dengan air.
  • kulit kayu manis sebatang
  • bawang merah sebiji, bawang putih 2 ulas dan ikan bilis siap disiang.ditumbuk sekali.
  • garam dan gula secukup rasa
  • oh sebelum terlupa! si cili boh secukup pedass yang dekehendaki mengikut selera.
cara-caranya sangat la mudah ye puan2 di rumah tu..(ejek gaya chef kat tv ;p)
  1. mula2 sekali kita panaskan minyak. minyak tak perlulah banyak berladung-ladung. cukup sekadar untuk menumis bahan. minyak dah pun panas ye (sambil acuhkan tangan atas periuk yang kununnya dah panas berasap)
  2. kita tumis kulit kayu manis nan sebatang tadi bersama cili boh sehingga cil boh bertukar warna agak gelap(bukan hangusss!) dan pecah minyak.
  3. selepas itu ye puan2 kita tumis pula bancuhan rempah kari tadi sehingga masak.(make sure kari masak. kalau tak akan berlarilah anak-beranak puan2 ke tandas) 
  4. selepas itu dimasukkan pula bahan(bawang merah,bawang putih dan ikan bilis) yang telah ditumbuk lumat sehingga naik aroma sambil membunyikan perut anda.
  5. setelah itu dimasukkan pula nanas yang telah direbus tadi dan ditambah sedikit air untuk kuah. sebenarnya ikut selera. ada yang suka kuah berladung2 sampai banjir, ada yang suka pekat2.:)
  6. kita tunggu sekejap dalam setengah minit untuk air sebati dengan segala bahan.
  7. last sekali, masukkan encik garam dan puan gula secukup rasa. saya tak guna  pak aji naik moto untuk masakan saya. kalau anda nak tambah boleh aje.

gambaraaaa~


yah!yah!tumbuk ye.

nanas yang direbus. lebih kurang 5 minit je okay



usaha mempromosi kedai sendiri actually ;p



angah, airnya kita masuk dalam jug. boleh minum nanti.letak ais mesti terangkat! kata bonda.:)



cantiknya kaler tu. nak sa....pek!(tangan kena tepuk dengan mak);p



sila guna alimah hasan(betul ke eja ni??)punya cili boh.sedap tuuu!ori yee.



tumis kulit kayu manis, cili boh dan kari ikan. macam tu la rupa pecah minyak




bahan yang ditumbuk pula



ni petua mak: guna air cuci lesung then masukkan dalam masakan. lagi rasa air tangan!:))



turn nanas pulak!maak..nak satu..huk3



godak godak kacau kacau~ eh!masukkan garam n gula ye.



jajaaaaang!siap! boleh la dimakan sehingga menjilat mangkuk ni.:)


tips: pajeri yang pokat dan manis lagi sodap!umm gitu!:D
nanas juga boleh diganti dengan terung. yummy!

hari ni penat sangat. almaklum baru start sekolah. mak ayah ni sibuklah memfotostat segala dokumen untuk pendaftaran anak2 mereka. jehan dan mahirah tak cukup kaki tangan ye. alhamdulillah. rezeki Ilahi :)

kamus sekarang eja nanas ---- n.a.n.a.s
or --- n.e.n.a.s ??
dulu masa tadika eja n.a.n.a.s tapi cikgu sebut nenas. so dengan tak puas hati saya cakap.. NANAS la cikgu!
amboi..lawan tokey nampak?hehe :) 

1 comment:

  1. nakkk ;! nti kalo tataw view page jehan saje =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails