Thursday, December 15, 2011

pop heart and flower button

Assalamualaikum dan selamat pagi!!
Awak semua sihat tak? Jehan? Alhamdulillah sihat :)

Hari ni, Jehan ada siapkan satu projek. Comel!! Jehan dapat idea nak crochet projek ni lepas merayau-rayau kat blog ilmahasana. Geram pulak tengok projek ni punya la tembam gebuu!
Ni, cuba tengok..

tembam, kan??

Let's start ladies! ;)

Jehan dapat pattern Pop Heart tu kat SINI. Awak pun boleh crochet jugak.

Next, Jehan ada buat pin flower botton jugak.

Jehan prefer flower botton pin untuk dipakai buat hiasan tudung kalau pegi jalan-jalan santai sebab simple dan comel!*bajet kalau pakai nampak comel la tu? sudah la sudah!* Kalau pakai kat tudung masa kita pakai baju kurung cotton pun comel! hehe.

Ada pembaca blog yang tanya Jehan macamana Jehan belajar knitting dan crochet. Jawapan yang Jehan bagi semua sama je - YOUTUBE!! Ye. Youtube adalah reference terbaik kalau nak belajar knitting dan crochet.
Besides, ada blog yang bagus untuk dibuat rujukan. Contohnya macam blog kak Ery, Da'Knit. Ni pun sumber rujukan yang awesome!! Selain boleh jadi sumber rujukan, awak boleh tanya macam-macam soalan berkenaan knitting dan crochet. InsyaAllah tak menghampakan :) Eh, lupa nak bagitau, boleh SHOPPING barang kait jugak! Ha...awesome tak? awesome taaakk??:D

Okay Jehan rasa buat masa ni, tu je yang jehan nak kongsikan. Eh kejap!! Nak kongsi lagi satu awesome experience. Jehan mula minat nak menjahit. So, ni hasil jahitan kurung pertama. ;)

I Love Cotton!!:)


Pesanan mak: Kita ni perempuan, selagi kita boleh buat satu kerja tu, belajar dan cuba buat sendiri. Laki, suka pada perempuan yang serba boleh dan pandai berjimat. :) *Terima kasih,mak :')

Mutiara kata: Kalau kita pandai susun jadual dan atur masa, tak mustahil kita mampu melakukan segala tugas!

Semangat Jehan, Semangat!!
^____^

Salam sayang,
Jehan@Jojie

Assalamualikum

Wednesday, December 7, 2011

crochet: E-cigar casing

Masuk2 blog je terus capai bulu ayam. Berhabuk page Jehan, kan? Hiah.

Assalamualaikum wbt sayang-sayang saya!! How's your day? Jehan doakan semua baik2 saje. Amin :)

Mesti ada cerita best, kan? That's why rajin bebenor si Jehan nak update blog. Myahaha! :D

Of course la dear.. Alhamdulillah bahagia dengan segala nikmat Allah bagi. So, apa yang Jehan nak share kali ni? Kali jom kita share pasal crochet!! Yes. keluar daripada knitting tapi masih lagi jari menari, kan? :)

Seseorang telah menaikkan semangat saya untuk belajar crochet semula. Awal2 belajar crochet dulu rasa dah putus asa.
"Apesal la susah sangat nak paham!!"
"Arghhh...tak sukelah crochet nih!!"

See!! Bad influence, right? So my friend, Aizat came to my shop last week. He request E-cigar casing from me. At first, i doubted. Boleh ke jehan buat? Bak kata semangat, belum cuba belum tau, kan? So, Jehan jadikan 1 cabaran. I take this challenge. Daripada situ timbullah idea nak belajar crochet semula sebab kawan2 yang pandai crochet selalu cerita yang crochet ni lagi cepat siap berbanding knitting. Ye. Lepas belajar crochet, I admit it! Crochet lagi cepat berbanding knitting.(cuma banyak guna yarn T___T)

Jehan pun belajar pelan-pelan dan kadang2 Jehan cuma crochet suka hati asalkan dapat bentuk yang dikehendaki. Haha suke hati kau-Lah!;p dan hasinya.....


Jehan ada google simple video kat youtube untuk buat 5 petal flower dan 4 petal clover untuk latihan jari. Practice makes perfect, right? :) Jadi, ni hasilnya....



And......lepas penat bekerja, I treat myself with this....
Tulip Gold Crochet Needle. Ianya sangat ringan!! Suke sangat! Secara automatik boleh jadi pembakar semangat untuk mendalami lagi ilmu crochet , InsyaAllah!!

Pendek kata, tak kenal maka tak cinta. Sama juga macam crochet. Tak minat maka tak pandai. Kalau kita nak mahir dan pandai dalam sesuatu bidang, pastikan yang kita betul2 minat dengan bidang tersebut dan jangan cepat mengalah. :) No pain, no gain, guys.

So, that's all for now. Semoga diberikan kesempatan dilain waktu untuk berkongsi pengalaman yang menarik berkaitan dunia jari menari.

Salam,
Jehan@Jojie. (^__^)V

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails